Tuesday 30 November 2010

GIGI =D

salam semua (",)

ari ni dah masuk ari ke-4 aku kt umah. kejap je ouh! haish! semenjak dok umah ni, leh dikatakan ari-ari aku g jenjalan. hehe. cuma aku tak cerita dalam blog ni je. t klu aku ada free time, aku update k? tp ngan family je. kengkawan tunggu na? t kita ramairamai kasi gegar sunway! ngee~

ok cukup! habis introduction! so, ape kena mengena tajuk GIGI ni plak?





haaa..meh sini cek nk habaq mai~~ citer dia cmni. 1st day aku kt umah, mummy aku dah start masak macammacam. senang cter sume lauk yg aku tak pernah makan kt kafe kolej aku la sepanjang sem nih! sebabnya sume berasaskan daging! slalunya klu kt kolej aku makan ayam or telur je. nk tau x, kt umah aku daging korban tak habes lagi la weyh! klu bukak freezer kt umah aku ni mmg tak nampak la batang idung ayam ke ikan ke sotong ke. *okey, aku tipu. ayam, ikan, sotong mmg tade btg idung* maksud aku mmg tade lauk lain lah! so, sepanjang 4 ari ni aku makan lauk daging jela. kengkadang sup tulang, singgang daging, rendang daging, daging goreng. isk -.-

cepatla habis wahai daging korban, t daging aku yg bertambah. haish!

so, nk dijadikan cerita.. setiap kali makan daging setiap kali tu la terselit kt celahcelah gigi aku! especially kt gigi bongsu. bila dah ari-ari makan mestila pasan kan? before ni takdenya nk pasan. klu korg nk tau, gigi bongsu aku ni naik senget sikit. maknanya gusi berlebihan. dapat bayang tak? kalau tak dapat, sila diam. haha. so, potensi makanan nak mencelah-celah ni tinggi la kan.. hehe. jadi, dengan itu.. *kuar dh ayat skema!* aku decide nk gi jumpe doktor gigi. orang ckp gusi berlebihan kena buang. masalahnya gusi aku tak sakit. time gigi bongsu aku naik pon tak sakit sampai demam-demam, bengkak gusi, muka sume la! alhamdulillah~

arghhh!! tak kisahla yg penting mmg aku nekad nk jumpe doktor gigi! lagipun dah lama gyler kot tak g check gigi. last pon time skola darjah 6 dulu. time tu free je. heheh.


&& pagi td aku g poliklinik kerajaan area Kelana Jaya. seyes ramai org! cuti skola kan.. so, budak-budak nk check gigi pon ramai r.. terasa muda plak.. dikelilingi budak-budak skola. haha! yg sedihnya, niat aku g klinik nk suh doktor tengok-tengokkan gigi bongsu aku nih. sekali hamek ko! doktor tu ckp aku kne tampal 3 puntung gigi *erk?! puntung ke? biji? pape jela!* siot punya doktor! haha! nasib td die tampal 1 gigi je. lgi 2 gigi dia suh dtg len kali. sila ambil perhatian ek, gigi aku kne tampal bukan sebab gigi tu busuk taw! haha! tp doktor tu ckp nk tukar tampal dulu dengan yang baru. dah lama sangat. mana tak nya, dah 8 tahun kot! aku ingat sakitla sangat kena tampal tp aku rasa syok jew. kompem aku datang lagi! hee~ teringat time skola dulu, tiap kali nama ttbe kena panggil dgn nurse gigi time tengah belajar terus sentap! rasa cam nak gugur jantung nih! ditambah dengan member-member yang menganjing time tu. haha!

hai saya dhira fauzi. lihatlah gigi saya. bukan hidung ye? haha!

tp ape yg penting, aku puas ati sekarang sbb ttbe rasa gigi cam bersinar-sinar. haha! poyo lebih. teet!! XD yg aku musykil skrg, ape citer ngan gigi bongsu aku ni? doktor nihh.. ermm.. mayb tade pape masalah kot. agaknya doktor tu anggap benda normal je kot selit-selit makanan nih. adoyaii~~

No More "all EYES on MCXERA"

assalamualaikum pembaca setia ;)
December '08 - November '10

rupanya dah dekat 2 tahun aku berblogging ek? tak terasa pon. mybe dulu jarang update kot. entri pon 2 or 3 kali sebulan. eh, silap! 2 or 3 bulan sekali. heh! mcm yg aku bgitau kt blog lama, aku akan delete blog aku dalam bulan NOVEMBER. so, aku delete la ari ni. LAST DAY OF NOVEMBER. haha! ekceli, berat ati sebenarnya sbb tu la tangguh smpai ke 30hb. gambar kt atas ni pon aku print screen before aku delete :(

tp nasibla aku reti nk pindahkan entri kt blog lama masuk dalam blog baru. tak la terasa sangat kehilangan sayang aku tuh. hee~ so, korg jgn pelik la ek klu tgk 1st entri aku start bulan JUN '09 tapi kat sini tulis:


.:: all EYES on DIYRA ::. was created on 25th September 2010

untuk pengetahuan korg, blog baru ni aku wat sempena birthday aku yg ke-20. weee~ maknanya, umo aku ari ni 20 TAHUN 2 BULAN 6 HARI. ngeh ngeh ngeh :D

all EYES on MCXERA >> all EYES on DIYRA ;)

Wednesday 17 November 2010

4 In The Morning :)

I've found this tagging game on someone's blog and I was like "this is fun!". So, I decided to put this on my blog :)

INSTRUCTION:
Put your music library on shuffle. For each question, press the next button to get your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how sillly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. Ok, go! when you're done, tag 10 people in this note and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the title of your notes.

