Monday 27 December 2010

Pesanan Dari Penaja =D

salam. hye followers!
sowi la kawankawan pasal life aku skrg ni agak kucar kacir sikit..
nk berblogging pon tade mood dah..
itu pasal la blog aku ni sunyi sepi je..
sibuk dengan praktikal..
balik keje > mandi > solat > makan > tidur!
isnin sampai jumaat macam tu la rutin aku..
bila sabtu & ahad pulak aku pulun rehat habis-habisan tahap maksima! haha!
& sekarang ni aku rasa mcm malas je nk pegi keje sok.
tp seyes r, student life lgi seronok la weyh! rindu kt sume kengkawan kolej. haish.. :'(

last skali, kpd yg tinggal jejak korg kt shoutmix & jadi followers tu, terima kasih la ye??
saya tak sempat nk jenguk korang.
insyaALLAH nanti saya terjah blog korang dari masa ke semasa k?
pelan-pelan kayuh. hehe.

k take care semua!
adios amigos <3

Tuesday 7 December 2010

edit photo contest ♥

salam semua ;)
ok, ekceli diyra baru balik dari kampung. balik balik je terus blogwalking. maklumlah, dah 3 hari. rindula katakan. hehe.. yang bestnya bila bukak blog, ada orang tag diyra suh join contest nih. happy gyler kot! sebab 1st time! hoho. mekasih la ek syafiqjemain . len kali tag la lagi. hehe :D

k, skrg meh diyra citer ckit pasal contest Cik Qaseh kita ni ^^


syarat-syarat nak join contest ni:



1. kena wat entri khas pasal contest ni, make sure letak tajuk "edit photo contest". pastu sertakan sekali ngan gambar kt atas ni & link kan ke blog Cik Qaseh . *ok, done! hehe.*

2. follow blog Cik Qaseh .benda wajib la kan? sebab senang nk tau kalau ada update pape. *follow sudaa*

3. edit gambar ikut kreativiti masing-masing. takmo copy & paste k? tak baik menipu. heh. XD tak kisah kalau bukan gambar korang pon. pemandangan pon bole ;)

4. make sure letak gambar sebelum & selepas edit. t camne tuan yg organize contest ni nak evaluate kalau tak letak gambar sebelum kan? ^^

5. kalau nk bgitau guna software ape pon Cik Qaseh tak kisah. tak nak bgitau pon bole. *diyra guna Adobe Photoshop*

6. pas dah siap tuh, jgn lupa tinggalkan link kt komen blog Cik Qaseh . memudahkan kerja terjah-menerjah. tak gitu Cik Qaseh ? hehe!

7. last skali tag 4 orang ;)

hadiah: topup yg dirahsiakan jumlahnya tpi tak kurang dari RM10 ;)
tarikh tutup: 31 Disember 2010
pemenang diumumkan pada: 8 Januari 2011

k, ni lah gambar diyra ngan kengkawan sebelum edit ;)


ni plak selepas edit ;)


4 orang yg Diyra tag:

Tuesday 30 November 2010

GIGI =D

salam semua (",)

ari ni dah masuk ari ke-4 aku kt umah. kejap je ouh! haish! semenjak dok umah ni, leh dikatakan ari-ari aku g jenjalan. hehe. cuma aku tak cerita dalam blog ni je. t klu aku ada free time, aku update k? tp ngan family je. kengkawan tunggu na? t kita ramairamai kasi gegar sunway! ngee~

ok cukup! habis introduction! so, ape kena mengena tajuk GIGI ni plak?





haaa..meh sini cek nk habaq mai~~ citer dia cmni. 1st day aku kt umah, mummy aku dah start masak macammacam. senang cter sume lauk yg aku tak pernah makan kt kafe kolej aku la sepanjang sem nih! sebabnya sume berasaskan daging! slalunya klu kt kolej aku makan ayam or telur je. nk tau x, kt umah aku daging korban tak habes lagi la weyh! klu bukak freezer kt umah aku ni mmg tak nampak la batang idung ayam ke ikan ke sotong ke. *okey, aku tipu. ayam, ikan, sotong mmg tade btg idung* maksud aku mmg tade lauk lain lah! so, sepanjang 4 ari ni aku makan lauk daging jela. kengkadang sup tulang, singgang daging, rendang daging, daging goreng. isk -.-

cepatla habis wahai daging korban, t daging aku yg bertambah. haish!

