Saturday 31 December 2011

Let's Move To Twenty-Twelve!


 today is the last day of 2011.
it has not been a good year for me :(
for sure, i have some goals that still need to be achieve.
but i’m not gonna go around and intentionally change myself just for the sake of going into a new year.
i’m gonna let that happen on its own, if it even does, at least.
just go with the flow. what important is "usaha doa tawakkal".
i hope that this year has been great for all of you and for the next one to be even better!

Ya Allah,
aku memohon kepadaMu supaya sentiasa diberi kesedaran untuk mencari keberkatan.
terangkan hatiku, bimbinglah aku dan anggota ku untuk mengikuti ajaranMu.
penuhkan hidupku dengan amalan dan muliakan aku dengan diterimanya permintaanku.
Amin Ya Rabbal Alamin.

*kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan segalanya*

Saturday 17 December 2011

Janda Baik : Amazing Getaway From Hustle and Bustle City Life!

assalamualaikum & salam 1Malaysia :)

ok ini entri basi.. sabtu lepas, aku ber'family vacation' kat Janda Baik,Pahang.. tu pun disebabkan company tmpt abah aku kje wt family day. klu tak wat, mimpi jela nak ber'vacation' bagai ni kan sbb abah aku mmg tak brkenan nk travel nih. agknya dia malas la kot. tahun ni company decide nak stay kat #Zaini GuestHouse . ape yang aku leh ckp, tmpt ni mmg awesome! bgi aku la. pasai apa? pasai aku mmg suke suasana kampung! dh la raya haji tahun lepas plus raya puasa n raya haji tahun ni xbalik kampung! kiranya ni lepas rindu la nih.. :D

adik aku menyemak! aku minta maaf bgi pihak dia :D
haa.. ni la chalet untuk family aku.. memang terketar-ketar lutut la kalau nak naik umah nih haa.. eh, tak tak! naik tak susah, nak turun la, mmg seksa betul! member abah aku kata ni rumah ketua kampung pasai dia tinggi klu nk compare dgn chalet lain. hohohoh.. tu pasal diorg book chalet ni utk abah aku sbb abah aku dikira org lama la kat company tu.. aisehh.. sepatut bgi la yg rendah-rendah sikit, xpayah la parents aku susah2 panjat tangga kan.. ok sambung, nama chalet ni #The Bamboo Chalet sbb dekat dengan pokok buluh.. nampak belah kanan tu? pintu betul mengadap pokok tu.. scary kan? -.-" dah la aku dengar citer janda baik tempatnya keras.. tapi alhamdulillah everything was ok! memang rasa la suasana kampung! kalau nk tido malam tu pergh! angin malam plus bunyi sungai dia memang terbaik!! tak payah air-cond or kipas pun takpe laa! =) tpi yg tak bestnya, chalet selalu masuk serangga!! *stress

views dari tingkap chalet kami! ank panah tu adalah toilet! yes it is, toilet kat luar!



kat sne gak ade provide open air kitchen. leh masak ikut suka korang, and everything was well-equipped.. peti sejuk pun ade haa! tpi kosong laa.. minyak, gula, bawang, beras, ayam ke pandai2 la korang bwk yee.. takkan la zaini tu nk kne provide gak kn.. :P haa.. lagi satu benda best kat Zaini GuestHouse ni, korang leh petik buah ok! owner dia siap tunjuk lagi kat mana pokok rambutan, betik, durian n macam-macam lagi la! suggestion aku, korang datang la time musim buah yer! ;) (gambar durian kat bawah ni bukan petik tapi beli sendiri)



amacam? best kan? so, ape lagi, pasni leh la terjah Zaini GuestHouse.. korang takkan menyesal punye laa!!

pesanan kpd sesiapa yg sdg mencari tempat-tempat menarik utk bersantai bersama family:
nak tanya soalan mengenai Zaini GuestHouse melalui pengalaman saya, juz drop ur comments below this post ok, yang mne sy leh jawab, sy akan jawab ;) *macam promoter dah haihh

p/s: this place not suitable for people that expect tv, radio, wifi access, bla bla bla, room service or housekeeping like 5 star treatment :)


Friday 16 December 2011

Review Youtube: Kisah Bapa Tunggal Dua Anak Yang Awesome !

okey, seriously mood aku sekarang tengah excited! sume ni gara-gara:

THE NARVAEZ FAMILY!

nak tau sape diorang? haa.. meh nak habaq mai naaa.. introducing...




#realitychangers.. yeaaahhh!! actually, diorang sangat feymes-emes kat youtube! channel tu kepunyaan seorang bapa tunggal n dua budak perempuan comel plus nakal plus cerdik; Jorges Narvaez, Alexa Narvaez & Eliana Narvaez. yup! diorang ialah anak beranak yang sangat adorable gyler tak hingat!! hohoho.. most of their videos was about the cover songs sebab anak dia si Alexa ni memang suka menyanyi, err.. menjerit actually, lol.. favourite cover song aku setakat ni adalah:


Jorges: "you are my child.. you have made my life complete.. cause you have my eyes, little me.."
Alexa: "that be mine foreveeerrrr.."
ohhh.. so sweeeet ~ comel sangat kan? sesuai lagu ni untuk diorang, lagi-lagi bila dah diubah lirik sikit :')

selain tu banyak video pasal keletah anak-anak dia.. kalau si kakak Alexa suka menyanyi, si adik Eliana plak suka buat lawak n muka comel dia tu.. dah la petah bercakap, mengalahkan orang tua.. aku paling geram tengok pipi tomato dia tuhh!!^^ ada sekali tu video yang aku tengok, si ayahnya Jorges bawak diorang gi shopping complex, si Eliana ni sibuk suruh ayah dia gi tempat makeup, padahal baru umur dua tahun kot! pastu dengan video anak ikan emas dia mati lagi.. hahaha! lawakk.. yang ayahnya pun rajin melayan anak-anak dia.. what a cool dad! =)

actually, aku pun baru tau kewujudan diorang ni bila tengok "Malaysia Hari Ini" pagi tadi.. ape ntah mimpi aku bangun pagi-pagi terus bukak TV3.. selalu bagun je terus on lappy.. jodoh agaknya nak kenal dengan diorang.. huehuehue..