1. If someone says, "Is this okay?" you say
Nobody Fool - Avril Lavigne

2. How would you describe yourself?
Kissin U - Miranda Cosgrove

3. What do you like in a girl?
Crazy In Love - Jay-Z ft. Beyonce

4. How do you feel today?
Sweet Dreams - Beyonce

5. What is your life's purpose?
What Goes Around Comes Around - Justin Timberlake. Like!

6. What's your motto?
Secret Admire - Mocca

7. What do your friends think of you?
Everyday I Love You - Boyzone. Thanks FRIENDS ;)

8. What do you think of your parents?
Baby Boy - Beyonce ft. Sean Paul -.-

9. What do you think about every often?
Touch My Body - Mariah Carey. Haha!

10. What is 2 + 2?
Premier Love - Tony Parker

11. What do you think of your best friend(s)?
Just You and Me - Zee Avi. Sweet~

12. What do you think of the person you like?
Diary - Tino Coury. *Thanks for the Memories T_T*

13. What if your life story?
Where is The Love - Black Eyed Peas

14. What do you want to be when you grow up?
Hotel California - Eagles. LOL! XD

15. What do you think of when you see the person you like?
The Show - Lenka

16.What will you dance at your wedding?
Dangerous - Akon. watdafish! haha!

17. What will they play at your funeral?
Boston - Augustana :(

18. What is your biggest fear?
Beautiful Soul - Jesse McCartney. err??

19. What is your biggest secret?
Dynamite - Taio Cruz. sounds dangerous. muahaha!

20. What will you post this as?
4 in The Morning - Gwen Stefani ^^

I Tag This People:

Saturday 13 November 2010

Mood Final Exam >> Mood MUET

jam sekarang menunjukkan pukul 2.28am
aku, still belum tidur. baru pas mkn maggi ni.
ngan roomates tersayang..heh..
dahla kul 7.30am kena ada kt dewan
oh gosh! -.-

ok, mari tukar mood dari Final Exam ke mood MUET!
u can do it Fadhira!! yearrghh!! *ttbe suara tukar jdi serak basah* =D
ari tu dah lepas speaking test..
pasni ada:
reading
writing
listening

p/s: doakan saya keyh! tengsss.. ;)

Monday 8 November 2010

Demam Final Exam

salam people! ;)
eh! jap²!! korang jgn salah faham oke. aku bukan demam sakit tuh taw.
*mintak dijauhkan*

alhamdulillah aku dikurniakan kesihatan yg sgt superb! ^^ maksud td tu kt kolej aku skrg ni musim final exam. untuk kali ni batch aku la yg merasmikan minggu final exam ni. first of all, nk wish goodluck kt member² KPM Bandar Penawar especially yg sama batch ngan aku (Julai 2008). korang sume, bersabar yee? tak lama lagi dah..hehe! 



pagi td dh start 1st paper :STRATEGIC MANAGEMENT: komen aku? so far so good laa~ tp part case study tuh cm hampeh! otak aku mmg dh kering sekering-keringnya coz aku dh berhempas pulas memerah otak yg tak berapa nk besar byte nya ni. tak kisahla yg penting skrg aku dh wat yg terbaik. hanya berserah kpd Allah~
pssstt: 1 Down, 5 More To Go

Thursday 4 November 2010

Alahaaiiii...

okei!
sumpah sekarang ni tak rasa macam revision week.
mood study, mana kau????
petang tadi ada study sikit utk kuiz.
tapi tak serious langsung. siap leh benti jap makan maggi, minum nescafe, online FB.
makan maggi dekatdekat nak final ni. berani mati tak? haha
tapi alhamdulillah la leh wat kuiz tadi. weeee~~
p/s: esok pagi ada kelas bersama MQA,adeh!