so, nk dijadikan cerita.. setiap kali makan daging setiap kali tu la terselit kt celahcelah gigi aku! especially kt gigi bongsu. bila dah ari-ari makan mestila pasan kan? before ni takdenya nk pasan. klu korg nk tau, gigi bongsu aku ni naik senget sikit. maknanya gusi berlebihan. dapat bayang tak? kalau tak dapat, sila diam. haha. so, potensi makanan nak mencelah-celah ni tinggi la kan.. hehe. jadi, dengan itu.. *kuar dh ayat skema!* aku decide nk gi jumpe doktor gigi. orang ckp gusi berlebihan kena buang. masalahnya gusi aku tak sakit. time gigi bongsu aku naik pon tak sakit sampai demam-demam, bengkak gusi, muka sume la! alhamdulillah~

arghhh!! tak kisahla yg penting mmg aku nekad nk jumpe doktor gigi! lagipun dah lama gyler kot tak g check gigi. last pon time skola darjah 6 dulu. time tu free je. heheh.


&& pagi td aku g poliklinik kerajaan area Kelana Jaya. seyes ramai org! cuti skola kan.. so, budak-budak nk check gigi pon ramai r.. terasa muda plak.. dikelilingi budak-budak skola. haha! yg sedihnya, niat aku g klinik nk suh doktor tengok-tengokkan gigi bongsu aku nih. sekali hamek ko! doktor tu ckp aku kne tampal 3 puntung gigi *erk?! puntung ke? biji? pape jela!* siot punya doktor! haha! nasib td die tampal 1 gigi je. lgi 2 gigi dia suh dtg len kali. sila ambil perhatian ek, gigi aku kne tampal bukan sebab gigi tu busuk taw! haha! tp doktor tu ckp nk tukar tampal dulu dengan yang baru. dah lama sangat. mana tak nya, dah 8 tahun kot! aku ingat sakitla sangat kena tampal tp aku rasa syok jew. kompem aku datang lagi! hee~ teringat time skola dulu, tiap kali nama ttbe kena panggil dgn nurse gigi time tengah belajar terus sentap! rasa cam nak gugur jantung nih! ditambah dengan member-member yang menganjing time tu. haha!

hai saya dhira fauzi. lihatlah gigi saya. bukan hidung ye? haha!

tp ape yg penting, aku puas ati sekarang sbb ttbe rasa gigi cam bersinar-sinar. haha! poyo lebih. teet!! XD yg aku musykil skrg, ape citer ngan gigi bongsu aku ni? doktor nihh.. ermm.. mayb tade pape masalah kot. agaknya doktor tu anggap benda normal je kot selit-selit makanan nih. adoyaii~~

No More "all EYES on MCXERA"

assalamualaikum pembaca setia ;)
December '08 - November '10

rupanya dah dekat 2 tahun aku berblogging ek? tak terasa pon. mybe dulu jarang update kot. entri pon 2 or 3 kali sebulan. eh, silap! 2 or 3 bulan sekali. heh! mcm yg aku bgitau kt blog lama, aku akan delete blog aku dalam bulan NOVEMBER. so, aku delete la ari ni. LAST DAY OF NOVEMBER. haha! ekceli, berat ati sebenarnya sbb tu la tangguh smpai ke 30hb. gambar kt atas ni pon aku print screen before aku delete :(

tp nasibla aku reti nk pindahkan entri kt blog lama masuk dalam blog baru. tak la terasa sangat kehilangan sayang aku tuh. hee~ so, korg jgn pelik la ek klu tgk 1st entri aku start bulan JUN '09 tapi kat sini tulis:


.:: all EYES on DIYRA ::. was created on 25th September 2010

untuk pengetahuan korg, blog baru ni aku wat sempena birthday aku yg ke-20. weee~ maknanya, umo aku ari ni 20 TAHUN 2 BULAN 6 HARI. ngeh ngeh ngeh :D

all EYES on MCXERA >> all EYES on DIYRA ;)

Wednesday 17 November 2010

4 In The Morning :)

I've found this tagging game on someone's blog and I was like "this is fun!". So, I decided to put this on my blog :)

INSTRUCTION:
Put your music library on shuffle. For each question, press the next button to get your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how sillly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. Ok, go! when you're done, tag 10 people in this note and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the title of your notes.

1. If someone says, "Is this okay?" you say
Nobody Fool - Avril Lavigne

2. How would you describe yourself?
Kissin U - Miranda Cosgrove

3. What do you like in a girl?
Crazy In Love - Jay-Z ft. Beyonce

4. How do you feel today?
Sweet Dreams - Beyonce

5. What is your life's purpose?
What Goes Around Comes Around - Justin Timberlake. Like!

6. What's your motto?
Secret Admire - Mocca

7. What do your friends think of you?
Everyday I Love You - Boyzone. Thanks FRIENDS ;)

8. What do you think of your parents?
Baby Boy - Beyonce ft. Sean Paul -.-

9. What do you think about every often?
Touch My Body - Mariah Carey. Haha!

10. What is 2 + 2?
Premier Love - Tony Parker

11. What do you think of your best friend(s)?
Just You and Me - Zee Avi. Sweet~

12. What do you think of the person you like?
Diary - Tino Coury. *Thanks for the Memories T_T*

13. What if your life story?
Where is The Love - Black Eyed Peas

14. What do you want to be when you grow up?
Hotel California - Eagles. LOL! XD

15. What do you think of when you see the person you like?
The Show - Lenka

16.What will you dance at your wedding?
Dangerous - Akon. watdafish! haha!

17. What will they play at your funeral?
Boston - Augustana :(

18. What is your biggest fear?
Beautiful Soul - Jesse McCartney. err??

19. What is your biggest secret?
Dynamite - Taio Cruz. sounds dangerous. muahaha!

20. What will you post this as?
4 in The Morning - Gwen Stefani ^^

I Tag This People:

Saturday 13 November 2010

Mood Final Exam >> Mood MUET

jam sekarang menunjukkan pukul 2.28am
aku, still belum tidur. baru pas mkn maggi ni.
ngan roomates tersayang..heh..
dahla kul 7.30am kena ada kt dewan
oh gosh! -.-

ok, mari tukar mood dari Final Exam ke mood MUET!
u can do it Fadhira!! yearrghh!! *ttbe suara tukar jdi serak basah* =D
ari tu dah lepas speaking test..
pasni ada:
reading
writing
listening

p/s: doakan saya keyh! tengsss.. ;)

Monday 8 November 2010

Demam Final Exam

salam people! ;)
eh! jap²!! korang jgn salah faham oke. aku bukan demam sakit tuh taw.
*mintak dijauhkan*

alhamdulillah aku dikurniakan kesihatan yg sgt superb! ^^ maksud td tu kt kolej aku skrg ni musim final exam. untuk kali ni batch aku la yg merasmikan minggu final exam ni. first of all, nk wish goodluck kt member² KPM Bandar Penawar especially yg sama batch ngan aku (Julai 2008). korang sume, bersabar yee? tak lama lagi dah..hehe! 



pagi td dh start 1st paper :STRATEGIC MANAGEMENT: komen aku? so far so good laa~ tp part case study tuh cm hampeh! otak aku mmg dh kering sekering-keringnya coz aku dh berhempas pulas memerah otak yg tak berapa nk besar byte nya ni. tak kisahla yg penting skrg aku dh wat yg terbaik. hanya berserah kpd Allah~
pssstt: 1 Down, 5 More To Go

Thursday 4 November 2010

Alahaaiiii...

okei!
sumpah sekarang ni tak rasa macam revision week.
mood study, mana kau????
petang tadi ada study sikit utk kuiz.
tapi tak serious langsung. siap leh benti jap makan maggi, minum nescafe, online FB.
makan maggi dekatdekat nak final ni. berani mati tak? haha
tapi alhamdulillah la leh wat kuiz tadi. weeee~~
p/s: esok pagi ada kelas bersama MQA,adeh!