http://www.youtube.com/watch?v=MQQA4oOhZVY (link interview dengan MHI)

pas tengok segmen live skype interview diorang nih, aku pun ape lagi, terus la carik page diorang kat fb n channel diorang! :D




dari pagi tadi aku dok layan video diorang.. tu pasal la excited sampai sekarang sampai nak wat entri berkaitan ngan diorang.. hehehe.. anyway, terima kasih MHI! thanks THE NARVAEZ!! u make my day ^^

Kisah Bapa Tunggal Dua Anak Yang Awesome !

okey, seriously mood aku sekarang tengah excited! sume ni gara-gara:

THE NARVAEZ FAMILY!

nak tau sape diorang? haa.. meh nak habaq mai naaa.. introducing...




#realitychangers.. yeaaahhh!! actually, diorang sangat feymes-emes kat youtube! channel tu kepunyaan seorang bapa tunggal n dua budak perempuan comel plus nakal plus cerdik; Jorges Narvaez, Alexa Narvaez & Eliana Narvaez. yup! diorang ialah anak beranak yang sangat adorable gyler tak hingat!! hohoho.. most of their videos was about the cover songs sebab anak dia si Alexa ni memang suka menyanyi, err.. menjerit actually, lol.. favourite cover song aku setakat ni adalah:


Jorges: "you are my child.. you have made my life complete.. cause you have my eyes, little me.."
Alexa: "that be mine foreveeerrrr.."
ohhh.. so sweeeet ~ comel sangat kan? sesuai lagu ni untuk diorang, lagi-lagi bila dah diubah lirik sikit :')

selain tu banyak video pasal keletah anak-anak dia.. kalau si kakak Alexa suka menyanyi, si adik Eliana plak suka buat lawak n muka comel dia tu.. dah la petah bercakap, mengalahkan orang tua.. aku paling geram tengok pipi tomato dia tuhh!!^^ ada sekali tu video yang aku tengok, si ayahnya Jorges bawak diorang gi shopping complex, si Eliana ni sibuk suruh ayah dia gi tempat makeup, padahal baru umur dua tahun kot! pastu dengan video anak ikan emas dia mati lagi.. hahaha! lawakk.. yang ayahnya pun rajin melayan anak-anak dia.. what a cool dad! =)

actually, aku pun baru tau kewujudan diorang ni bila tengok "Malaysia Hari Ini" pagi tadi.. ape ntah mimpi aku bangun pagi-pagi terus bukak TV3.. selalu bagun je terus on lappy.. jodoh agaknya nak kenal dengan diorang.. huehuehue..

http://www.youtube.com/watch?v=MQQA4oOhZVY (link interview dengan MHI)

pas tengok segmen live skype interview diorang nih, aku pun ape lagi, terus la carik page diorang kat fb n channel diorang! :D




dari pagi tadi aku dok layan video diorang.. tu pasal la excited sampai sekarang sampai nak wat entri berkaitan ngan diorang.. hehehe.. anyway, terima kasih MHI! thanks THE NARVAEZ!! u make my day ^^

Saturday 29 October 2011

Officially Graduated !

without them, i'm nobody. love both of you! <3

jyeeaahh! finally yaw! alhamdulillah.. berjaya gak aku habiskan masa 3 tahun.. dulu bukan main tak sabar nak keluar dari KPM tuu.. "cepatla masa berlalu!", "tak sabar nk habiskan semua penderitaan nih", "tak nak duduk kat sini lagi", "tak payah pikir assignment n pointer lgi dah", nak keje nak keje!", "bayangkan dah graduate, bestnyaaa~" HAHA, macam-macam! berangan lebih tpi skrg, masa tu dh smpai! happy tak terkata beb! banyak sangat dugaan, kenangan suka duka ngan kawan-kawan. betul kata orang, pengalaman mematangkan kita :') *sebak*


ok, berbalik pd cerita graduate, konvo kali ni wat kat Dewan Plenary, Putrajaya International Convention Center (PICC), woahh! tempat dia sgt hebat, dengan lighting, tempak duduk empuk, suma nampak mewah! alhamdulillah dapat gak aku merasa masuk dalam tu. baru rasa betul2 konvo. ehehe.. sebelum nih, wat kat dewan yg biasa jer, macam time abang aku konvo, diorg wat kat melaka sbb time tu tuan rumahnya KPMBM. dewan pun biasa jer, lebih kecik dari PICC.. tapi, lepas nih mmg wat kat PICC jer, cuma tuan rumah yg organize je bertukar. n yg aku tau, next year KPMBP yg akn jdi tuan rumah! so, siapa yg nk merasa konvo kt PICC, moh masuk KPM! :P


actually, even dh graduate kne pikir assignmnent n pointer lgi, haish.. tak sabar nk graduate for degree! jauh lgi perjalanan ni weyh! baru satu sem kt unikl ni dah berangan. HAHA! but whatever it is, KPMBP STILL THE BEST! dulu bukan main merungut KPMBP tak best, banyak peraturan, tu tak boleh, ni tak boleh, dah mcm sekolah asrama n penjara, bosan coz takde entertainment, tempat jin bertendang, blablabla.. tapi sekarang baru aku sedar yang sebenarnya tu lah tempat paling sesuai nak cari ilmu.. tenang, udara pun segar, siap leh rasa angin pantai.. lecturer pun sporting gila, pak lan, pengarah, caring semuanya, kami tau KPMBP banyak peraturan sbb mereka SAYANG kami! nak jaga kami. kena balik sebelum pukul 1900, tak bagi bawak kenderaan sbb takot excident n macam2 lagi. seriously rindu sangatsangat kt KPMBP, rasa macam nak belajar kat sana lagi :') *sebak lagi*

seriously banyak sangat kenangan kat sana, terima kasih warga KPMBP sebab jadikan saya lebih matang n berjaya habiskan pengajian saya. ini adalah memori yang paling indah. thanks again :') semoga dengan diploma ni membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan mendapatkan ijazah kali ni :)
p/s: happy dapat banyak hadiah konvo especially drpd awokk!
tak pernah hadiah konvo org bagi baju. haha..
anyway, terima kasih semua! :)

Saturday 15 October 2011

Bertukar Haluan ? Nak ke Tak Nak ? *KONPIUS*

permohonan UiTM untuk sesi 2012 dah dibuka hari ni . .
tibatiba aku rasa macam nak apply . .
aku perasan aku tak happy kat sini . .