Wednesday 3 November 2010

Poket Kembali Penuh =)

hai kawan-kawan! selamat pagi :)

nk gtau ni, petang semalam aku g outing. nk kuarkn duit yg mummy aku bank-in. alang-alang aku try la cek elaun aku dh masuk ke lum an.. finally!!! masuk pon! ^^ tp separuh je. haish. xpela,bila campur ngn duit mummy bagi kira ok la :) alhamdulillah~~

so,bila dh ada duit pe lagi. g shopping la. hehe. tak beli pape pon. juz beli stok makanan. bila kira-kira adala dekat RM35 habis. ok la tu an? hehe.. yg penting aku dpt beli coklat Cadbury. ilang stress aku jap ^^

k la, t ade cerita lgi aku update k. pagi ni aku tak wat pape lgi. bangun-bangun terus update blog. semangat berkobar nk cerita elaun dh masuk. haha. ok bye!
p/s: nekad ari ni nak start study untuk quiz mlm ni + final exam ^^

Tuesday 2 November 2010

Elaun Oh Elaun

aku musykil la. ari ni dh 2hb. awat elaun tak masuk lagi ye????
nasibla mummy aku ada masukkan duit semalam
kalau tak mmg kebulur la aku jawabnye..dah la utang byk keliling pinggang..
duit mummy aku bgi habis wt bayar utang je. hadoi. sakit sakit!
elaun sayang, cepat la masuk ye? kami semua perlukan awak. huhu.

Welcome November!

Is it going to be the best or the worst month for this year?
Hope everything will juz fine ^^
ALLAH yang menentukan segalanya. AKU, hanya mampu merancang.


bulan November sinonim dengan bulan FINAL EXAM. apa lah nasib aku kali ni ye? secara jujur, sem ni aku sangatsangat la pemalas! nota & file. suma ntah ke mana. haha! kalau ditanya punca or sebabnya, of course la jawapannya BROADBAND! yes, mendalah ni la yg wat makin ari aku jdi smakin malas. haishh.. ape la nk jadi.

last skali aku nk gtau, blog aku yg dulu (.:: all EYES on MCXERA ::.) akan diDELETE dalam masa terdekat. aku dah pun pindahkan semua entri masuk dalam blog baru aku ni. k smpai sini je utk kali ni, i got to go. ada kelas & kuiz lepas ni. nk study ckit. bye sume :)

Monday 1 November 2010

31/10/2010: Awesome Day!

ari terakhir untuk bulan 10. sangat beshh!!
semalam aku rasa bosan. tp ari ni lain. betol la org cakap.

"Hidup Ni Ibarat Roda:
Kadangkadang Kita Di Atas
dan Kadangkadang Kita Di Bawah"

ari ni aku g Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. kat sana ada event ape ntah. yg penting berkaitan ngan kebudayaan. nk tau x, aku g sana naik bas kolej! aku rasa maybe ni kali terakhir aku dpt merasa naik bas kolej. huhu. yela, aku kn dh nk habis sem. pasni dh praktikal.

ok, berbalik kpd topik. macam mne aku leh trpilih g sana? sebabnya...aku tak balik bermalam! kiranya Misz Sabar bgi peluang la kt sapesape yg tak balik tu join event nih. takdela bosan sgt kn. at first, aku tanak g aw. sbb aku malas nk serabutkan pale pilih baju. haha. tp last last aku g gak. tak rugi kot!! plus g ngan member yg masuk air. (Mas, Dayah & Salsa) haha!




aku ckp tak rugi sbb masa tak terbuang camtu je mcm dok kt hostel. at least bila kuar kolej ni, leh la ilangkan stress nk menghadapi final exam ni kn..lgipon mmg tade mende nk wat pon. yg bestnya siap dapat jumpe artis tuh! Haziq AF4 & Maulana AF8. wat pertama kalinya aku rasa Haziq sangatsangat la comel! peramah & kelakar. hehe. then kitorg habiskan masa jalanjalan pusingspusing satu stadium tu. dapatla gak snap beberapa gambar ^^

muke aku bahagia gyler time ni. so, kne sensored. haha!

bila dah habis event tu, Misz Sabar ajak g Jaya Jusco Larkin! yeahhhh!!!!! aku & mas happy sangatsangat! sebab semalam kitorg tak dapat pegi coz elaun tak masuk lagi. tp ari ni kitorg dapat!! tak payah buang duit buat tambang. haha! biarla tak dapat elaun pon janji aku dapat window shopping. puas ati aku! seronok sangatsangat!! & yg wat aku tambah happy, dapat makan Sizzling Yee Mee! aku mengidam kot ari tuh! siap update kt status FB lagi. ngahahaha! then dapat makan Yong Taufu kuah itam. hehe! susah kot nak cari kt Johor ni. kalau ada pun, mesti kuah sup.


tp kitorg tak leh lama, ada masa sejam setengah je. memang kitorg jalan lajulaju r. nk saving time punye pasal lutut aku yg injured dlu bertambah sakit. nak menangis je rasa. time dalam bas ondway balik mmg aku diam je. sibuk dok urut lutut. nasibla Dayah bawak Minyak But But dia tu. hehe. dah lama sikit baru OK balik ^^ pastu aku trtdo jap. tuptup! dah sampai kolej rupenya. memang penat gyler! tp aku tak kisah. seronok gyler kot!!

k la, sampai sini je setakat ni. aku pon dh ngantok nih! nasib sok tade kelas. yeayea~~
catch u later, daaaaaaaa~~~

LinkWithin