Wednesday 3 November 2010

Poket Kembali Penuh =)

hai kawan-kawan! selamat pagi :)

nk gtau ni, petang semalam aku g outing. nk kuarkn duit yg mummy aku bank-in. alang-alang aku try la cek elaun aku dh masuk ke lum an.. finally!!! masuk pon! ^^ tp separuh je. haish. xpela,bila campur ngn duit mummy bagi kira ok la :) alhamdulillah~~

so,bila dh ada duit pe lagi. g shopping la. hehe. tak beli pape pon. juz beli stok makanan. bila kira-kira adala dekat RM35 habis. ok la tu an? hehe.. yg penting aku dpt beli coklat Cadbury. ilang stress aku jap ^^

k la, t ade cerita lgi aku update k. pagi ni aku tak wat pape lgi. bangun-bangun terus update blog. semangat berkobar nk cerita elaun dh masuk. haha. ok bye!
p/s: nekad ari ni nak start study untuk quiz mlm ni + final exam ^^

Tuesday 2 November 2010

Elaun Oh Elaun

aku musykil la. ari ni dh 2hb. awat elaun tak masuk lagi ye????
nasibla mummy aku ada masukkan duit semalam
kalau tak mmg kebulur la aku jawabnye..dah la utang byk keliling pinggang..
duit mummy aku bgi habis wt bayar utang je. hadoi. sakit sakit!
elaun sayang, cepat la masuk ye? kami semua perlukan awak. huhu.

Welcome November!

Is it going to be the best or the worst month for this year?
Hope everything will juz fine ^^
ALLAH yang menentukan segalanya. AKU, hanya mampu merancang.


bulan November sinonim dengan bulan FINAL EXAM. apa lah nasib aku kali ni ye? secara jujur, sem ni aku sangatsangat la pemalas! nota & file. suma ntah ke mana. haha! kalau ditanya punca or sebabnya, of course la jawapannya BROADBAND! yes, mendalah ni la yg wat makin ari aku jdi smakin malas. haishh.. ape la nk jadi.

last skali aku nk gtau, blog aku yg dulu (.:: all EYES on MCXERA ::.) akan diDELETE dalam masa terdekat. aku dah pun pindahkan semua entri masuk dalam blog baru aku ni. k smpai sini je utk kali ni, i got to go. ada kelas & kuiz lepas ni. nk study ckit. bye sume :)

Monday 1 November 2010

31/10/2010: Awesome Day!

ari terakhir untuk bulan 10. sangat beshh!!
semalam aku rasa bosan. tp ari ni lain. betol la org cakap.

"Hidup Ni Ibarat Roda:
Kadangkadang Kita Di Atas
dan Kadangkadang Kita Di Bawah"

ari ni aku g Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. kat sana ada event ape ntah. yg penting berkaitan ngan kebudayaan. nk tau x, aku g sana naik bas kolej! aku rasa maybe ni kali terakhir aku dpt merasa naik bas kolej. huhu. yela, aku kn dh nk habis sem. pasni dh praktikal.

ok, berbalik kpd topik. macam mne aku leh trpilih g sana? sebabnya...aku tak balik bermalam! kiranya Misz Sabar bgi peluang la kt sapesape yg tak balik tu join event nih. takdela bosan sgt kn. at first, aku tanak g aw. sbb aku malas nk serabutkan pale pilih baju. haha. tp last last aku g gak. tak rugi kot!! plus g ngan member yg masuk air. (Mas, Dayah & Salsa) haha!