" tu la, padan muka ko, dulu tak nak pandang langsung! sekarang dah terkial-kial baru nak cari.. abang, mummy, abah ko dah tanya banyak kali sure ke dengan keputusan ko, kenapa tak nak dekatdekat, ko berlagak, sombong, haaa.. ni makan dia! "

" ok salah aku, tapi mane la aku tau cam gini jadinya.. eh, tapi ok la.. aku sedar awal, kalau dah sem dua sem tiga ke lagi parah "

" tak kisah la awal ke lambat, ko nak berhutang sana sini? dah ribu riban dah ko bazir tau tak? camne ko nak bayar balik? pakai daun? lain la klu ko tu orang kaya.. tak payah mengada-ngada! ko teruskan jer.. jangan ikutkan sangat perasaan ko tuh.. "

" tapi hati dah takde kat sini.. takde mood nak wat suma benda.. klu teruskan macam takde guna jugakk.. aku tak happy kat sini.. "

confius sudaaa . . nak ke tak nak ?
ahhh ! apply je la dulu ! nanti-nanti pikir !



Tuesday 4 October 2011

Ekspedisi Tasek Biru :)


yeahh! 3.10.11, akhirnya trcapai gak hajat aku nk pegi tasik biru brsebelahan dengan UniKL MITEC! actually before masuk mitec lagi aku dh tau kewujudan tasik nih.. teruja sbb tasiknya kaler biru jernih.. tapi tak tau la semulajadi or dah ada campuran chemical ke ape kan.. sbb tasik ni kt dlm kawasan tapak pembinaan.. sebenarnya, ari kejadian tu tak plan pun,  time tu hari isnin.. baru je habis kelas kul 1700, tibatiba roomate wada ajak pegi sana.. aku pun join la, ingat nk tengok dari jauh, sekali hamek ko, terus turun sbb tak puas n geram tak dapat mainmain dengan air.. haha! k la, aku tak nak cakap banyak, let's pictures do the talk! :D

time ni kat atas lagi. muka teruja! :P
subhanallah. pemandangan dari atas. cantik kan? :')

ni ain, dia la yg ajak. nampak tak betapa bersusah payahnya kami nak turun.
dah turun! yeay! sikit je lagi nak sampai :)
haaa.. ni dah sampai bawah.. ^^

best moments of october 2011 <3

Monday 26 September 2011

A Gift From Him ♥

dapat hadiah birthday! nasib mas balik KL, tak payah 'dia' nak pos :)
tak lupa jugak kat mas sbb bagi coklat cadbury black forest
thanx sangat-sangat <3

youngbae <3

wearing his shirt. wink~wink~

Tuesday 30 August 2011

Salam Aidilfitri 1432H


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MINAL AIDIL WAL FAIZIN
mohon ampun andai ada pertuturan dan perbuatan yang menyinggung perasaan kalian

dituju khas kpd rakan seperjuangan:
SK Bandar Sunway, SMK Bandar Sunway, TGIF Sunway, Metro Driving Academy Subang, KPM Bandar Penawar, Konsortium Logistik Bhd, Comfori Sdn Bhd, UniKL MITEC :)

Saturday 16 July 2011

"Degree Life", Now It's Begins!

mood:
teruja, nervous, risau, happy.


bakal bergelar pelajar
Bachelor Degree of Industrial Logistics (Honours)
di
Universiti Kuala Lumpur
Malaysian Institute of Technology Industrial (MITEC)
bertempat di
Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Sunday 29 May 2011

Korea Addiction, Miss That Moments :')

*perhatian : entri ini panjang*

sekarang ni dok melayan Boys Over Flower MARATHON @ KBS World (391). kenapa marathon ? sebab dari pukul 2200 tadi sampai sekarang (0039) still ade cerita tu. sekarang dah episod 3. bila tengok info, ada lagi rupenya lepas nih. bila tengok cerita ni kan, make me thinking of them :

1. LEEYANA ABD JALIL#

dia lah punca aku terjebak dengan korea :P



ingat lagi first video dia tunjuk, video Super Junior (SJ) - Sorry Sorry. actually, dulu aku sangat pelik dengan orang yang gilakan kan korea nih. i was like "apehal la diorang nih ? best sangat ke korea ? tak bosan ke asyik tengok drama korea, menyampah!" hahaha ! aku terjebak tengok Sory Sorry tu pun sebab Yana beriya-iya suruh aku tengok, untuk menjaga ati dia aku layankan jela. masa tu aku tak rasa minat lagi cuma teruja tengok dance dalam video tu. aku mula fall in love dengan SJ sejak tengok video Haengbok . jambu je muka masing-masing. comel tengok ragam diorang. mula-mula tengok muka lebih kurang jer sumer, agak susah nak cam muka n menghafal nama diorg. haha !

