Friday 28 September 2012

Review Produk: Anti-Dandruff Shampoo Himalaya

balik dari kampus, singgah di sunway pyramid. niat di hati nak beli shampoo.
so, decide nak try syampu berasaskan herba.

ini kali pertama aku try guna produk himalaya. first try pakai, pening kepala jugak la sebab bau dia.. perghh! macam bau ubat. kadang-kadang macam bau cat pun ada. (over tau syampu bau cat! haha!) tu hidung aku la. tak tau la hidung korang camne plak baunya. huehuehue.. maybe mula-mula je, lama-lama ok la kot? tekstur pun cair sikit berbanding dengan syampu lain yang aku pernah pakai. warna coklat muda. time nak lap rambut tu rasa macam kesat sikit tapi bila dah sikat rasa lembut la plak. time tu la nak feeling-feeling macam model iklan rambut. cehh!

yang bestnya, bila pakai, kulit kepala rasa macam bersih & segar sangat. gatal-gatal tu still ada tapi tak lah segatal dulu. kelemumur pun berkurang la sikit :) tipu la kalau aku kata terus hilang kan? nak teruskan pakai? buat sementara ni, jawapan aku, YA! dah nak habis satu botol baru decide betul-betul, sama ada nak sambung guna syampu ni or tukar lain. yang penting sekarang ni, aku kena cuba belajar biasakan dengan bau dia dulu. almaklumlah, 1st time guna produk berasaskan herba :)

p/s: actually masalah kelemumur tak teruk sangat pun, gugur yang lebih. tapi consultant tu cakap, gugur terjadi sebab kelemumur. so, hilangkan kelemumur dulu. aku pun iyakan jela n beli anti-dandruff shampoo nih.

Friday 21 September 2012

Stuff For My Nikon : Daiso Collection

thermohygrometer: menyukat suhu & tahap kelembapan

non-slip mat: supaya tak licin & kamera tak bergerak-gerak

blower + berus: memudahkan kerja membersih lens & body kamera

penyerap kelembapan: sangat penting! untuk mengelakkan pembiakan kulat
setiap satu barang kat atas ni, RM5 je.
lepas ni nak cari container pulak.
DIY Dry Box: Coming Soon! =)

Wednesday 12 September 2012

Hello Photography!


12.09.12
finally i own myself a DSLR (nikon D5100)


lama dah mengidam oi!
syukur alhamdulillah rezeki kali ni :')

Friday 7 September 2012

Shaklee: Parcel Dah Sampai!

alhamdulillah~~
bank in pagi 5hb, 7hb dalam tengahari camtu barang yang ditunggu-tunggu dah pun sampai! wohoo!!
order kat kakak cantik, CPM Honey Nurhaliza , thanks kak! :)

ok, jom bukak!
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAAARRRAAA!!
Shaklee SkinCare Set! 
RM 295
tu harga sebenar tapi aku dapat harga promo. suke2! :D

B-Complex:
1) Dikenali sebagai Beauty Vitamin "B" for beauty
2) Memelihara kecantikan kulit dari dalam
3) Bertindak sebagai penenang, bila jiwa tenang, wajah akan sihat

Vita-C:
1) Sangat penting untuk membentuk kolagen pada kulit
2) Berperanan mempercepatkan proses pemulihan pada kulit
3) Melindungi sel-sel dari kerosakan
4) Bertindak sebagai anti-oksida

Vita-E Complex:
1) Vitamin penting untuk kecantikan kulit
2) Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida
3) Melindungi dan mencegah kerosakan sel
4) Mempercepatkan proses pemulihan kulit, bagus untuk kulit yang kering
5) Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
6) Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit
7) Awet muda, menghilangkan parut muka dan badan


my skin getting worse. kering teruk! especially kaki. so, nak try supplement for my skin. kasi sehat sikit :) 
konsisten, disiplin, istiqamah, insyaALLAH~

LinkWithin