aku ckp tak rugi sbb masa tak terbuang camtu je mcm dok kt hostel. at least bila kuar kolej ni, leh la ilangkan stress nk menghadapi final exam ni kn..lgipon mmg tade mende nk wat pon. yg bestnya siap dapat jumpe artis tuh! Haziq AF4 & Maulana AF8. wat pertama kalinya aku rasa Haziq sangatsangat la comel! peramah & kelakar. hehe. then kitorg habiskan masa jalanjalan pusingspusing satu stadium tu. dapatla gak snap beberapa gambar ^^

muke aku bahagia gyler time ni. so, kne sensored. haha!

bila dah habis event tu, Misz Sabar ajak g Jaya Jusco Larkin! yeahhhh!!!!! aku & mas happy sangatsangat! sebab semalam kitorg tak dapat pegi coz elaun tak masuk lagi. tp ari ni kitorg dapat!! tak payah buang duit buat tambang. haha! biarla tak dapat elaun pon janji aku dapat window shopping. puas ati aku! seronok sangatsangat!! & yg wat aku tambah happy, dapat makan Sizzling Yee Mee! aku mengidam kot ari tuh! siap update kt status FB lagi. ngahahaha! then dapat makan Yong Taufu kuah itam. hehe! susah kot nak cari kt Johor ni. kalau ada pun, mesti kuah sup.


tp kitorg tak leh lama, ada masa sejam setengah je. memang kitorg jalan lajulaju r. nk saving time punye pasal lutut aku yg injured dlu bertambah sakit. nak menangis je rasa. time dalam bas ondway balik mmg aku diam je. sibuk dok urut lutut. nasibla Dayah bawak Minyak But But dia tu. hehe. dah lama sikit baru OK balik ^^ pastu aku trtdo jap. tuptup! dah sampai kolej rupenya. memang penat gyler! tp aku tak kisah. seronok gyler kot!!

k la, sampai sini je setakat ni. aku pon dh ngantok nih! nasib sok tade kelas. yeayea~~
catch u later, daaaaaaaa~~~

Saturday 30 October 2010

Boleh Tak Nak Suami Macam Ni? Haha!

Sumber: sarzli.net V3

Sweet gyler cerita ni. Kisah seorang suami yang nakal dan bengong. BEST2!! Bahagianya kalau dapat laki camni. Haha!

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!




Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak perasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

p/s: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu dalam “bungkusan” nih…hihi

                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu
*melt* <3 

What A Bad Day

bila assignment suma dah setel. bila ada masa nk bersenang lenang goyang kaki. bosan la pulak! seyes skrg ni hostel sangatsangat la sunyi. minggu balik kan..masingmasing tinggalkan kolej ni. aku? "NO MONEY NO TALK" 
*kalau la aku banyak duit, tiaptiap minggu aku balik KL*

elaun oh elaun, kenapa belum masuk lagi??? aku tengah buntu gyler nih.. 1 ari tak makan nasi kot.. makan biskut ngan minum Milo je. syukur la kan..daripada takde langsung.. tp...aku tah leh idup tanpa DUIT!!!!!!! Waaaaa~~~!!! :'(

baru niat nak g Jaya Jusco Larkin ngan Mas Nabila. nak window shopping, tengok wayang, makanmakan, macammacam larh! tapi apakan daya. huhu~

want it so badly! sapesape leh belikan tak? huhu
p/s: lutut aku yg injured dulu terasa sakit balik. hadoi. nasibnasib.

Thursday 28 October 2010

Minggu 14 = Minggu Insomnia Se-Kolej!!!

minggu 14! minggu penuh azab!

wayar bergelimpangan hasil peperangan menentang assignment!
& sekarang aku sedikit lega sebab 5 asssignment suda setel!
presentation pon dah habis! wohooo~~~~!!!
malam ni siapkan assignment Pengajian Malaysia + Strategic Management!
esok aku goyang kaki la weyh! percaya tak???? hahaha
tapi minggu 15 kena struggle untuk FINAL EXAM!
uikksss?? aku dah nak habis sem? betol ke? yeayea~~
*minggu kali ni akan menyibukkan diri susun semua fail nota*

p/s:
pembetulan entri lepas, MUET memang pukul 11am bukan 7.30am.
salah tengok. harap maaf! :P