SJ - Haengbok
bila tengok video tu, sekaligus buat aku tertarik kat Kangin. sejak tu aku mula cari video SJ kat Youtube. makin hari makin sayang pulak lagi-lagi kalau tengok variety shows diorang. aku leh nampak relationship diorang tersangat lah hebat. dah macam adik-beradik aku tengok. bila search video SJ, mestila jumpa video korea lain kan. jadi, makin ari minat terhadap korea makin berkembang la, sampai la ari ni :) thanks Yana sebab menceriakan kehidupan saya kat hostel. semenjak tu saya dah tak bosan ok ! ada free time jer mesti tengok video, drama or dengar lagu korea n disebabkan awak jugak la sy brkenalan dengan Kangin & Taeyang ! hohoho!

yanaaa, sy rindu time kat KPMBP dulu. awak selalu lepak bilik sy sbb nak sedut video-video or drama dari lappy sy. sy pulak suke bluetooth lagu-lagu korea dari hp awak. bila mood korea datang meroyan, awak mesti terus datang ketuk pintu bilik sy even time tu dah pukul 1 or 2 pagi, kadang-kadang awk tido kat bilik sy, tu pun klu malam minggu, ingat tak kita tido satu katil, katil tu ngam-ngam je dengan kita kan ? haha ! tpi klu awk nk balik bilik jugak, sy teman awk smpai tangga, sy tunggu awk ilang dari pandangan  mata sy, bila dah ilang, sy dengar awk mencecet lari ke bilik awk! haha ! awk comel tauk ! pastu kan sy rindu nak rebut-rebut taeyang or siapa-siapa yg awk minat. kalau sy minat mesti awk minat jugak kan? sibuk je tauu.. hehe.. seriously, rindu sangat, sy takkan lupakan kenangan tuh :') *haihh, mata ttbe berair, habuk nih!!*

2. SITI FARIZA 

ok, ni pulak roomates aku dari sem 3 hingga sem 5. dia ni selalu geleng kepala bila mood layan korea aku dah datang. agaknya dalam hati mesti dia kata "ape kejadah la budak nih ? tak habis-habis dengan korea nya,  tak bosan ke dengar lagu or tengok video yang sama jeerr. ape pun tak jadi buat kalau dah mengadap tuh, solat pun nak kena tegur" huhuhu.. isk, teruk aku nih. tapi tak sangka akhirnya aku berjaya gak tarik dia sekali terjebak minat korea. haha ! tapi takde la seteruk aku. dia nih lebih kepada drama, lagu tak berapa, kalau layan pun lagu soundtrack. yang tak leh tahan suka ulang banyak kali lagu tuh macam dah takde lagu lain ! haha ! ingat lagi bila nak makan jer, mesti on drama kt laptop aku. mcm ni la kehidupan hostel yg takde tv. hehe..

haa.. lagi satu ! dia ni kalau tengok drama memang emosi gila, mulut tak benti mengomel. lagi-lagi kalau ada scene watak jahat dalam tuh. haha !  kalau ada part tak puas hati, mesti dia lari, dia cakap tak nak tengok buat sakit hati jer, kadang-kadang dia suruh fast forward. tak nak tengok pun, tanya gak aku kenapa jadi camtu kenapa jadi camni. aku jugak kena citer kat dia. haha ! jadi tak hairan la dia boleh habiskan 15 episod dalam satu hari ! pape citer mesti dia khatam dulu dari aku ! hahaha ! rindu kt awak la fariza ! :')

left : siti fariza , right : siti syuhadah
3. SITI SYUHADAH#

miahahahaha ! dia ni memang totally dah terjebak dengan aku. aku buat kat dia macam mana yana buat kat aku. pagi petang siang malam korea. hari-hari tengok video yang sama. mesti roomates dia, wani ghazali# pun pening ngan dia kan? haha ! dia ni gila sikit dengan video klip yang koreografinya gempak. yang aku pasan dia minat kumpulan SHINee. dengan dia la aku banyak share info. beriya-iya aku suruh dia tengok tu, tengok ni, terpengaruh sampai ! hehe.. dia pun selalu lepak bilik aku pasal nak tengok video-video kat lappy aku. aku tau dia mesti rindu lappy aku. hehe.. teringat time dah nak habis belajar dulu, dia pernah cakap pasni dah tak leh nak pinjam lappy aku, dah jauhh.. sedih plak dia cakap camtu.. sy pun rindu nak gelak-gelak dgn awak lagi, teringat kita tengok video Exploration Human Body SJ tuh, gelak macam org kena rasuk even dah tengok seribu kali. sampai fariza pandang kita macam nak makan baru kita gelak slow sikit. hehe ! pastu rindu nak share latest news ngan awak. nasibaik ada facebook kan ? kalau ada pape video, sy tag awak, send link kt chatbox awak.. tapi tak puas la, depan-depan lagi best kan ? baru nampak ke'excited'an sy nak sampaikan berita kat awak :)

***********************************************************

seriously, miss that moments ! sekarang ni pun aku layan gak tapi kat youtube jela, tak leh tengok ulang-ulang lagi. huhuhu.. aku rindu laptop lama aku ! lepas abang aku format habis semua hilang.. aku tak sempat nak copy dalam cd, dia cakap nak cepat sebab time tuh dia dah nak balik U, dia suruh aku copy gambar je. banyak kot video n drama korea dalam tuh ! lagi satu wat aku bengang, laptop aku sekarang selalu kuar  warning "windows is not genuine" .. menyirap jer, selama aku pakai dua tahun lebih yang tak pernah-pernah format takde pun jadi camtu. tu yang aku malas nak format tu, abang aku yang paksa suruh tukar Windows Vista ke Windows 7.. aku rindu Windows Vista :'( aku rasa lappy aku sekarang memang tengah nazak. siapa-siapa leh tolong ? huhuhu..

k la, aku dah tak larat nak taip lagi. sampai sini je k. terima kasih la sudi baca ape yang aku dok membebel sampai habis. korang memang blogger hebat, ! TAHNIAH ! <3

p/s: sayang folder cerita Hello Baby Shinee dah takde,
miss yoogeun ! :'(
p/s/s: sekarang banyak share info dengan azmi :) 

Thursday 26 May 2011

saya,MERAH + awok,PUTIH = kita,ANOK JATI KELATE!!

buat pertama kali dalam hidup, aku terasa nak beli jersi bola :)



 nice kan ? GOMO KELATE GOMO ! MERAH itu HEBAT ! <3



aku perasan aku mula survey jersi bola thru internet ni semenjak aku ternampak geng mamat-mamat yang berjersi RED WARRIOR berkeliaran kat Sunway Pyramid. ada satu hari tu, aku menghabiskan break dua jam aku kat sana. kalau tak silap aku, that day Kelantan(5) vs. Selangor(1) kat Stadium Shah Alam. dari jauh dah nampak baju diorang pakai, dalam hati aku kata "waahh..kenapa banyak merah putih nih? cantiknya jersi diorang". secara jujur, aku tak tau pun tu jersi kelantan, bila dengar mamat-mamat tu kecek kelate baru la aku tau. diorang datang dekat baru nampak logo kelantan n that time jugak la aku terus fall in love dengan jersi tuh. balik umah jer terus search kt google. haha! tapi apakan daya, aku tengah pokai, telan air liur jela tengok. insyaALLAH ada rezeki masa akan datang, aku beli laaa :)


one for ME and one for HIM . saya suka MERAH , awok suka PUTIH . ok la tu ;)

(sumber gambar: KATALOGJERSIonline.blogspot)

p/s : Final Piala FA 11 Jun 2011@ Stadium Bukit Jalil
- Kelantan vs. Terengganu -
*agak-agak best ke pergi tengok live ? teringin pulak*
^_^

Saturday 16 April 2011

Hoyeh ! Bahagia Bila Dapat Tau Tips Halau CICAK !

MUAHAHAHA !

aku memang tak suke CICAK! nama dah cukup comel dah (cuba sebut cicak byk kali, comel kan? LOL!) huh! bila dapat tau cara nak halau, tenang jiwa raga aku ni beb! legaaaa ~ ~ alahai, ibarat macam korang yang laki-laki ada rupa hensem ala pelakon hollywood or muka jambu ala artis korea nih dikejar or dikelilingi BAPUK/MAKNYAH la, then korang dapat solution camne nak lari dari diorang. leh bayang kan camne? bahagia tak? hoho! contoh nak hyperbola aje! takpe la, janji berkait la jugak kan? *berkait ker ?* -.-" tapi hakikat, cicak sangat menyemakkan hidup aku. tak senang duduk aku dibuatnya.

bagi yang bukan penggemar cicak ,
meh aku nak share ngan korang sume TIPS HALAU CICAK:

1. makanan cicak ialah serangga. dia tak makan orang. jangan risau. *erkk..* lagi banyak serangga lagi banyak cicak. kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dia dalam rumah kita. kesimpulannya , beli lah RIDSECT atau SHIELDTOX atau FUMAKILLA... beli semua lebih afdal ! :P

2. cicak tak tahan pijau/pijor/pijar. so, korang amek 2 biji lada merah atau 5 cili padi, tumbuk n bancuh dengan air. bukan tumbuk pakai tangan tau! pakai lesung la. kang tak pasal-pasal tangan korang yg tak tahan pijorr. haha! masukkan dalam botol spray n spray kt tempat korang selalu nampak cicak duduk ataupun tempat cicak menyorok. peringatan keras ! jangan dok pedajai orang spray kt mata depa plak !

3. cicak memang takut dengan kucing. kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. so, bela la kucing. tapi berhati-hati dengan ekor cicak yg dah diputuskan tuh ! aku pernah terpijak ! ingat getah ke ape sekali tengok gerak-gerak . kat situ jugak aku @%^$ !

ape ingat aku nk search gambar cicak? no way! REX lagi comel! ♥

Monday 11 April 2011

Opie Si Comel Lote

guess what??
-10.04.11-
MY ABAH BELI NEW KITTEN!
comel tak hingat! woot ~ woot ~ 

introducing ~ ~ ~

name : opie , age : two months :D

it was our first time beli kucing! finally.. almost three months kot umah aku sunyi tanpa kehadiran haiwan kesayangan Rasullullah S.A.W. nih.. aku ingat abah dah tak nak bela dah.. mne tau dia still sedih n dah serik nak bela kucing.. semenjak kes dua ekor kucing aku kena buli dengan anjing kan.. yela, dah banyak kali kot aku n adik cuba pujuk abah amek mana mana kucing tepi tepi jalan tu and his response...

#GELENG KEPALA

sekali hamek ko! beli terus! hoho..

Sunday 3 April 2011

Kadang Kadang Mata Saya Jeles Dengan Hati Saya Sebab . . .

awokk ..
kenapa la awok dah kena pindah gi rawang ?
huk alorh laa .. baru jer mula nak kenal dgn awok tpi awok dah jauh ..

alkisahnya, ari ni aku, mas, azmi n wan plan nak pegi sunway lagoon.. celebrate burfday wan.. ari ni gak last day 'dia' ada kt puchong.. malam ni bertolak pegi rawang.. pasal tempat 'dia' kerja dah dipindahkan ke sana.:( so, aku plan sebelum pegi sunway lagoon aku nak bawak mas, azmi n wan kenal dengan 'dia'.. ada ajak pegi lagoon tapi 'dia' tak dapat ikut pasal sibuk dok mengemas umah.. semalam 'dia' ada mintak aku masakkan untuk 'dia'.. 'dia' cakap pasni susah nk rasa masakan aku dah.. disebabkan 'dia' dah cakap camtu aku pun setuju la tapi dengan syarat.. aku nak wat sistem barter :P


aku mintak baju 'dia'.. leh wat ilang rindu la kononnya.. hehe..
'dia' setuju aku pun on la.. dah plan pagi esoknya (hari ni) nak bangun pagi pagi masak kerutuk daging dengan kobis masak lemak putih, tapi plan sume jadi tunggang langgang bila aku bangun lambat pagi tdi!! mas dah on the way ke rumah aku, dah la tak mandi lagi! memang tak sempat la nak masak!

sayo mitok maaf banyyok deh awok ?

dah sampai puchong, aku kenalkan ngan kengkawan, amek baju dari 'dia', then terus byebye.. sekejap sangat la senang kata.. aku dapat something dari 'dia' tapi 'dia'.. tangan kosong.. hadooii.. :(
dalam kereta aku tengok dalam plastik tu, ingat ada baju 'dia' jer.. rupanya 'dia' ada selit something.. bukak bukak jer.. nah! tudung kaler merah! hahaha! tau la aku minat merah tapi beragak laahh.. haha!