Sunday 17 October 2010

Wajah Baru & MUET

suka plak view blog aku ni byk kali. dah berubah wajah seyhh~~ :D
setiap kali bukak blog, mesti jadi happy & bersemangat. maybe sbb lagu kt blog ni kot: "Charice - Pyramid". buat aku terbayang-bayang Sunway Pyramid sekaligus wat aku teringat rumah. hehehe. tak sabar rasanya nak habis belajar. sebulan lebih je lagi, pastu praktikal. yahoooo~~ btw, esok pagi aku ada Speaking Test (MUET) wish me luck!! harap semuanya berjalan dengan lancar. amin!!!~ tapi yg wat aku musykil skrg ni, time test kt slip jadual & website lain! nak ikut yg mana ni????????


kt slip tulis pkul 7.30am. kt website tulis 11am. hmmm...
better ikut yg awal kot. klu xde nama aku kul 7.30am boleh trus g kelas. then dtg balik kul 11am. kan kan kan? ;)
k la, aku nk sambung wt assignment transportation. malam ni mesti siapkan & print! sok nk hantar! kurang sikit beban. yeay!^^ till then, byebye sume! salam~

Saturday 16 October 2010

Kekusutan Melanda DiriKu

SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA!
Fadhira kembali lagi wahai org kampung sume!!! hehehe.. berangan je ko ni Dhira, konon rmai follower.. padahal cenonet je.. tp xpela, mne tau kn in future mkin rmai follower aku.. amin~ heheheh! ok, sbnrnyekan skrg ni aku dok kt bilik sengsorang.. dari lepas isyak td.. roomates aku sume ada hal masingmasing.. Dayah balik KL, Lala jaga gerai & Iza g bilik mmber die wat keje.. aku? juz dok bilik melayan perasaan dari td..






ari ni ttbe je mood aku bertukar sayu & mcm biasa klu mood camtu datang, aku mintkla pakcik GOOGLE or makcik PHOTOBUCKET hadiahkan gambargambar hujan kat aku.. bkan hujan group indie tu k, tp cuaca hujan tuh.. yes! aku suka HUJAN, sangat2! pastu, lagulagu yg bermain kt gegendang telinga aku pon bertukar la gak.. dari lagu K-POP terus ke lagu R&B, INDO or LAGU 90AN yg tangkap leleh.. haishhhh~ sambilsambil tu aku BLOGWALKING la skali.. heheh.. nasibla ada berokben ni haaa.. leh la mengubat rasa kebosanan aku..





ekceli, aku tgh sakit otak memikirkan ASSIGNMENTS & kejekeje yg terbengkalai ni haaa~~ banyak..banyak sangatsangat!!!
TO-DO-LIST aku plak camne?? jgn ckp la weyh! byk lagi yg UNCHECK! hadoiii..

PROGRESS OF MY ASSIGNMENT:
MANAGEMENT OF TRANSPORTATION = 85%
INNOVATION MANAGEMENT TEAM = 0%
WAREHOUSING AND MATERIALS HANDLING TECHNOLOGY = 60%
RESEARCH METHODOLOGY = 50%
STRATEGIC MANAGEMENT = 0%
PENGAJIAN MALAYSIA = 0%







AKU NAK BALIK RUMAH LAA!! :'(
aku tasuke la perasaan camni..huhuhu..oh ya! isnin ni aku ada MUET! seyes takot!! aku tak risau bile nk brcakap dlm BI.. aku leh hentam je.. tp aku takot klu aku xde IDEA nak ckp ape..
Ya ALLAH, BERILAH KEKUATAN KPD HAMBAMU INI~~~

Sunday 10 October 2010

AT-10-TION

PENGUMUMAN, PENGUMUMAN, PENGUMUMAN!!

entri yg bertajuk "Hot Issue" sudah di DELETE
sebabnya aku tak nak panjangkan cerita
& tak nak issue ni naik balik bila ada member sekolej terbaca blog aku nih
bak kata IMRAN AJMAIN: Sayang~Yang Sudah Tu Sudahh~~ ^^
yg penting skrg, semua kembali normal
& tade benda buruk yg jadi kt sesiapa yg berkenaan
ALHAMDULILLAH~
till then, bye friends :)


Wednesday 6 October 2010

Aku Bermata Stim?????

betul ke? tak betul kan?
huhuhu

anda nampak? anda nampak?
*sigh*

KLB: Tempat Praktikal, CONFIRM!

alhamdulillah!

aku dah dapat tempat praktikal!
 
syarikat ape?