merahnyer mak ngah! hahaha!
tapi takpa.. aku suka.. hehe.. pandai gak 'dia' ni cari tudung.. ngam ngam ngan aku pulak tuh! selalunya tudung cam ni susah kot nak ngam dengan aku.. kadang kadang aku pakai tak sesuai.. nampak muka lagi boolat gitu.. tapi ni ok jer.. terima kasih awokk!!!!!!! tapi wat aku serba salah la plak kan, 'dia' bagi aku baju 'dia' plus tudung, aku plak tak bagi pape.. :(

sy janji bila kita jumpa pasni saya masakkan untuk awok deh . . ?

k la, mata pun dah ngantuk nih.. penat gyler badan ambo.. nanti ada masa aku update cerita penuh enjoy kat sunway lagoon k! :) malam ni tido lena la aku, ada baju 'dia'.. hohoho.. ok bye!

**kadang kadang mata saya jeles dengan hati saya sebab...
awok jauh di mata tapi selalu dekat di hati saya**
^_^

Friday 1 April 2011

Saya Bukan AH LONG, Saya Cuma Nak UNTUNG !

assalamualaikum kawan-kawan!

ekceli aku baru balik keje nih.. penat sangat.. even ada orang hantarkan naik kereta.. hoho.. first day keje, best tauk! member-member sume sporting n kepala gila-gila.. haha! tak sangka baru dua hari lepas interview, terus dapat start kerja hari ni.. alhamdulillah.. ingat dalam masa seminggu baru dapat feedback.. so, kira berbaloi la aku jalan kaki dari rumah nak ke tempat interview selama 40 minit tu kan? sampai melecet tumit kaki ambo.. huhu.. 


ok, sebenarnya aku kerja biasa-biasa jer.. main tekan-tekan nombor and follow up whether customers dah bayar hutang Astro belum.. kira kerja sebagai collector la nih.. rasa macam ah long jer.. huhu.. basic pun ok la kot plus dengan commision lagi.. gaji based on commision yang aku lemah sikit nih.. huhu.. maybe aku kerja ni dulu sementara cari kerja lain.. ekceli aku tak berapa minat kerja telepon orang nih.. dahla telinga aku nih problem sikit.. susah sikit nak detect.. cakap plak asyik tersasul jer.. hadooii.. cukupla aku call driver lori time aku praktikal dulu.. macam-macam kerenah! huh! bila member-member dah ok, kerja pulak tak ok.. :( ok la, pape pun doakan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan! heee~~ catch u later.. tata!!~~

Thursday 31 March 2011

Now Opening!

assalamualaikum ^_^

hye korang sume! rindu aku tak? poyo je kan.. hoho! yeahh! ari nih blog aku dah dibuka untuk semua setelah beberapa bulan aku private kan.. ramai tertanya-tanya nape blog aku tak boleh bukak.. so, untuk pengetahuan korang sume, ari tuh aku nak tukar background blog nih, entah macam mana suma gadget yang aku pernah letak dalam blog nih jadi tunggang langgang & ada jugak yang dah hilang. jadi, untuk mengelakkan korang sumer pun tunggang terbalik tengok blog aku, aku private kan la.. harap maaf la yek! tapi even aku private, aku ada gak post cerita dalam nih.. kira macam syok sendiri la sekejap.. haha.. k la, enjoy ur reading!

Saturday 26 February 2011

Farewell Party : Steambot @ Restoran MAEPS

assalamualaikum :)

25 Februari 2011. tarikh yang aku nanti-natikan selama nih! pasai aku dah habis praktikal la beb! huahua! pejam celik pejam celik rupenya dah genap 12 minggu aku menabur budi dan jasa berkhidmat kt KLB tuh. selamat la aku habis sebelum diorang pindah ke rawang tu ye.. tak payah aku nk pening-pening kepala cari rumah sewa..

ok, back to the story! seriously aku ckp, semalam memang aku takde mood langsung nk wat keje. ape yang aku wat juz menyibukkan diri settle kan buku log or dokumen-dokumen yg kolej nak, mintak exec isi evaluation form and whatsoever. senang cter memang aku tak sentuh keje aku kt KLB semalam. haha! kesian kak jie *partner keje aku* ape yang aku tau, malamnya tu dah plan nk pegi makan-makan dengan member tempat keje. kebetulan kena pulak dengan last day aku praktikal kat situ kan, secara rasminya jadi lah farewell party. hehe..

& lokasi yang menjadi pilihan adalah Restoran MAEPS, MARDI, Serdang. kak aisyah cakap kat sana ada jual steambot segar n harga pun berpatutan. RM19.90 per person! makan lah brape banyak korang nak, sampai muntah pun takpe. tehee..

ni dia geng steamboat kami! tiga meja sampai! ;)

2 jenis sup: tomyam & sup berempah. sedap sedap!
yezzaa.. ni dia team bujang.. *rindu korang! :(


kek hasil air tangan kak aisyah! tengs! sedap sangat tau kek blueberry nih!

bergambar depan restoran sebelum balik. baeekk punyaaaa! :P
ape yang aku leh cakap, memang steambot kat sini berbaloi-baloi la kawan! FYI, bukan ada steamboat je tau! nasi, mee, ABC, aiskrim, air sume ade! dengan hanya RM19.90! *ecehh..macam promoter plak* nasihat aku klu nk makan steambot ni better in group. setakat nak pegi 2 3 orang memang tak berapa syiok la weyh. makan berebut-rebut la baru nikmat! haha! nak tau lebih lanjut klik RESTORAN MAEPS .

p/s: on the way balik sesat sampai ke putrajaya. haha!