KONSORTIUM LOGISTIK BERHAD
 

yeaaaayyyy!!!!!!

cepatla grad!! hehehe~~

KLB: Tempat Praktikal, CONFIRM!

alhamdulillah!

aku dah dapat tempat praktikal!
 
syarikat ape?

KONSORTIUM LOGISTIK BERHAD
 

yeaaaayyyy!!!!!!

cepatla grad!! hehehe~~

Monday 27 September 2010

Aku Benci Kau, Si "Kepala Hitam"

kenapa kau perlu datang dalam hidup aku?
sebelum ni aku sangat bahagia tanpa kehadiran kau
tolonglah pergi dari hidup aku.
aku rimas kau sentiasa mahu berada di sisi aku.
sudah bermacam cara aku cuba untuk menjauhkan diri dari kau,
si "KEPALA HITAM"!!!!
aku merayu..tolonglah fahami aku!!!!!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
i hate you BLACKHEADS!!!!!

Sunday 26 September 2010

Still Can't Believe I am 20

25 September 2010:
Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Fadhira...
Allah Selamatkan Kamu..

(@^_^@)
mood: excited
hahaha!

terima kasih diucapkan kpd semua yg sudi
wish birthday saya semalam yee~
tidak kira secara live ataupun melalui Facebook :D
cam tak caya je umo dah 20 tahun
btw, saya dpt hadiah dripd azmi firdaus^^
terima kasih penguin! haha!

credit to azmi firdaus *susah-susah je edit :D

Tujuh Hari Ibarat Tujuh Bulan!

nak tau npe aku ckp camtu?
sebabnyaaaaaaaa................. 
macammacam jadi dlm minggu ni
then aku tk rasa pon bru seminggu dok sini
rasa mcm dh lama gyler. haishhh...

mcm dalam entri lepas, aku ada ckp byk benda yg menanti kt kolej.
sebagai bukti~~~~~!!!!!!!
untuk minggu ni aku dah dpt 2 assignment! yesss!!!!
hahahahaha *tawa dlm tangisan*
assignment yg dpt sblum ni pon tak setel lagi. hadoii..
pastu utk minggu ni je, ada 1 test, 1 quiz.. alhamdulillah boleh la wat..
presentation pon ada 2.. tu pon nsib dh wt preparation before cuti ari tu..

dah. cukup fadhira. tutup citer pasal akademik. haha

ok, dlm minggu ni jugak, pihak kolej ada wt jamuan hari raya.
& aku sebagai ahli PRS kena handle bahagian makanan.
ekceli, tlg cedukkan lauk je. heheh. bunyi cm berat je tugas. padahal.... :D
tp even tlg cedukkan lauk pon penat jugak weyh! suma berebut-rebut!
agaknya msti rmai yg berlapar dri pagi kan? tup! tup! dpt mkn nasi himpit je.
hurmmm..its ok la..it's better than nothing..
maybe sebab thun ni rmai sgt student..tak macam 1st sem dlu..
gyler best lauk2 dia! leh dikatakan MACAM-MACAM ADA!!!! ^^
plus, dlm minggu ni kepala aku terhantuk kt simen + terjatuh bilik air.. kelakar bila ingt blik. haha!

ni la krew-krew yg cedukkan makanan. haha!
bestfriends 4 eva!!
bergambar ngan classmates


kudin a.k.a penjual topup #1 kolej

Sunday 19 September 2010

Azmi Rindu Aku? Betul Ke????? Haha!

ari ni operasi aku men'delete' semua social site yg aku ada except FB, Twitter & Myspace.
& aku amat tertarik dengan 1 website nih.
nak tau pe die??
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
(click picture to enlarge)
wahahahah! menarik bukan? azmi firdaus will miss u. hahaha!
azmi, ko rindu aku ke?
*blushing*

Saturday 18 September 2010

Syioookkknyee Raya!

salam semua..
selamat hari raya aidilfitri! maaf zahir batin.
ok, kali ni aku nk cter sambutan hari raya aku kt kampung.
quick updates only k, simple & korg pon rajin ckit nk baca :)
1st day:
-awesome!
-my eyes seems to be like shining star. bersinar-sinar coz whole family tema pink! wow~
-makan. makan. makan dan makan. hahaha.
-kutipan duit raya sangat2 lah membanggakan bgi seorg yg bergelar pelajar kolej tahun ke-3 :P
-jdi photographer sambilan. syok gyler dpt pegang nikon D60. heheh. *pegang pon jdi la*






 




2nd day:
-so so
-kne marah coz bgun lambat. haish.
-ziarah kubur arwah atok.
-melawat kawan lama abah. mcm jejak kasih plak. seronok tgk & dat time i was like "mcmni ke bila aku,mas & azmi dh ade family sendiri jmpe balik 10 thun akn dtg??" wahaha~!!
-g umah family belah mummy.
-eat. eat. eat and eat. heheheh.

3rd day:
-bole la. tak penat sgt like the days before.
-konvoi ke umah Ayah Mi (adk abah). umah dia betol dalam hutan. suma 5 kereta! seronok!
-dpt snap byk2 gambar coz tmpt cantik. penat! huhu.
-aku tak sihat. bersin non-stop. muka start gatal. mata bengkak. main kucing lagi!!!!!



 

4th day:
-superduper awesome!!
-pergi Pantai Ama Nao, Narathiwat. yeaaayyyhhh!!! seronok! *maksu sponsor mmgla best* :D
-penat snap gambar. haha.
-makanmakan lagi!!! gila betol. ish3






5th day:
-went visiting my mum's relatives. (Kg. Delima, Kg. Bunut Susu, Kg. Kubang Batang)
-penat gila! 6 rumah kitorg pegi. smpai xsempat lunch. kenyang minum air je. hahah.

6th day:
-dok rumah kemas umah & packing brg coz esoknya nk balik KL.

itu sahaja setakat ni... ^^
again, selamat ari raya aidilfitri!!
esok dh balik Johor. sambung beraya kt sane plak.
tp tak leh nk beraya sgt coz assignments,quizzes,tests,presentation,MUET sdg menanti.
haishhhhh~~~
k la, if ada sumthing interesting yg aku nk share, aku akn update k.
thanks for reading... :)

Friday 17 September 2010

Berbuka @ Pappa Rich, Sunway Pyramid



6 September 2010
aku, mas, azmi, shikin, kawan shikin, sham & wan (boy mas)

setelah 2 bulan tak bersua muka, kini kami berkumpul semula. ecehhh..hehe.. ekceli, nk update mlm tu jugak tp xsempat coz balik tu trus packing brg & kemas umah. coz esoknya nk balik kampung.
so, ari ni aku post jela even cter dh basi. heheh.
plan berbuka samasama ni sjk aku & mas kt kolej lgi. alhamdulillah plan mnjadi..sempat gak la jumpe & berbuka ngn besties before raya ni.
tp aku dtg lmbt ckit. eh, bukan. lambat byk. xjoin dorg tgk wyg & main boling.
aku dtg kul 5 kot time tuh. haha. sory kawan!! huhu. nsibek smpai2 je dh booking tmpt mkn. kali ni pilihan kitorg kt Pappa Rich. tmpt fav aku :D
&& lgi 1, dpt jmpe wan 1st time secara live. heheh. aku happy time tu. apatah lgi mas. haha.



wan+mas=sweet couple <3


ni antara makanan yg kitorg order. menu kbnyakan masakan melayu.


and diz is mine!! sedapsedap! & harga berpatutan^^

LinkWithin