Monday 14 February 2011

New Look With New Spectacles

assalamualaikum :)

finally, saya dah ada spek baru ! woohoo ! baru dapat tengahari tdi.


tepat jer pukul 1 tengahari aku terus meluru ke tempat parking kereta belakang warehouse.. takut timing lari.. haha.. aku amek kereta park depan kantin then terus masuk amek makanan.. nasib tak ramai orang.. mana tak nya, aku kuar lagi cepat dari diorang sumer.. 'dia' pun tak kuar lagi.. pecah rekod sebab mendahului 'dia'.. haha.. 

aku makan memang dah tak pandang kiri kanan, makan pun senyap jer, tak sempat dah nak sembang sembang! cuma aku ugut kak aziana suruh makan cepat kalau tak, tinggal. jahat gyler kan? haha! habis makan terus gerak la! tunggu ape lagi! :D 'dia' sempat htr mesej tnye cepat-cepat nak pegi mane. pelik agaknye kot tengok aku kelam kabut gitu..

jalan pun tak berapa jem. ok la tu. dalam 10 minit aku dah sampai kt kedai spek tuh. dah setel sume, g topup n isi minyak sat.. bahagia kot drive pakai spek baru! time tu rase macam jalan tu aku yang punye.. muahaha.. alhamdulillah aku sampai warehouse sebelum pukul 2.

time aku masuk warehouse ade la beberapa response aku dapat. antaranya:
1. waaahhh.. dira tukar spek baru laa.. duit baru masuk ker? bila nak open table?
2. (dari jauh) diraaa.. nampak tak ni berapa? sambil tunjuk jari menunjukkan empat.. -_-"
3. ko pakai spek ni nampak cam makcik makcik. *erk???
4. makin lawa la pakai spek tuu.. *korang leh agak kot sape yg ckp ni :P

haishhh... macam-macam ada.. suke sangat nyakat aku.. lantak korang laa.. asalkan korang bahagia.. papepun, aku nak berterima kasih kat dak kecik, Puteri Zurina pasai dia la yg temankan aku pagi ukur spek.. dia la yang carikan spek yang sesuai dengan muke aku.. n aku berpuas ati dengan spek aku sekarang ni.. :)

Friday 11 February 2011

"Dia Makan Broccoli Saya!"

assalamualaikum sumerrr..
harap korang sehat-sehat belaka yerr.. :)

post kali ni aku nk share ngan korang pengalaman memalukan + kelakar yang pernah jadi kt aku. benda ni jadi time aku keje bhagian dapur restoran western @ sunway pyramid dulu. time tu umor aku 18 tahun. sebelum keje, aku tak reti nak marahmarah orang. tapi semenjak keje, bukan main lancang mulut aku nak sound orang. almaklum lah, bile keje dapur, hati pun cepat panas. lagilagi bila keje dengan foreigners dari filipina, indonesia, bangladesh, myanmar, mongolia, canada and so on. tapi yang peliknya, lepas aku marah-marah, badan aku akan menggigil then menangis sampai muka merah-merah.



nak dijadikan cerita, ada lah satu hari tu partner aku tak datang. so, keje pun banyak lah. production aku kena wat sengsorang. dalam banyakbanyak keje, aku paling tak suke n menyampah potong broccoli. sebabnya, sangat lah melecehkan ! kalau potong dua or tiga biji takpela jugak. ini sampai dua or tiga carton ! aku cakap leceh pasal first step kena buang part yg keras tu guna peeler, then potong jadi kecik-kecik n ada separuh tu kena potong kasar-kasar, pastu kne celur, next masukkan dalam air sejuk (kena prepare sendiri) last skali masuk dalam plastik, sblum nk msuk plastik kena timbang. haish ! rumit kan ?

cuba broccoli bentuk camni, excited la sikit aku nak potong! huhu!

that day, time aku tengah syok dok timbang & masukkan broccoli tu dalam plastik, ade sorang mamat india ni datang kacau aku, konon saje nak borakborak. aku layankan jela memandangkan aku pon tengah bosan time tu. ok fine la kalau datang nak borak, tapi kan tangan dia non-stop mengunyah broccoli dalam bekas yg aku tak timbang lagi ! aku cakap la elok-elok dengan dia, "dey! dey! janganla makan banyak-banyak, aku dah bajet nak wat 200 portion nih, kalau asyik makan tak capai la target aku" pastu boleh pulak dia nak main-main ngan aku kan, saja makan lagi banyak nak wat aku sakit hati. sambil wat muka annoying dia tuh ! aku tak paham betul ! dah la aku tengah stress partner aku tak datang. memang silap la nak bergurau dengan aku time tu. tapi aku sabar lagi, aku tegur dia lagi skali. tak jalan jugak ! kali ketiga aku tegur pun no response. so ape lagi aku terus sound, lebih kurang macam ni la :

weyh!! *hentak mangkuk penimbang* ko memang cari pasal kan?!?! k****g tak paham bahasa camni r!!!!!! aku cakap jangan, jangan larh! ingat aku mainmain ker???! nah! nak makan sangat kan?!? amek nih!! *tolak bekas broccol then kuar dapur smbil badan menggigil* 

percaya tak aku wat camtuh? huhu !

kebetulan Kitchen Manager (KM) aku nampak time tuh n tetiba jadi kecoh satu dapur.. bos aku pun kejar la aku sampai masuk dalam stor.. macam aku cakap, lepas marah aku akan nangis..

KM: aiyoo makcik.. kenapa niii?
Aku: DIA MAKAN BROCCOLI SAYA!!!

staff-staff yang ada dalam stor time tu terus gelakkan aku !
KM aku pun macam nak tergelak tp dia cube tahan. I noticed that !

KM: siapa yang makan tuh?! u bgitau i ! biar i pegi marah dia !
Aku: ch***i..
KM: u tunggu sini ar.. i pegi panggil dia.. nak kena dia ni..

beberapa minit KM datang dengan si sengal tuh..
siap pegang tengkuk mamat tuh dri belakang..

Si Sengal: aku mintak maaf r.. saje nak kacau-kacau kau.. nnti aku tolong kau potong broccoli k..
Aku: . . . . . . .
KM: makcik.. sekarang dah ok r.. dia suda mintak maaf kan? u jangan simpan dalam hati tau.. nnti i suruh dia tolong u.. *sambil sengih-sengih*
Aku: okey, okey *blushing*


haaa.. begitu lah kisah aku dibuli sampai menangis dulu.. dan secara jujurnya, time aku keje sana, lebih dari 7 kali kot aku menangis.. menangis sebab aku tak tahan marah ada, sebab kena buli pun ada. macam-macam kes.. antaranya, pasal broccoli ni, main-main ketuk kepala aku dengan penutup bekas diperbuat drpd gabus, kena pukul dengan gulungan plastic wrap kt belakang badan, kene tolak ke dinding.. macam-macam la! dahsyat kan diorang bergurau? adehh.. kejutan budaya.. 1st time keje kot!  time tu umur 18 tahun.. tapi papepun tu la tempat paling best bagi aku! banyak sangat kenangan tau! ;)

Thursday 10 February 2011

Kisah Praktikal: Saya Budak Cengeng Ke?


unexpected situation was happened today ! urgh ! sebelum aku start keje aku dah set mind seboleh-bolehnya aku nak elak benda nih jadi. sebab pengalaman dulu cukup cukup memalukan aku, tp kalau dulu leh dimaafkan lagi kot. 1st time keje kan. and today, peristiwa tu berulang lagi. malu ouh! macam budak budak je nak nangis pasal benda kecik. yes, aku MENANGIS kat tempat keje. ape boleh buat.. tak leh kawal perasaan la kawan.. bile pikir balik macam kelakar pun ade jugak.. -.-"



alkisahnya macam ni:
boleh dikatakan hari ni kerja aku tak la banyak sangat pasal aku siap settle kan sume awal drpd biasa. kebetulan order banyak & kak noor plak sorang. aku tengok memang kelam kabut habisla dia hari ni. muka dia macam nak nangis pon ada gak. stress pasal ada sorang mamat nih dok push dia suruh print order cepatcepat la kot. aku yang baik hati ni tanya la kak noor ada pape keje tak yang aku leh tolong. dia cakap ada banyak sangat tpi dia ajar aku nak print order jela, yang lain biar dia wat. lepas tu, aku print la macam yg kak noor ajar. tetibe ada sorang mamat nih bersuara:

mamat: dira! ko tengah print ke?!!?
aku: a'ah, nape? *muke terkejut*
mamat: hadoooiii!!! apasal ko pegi print time aku tengah print? tengok dah sangkut!
aku: erk.. tak boleh ek kalau dua orang guna satu printer dalam satu masa? *muke konpius*
mamat: ko pakai tray yang mane??
aku: automatik.. *muke takot*
mamat: lain kali pakai la multi-purpose tray!! mne boleh sukesuke nk pakai auto..
aku: mane la tau.. *pandang kak noor, muke sedih*
mamat: mane la tau, mane la tau! *wat muka annoying*
kak noor: aku lupe nak pesan kt dia guna tray tuh..






then, bila aku dah kena marah, satu ofis tu macam salahkan aku printer tu sangkut. diorang cakap "aiyookk dira.. printer sangkut.. aiyokk.. habislaa.." seriously, time tu aku tk takot langsung tapi aku sedih.. yela, pasal aku sorang, sume operation berenti jap. tak pasal-pasal kan? pastu mamat tuh pegi telepon org yg repair printer. time tuh air mata aku dah bergenang dah. aku cube tahan tapi bila ina (member rapat kat tempat keje) datang tempat aku, aku terus nangis! memang tak leh tahan dah. pastu si ina tu plak g kecoh satu ofis cakap aku nangis. hadoi!

then, kak noor datang tempat aku, pujuk aku n terus sound mamat tuh. die cakap "agak-agak la kalau nk sound pun! die kan dak praktikal! mne la dia tau! lain kali ckp la elok-elok.." dah lama sikit, aku pun dah stop nangis. ttbe mamat tuh datang n mintak maaf sambil sengih2 macam kerang busuk.. dalam ati aku cakap "aku tapar mapuh key".. haha! nasib aku jenis yang mudah memafkan *eceehh* lepas pd peristiwa tu aku ngan mamat tuh jadi rapat. sebelum tu jarang tau nak bertegur. lgi satu, ina n kak jie pnggil aku BUDAK CENGENG. caitt!! *blushing*




moral of the story:
1. everything happen for a reason (aku dah mula rapat dengan mamat tuh)
2. elakkan selalu marah-marah kat dak praktikal.. hehe.. (dak praktikal ni jiwa sensitif sikit, yela, menumpang bpe bulan je kan)
3. selagi boleh kawal emosi, kawal lah.. memalukan je nangis nangis nih.. haishh.. -.-"

p/s: next post aku cerita pasal aku nangis kat tempat keje dulu plak. haha!

Monday 10 January 2011

Sony Ericsson Hazel J20i

entri kali ni aku wat khas untuk skandal baru aku yang baru dapat semalam. Si Hazel yang sangat HOT. nape aku cakap HOT? sebab warna dia merah! kaler fevret aku! sangat mempersona! hohoho! XD

Sony Ericsson Hazel J20i

firstly, nk ucap thanks kt EN. MOHD FAUZI & PN. LATIFAH coz sanggup keluarkan duit belikan mendalah ni. diorang kongsi 50-50 tuh! tak expect langsung dapat. hehehe! mulamula ingat nak beli Sony Ericsson Spiro je sebab murah kan. tak sampai RM300. lagipun aku pikir camni, biarlah murah pun janji senang nak wat call or message. untuk sementara je wat ganti Nokia XpressMusic 5700 aku yg dah nazak. bak kata wada (besfwenz), henpon pakai housing transparent. padahal housing memang tade pon! haha! biasa la kan dah guna 3 tahun meyh! kompem kompem tade rupa henpon dah. hehe . .


setia menemani aku selama 3 tahun. (captured by Hazel J20i)

dahsyat kan henpon lama aku? huhu.. insyaALLAH kalau ada duit lebih nanti, aku repair la balik henpon lama aku nih. sayang kot ! banyak sangat mesej dalam tu yang memberi 1001 kenangan. hehe . .

p/s: one of my wishlist marked!

LinkWithin