Thursday 6 November 2014

Tick Biru Whatsapp. Group Whatssap Boleh Tahu Juga Ke?

9:40 pm (6/11/2014)

assalamualaikum,

rasanya majoriti yang baca entri ni mesti dah tau apa function atau maksud tick biru di whatsapp kan? hihihi..



tapi korang tahu tak di group whatsapp pun boleh tengok jugak? haa.. camne tu? "tengok macam sama je, tak tukar pun warnanya???" ada caranya.. aku perasan bila aku hantar whatsapp dekat group yang ada 3 orang je. sebelum tu lama dok belek setiap group, memang tak bertukar warnanya. tapi ada satu group tiba-tiba warna biru pulak "tick" nya. so aku pun buat kesimpulan, bila semua orang dalam group dah baca, tick tu akan bertukar warna biru. 3 orang je kan, memang senang la nk detect. confirm2 semua dah baca kan :D

then ada lagi satu cara. nak tau siapa dalam group yang dah baca dan yang belum baca. untuk yg touch screen, korang klik lama-lama mesej yang korang hantar tu, then akan keluar macam ni dekat bahagian atas.....


haaaa.. kan dah kantoi siapa jadi silent reader sebelum ni. hahaha.. kantoikan diri sendiri jugak sebenarnya. tapi takpe la bagus jugak benda ni. bagus untuk business. boleh tau mesej penting sampai tak kat semua team member ataupun customer. tapi yang buruknya yang tak best nya tick biru whatsapp ni untuk yang tengah bercinta la. silap hari bulan bergaduh, sentap masing-masing bila dapat tau mesej yang dah hantar tu dah berbaca tapi tak berbalas. hahaha -_-" tapi bagi yang memahami, berfikiran positif tak macam tu. betul ke betul? hihihi

footnote:
kagum dengan teknologi semakin canggih. tapi hati-hati ya jangan memakan diri :)

Sunday 2 November 2014

Wanita Nak Cantik, Kena Sihat. Nak Sihat, Kena Usaha.

Assalamualaikum,
Aku perasan, sekarang ni aku macam suka search benda-benda ke arah keperempuanan, kecantikan, kesihatan gitu. Macam resepi, bunga, makeup, handbag, heels, hiasan rumah, supplemen, tips itu tips ini, DIY itu lah ini lah or apa-apa jelah yg berkait dengan perempuan. Aku macam suka tengok benda-benda yang cantik, yang sihat, yang segar, yang menyelerakan. Bhahaha.. Perubahan hormon mungkin. LOL


Jadi tak semena-mena terbit la rasa semangat nak kuruskan badan ni ha.. Tiba-tiba nak rasa cantik, sihat, segar, dan menyelerakan. Eh? Haa…  baru lah rasa confident kan? Pastu senang nak lakukan ibadah, ye dak? Ringan je badan. Ini tidak, bangun dari sujud pun nak kena bangun dengan susah payahnya. Nak duduk tahiyyat akhir pun mengaduh sakit dalam hati.

Sebenarnya dah lama sangat dah aku rasa badan aku ni lain macam. Maksudnya aku macam dah cepat penat, naik tangga rumah aku yg tingkat dua pun dah mengah. Bila malam je semput. Pastu period pun tak teratur. Sakit lutut, bengkak kaki lagi. Ahh macam-macam la. Macam orang tua dah. Ni belum beranak, dah beranak nanti lagi macam-macam sakit datang. Haishh nauzubillah.. Semoga dijauhkan.

Sebab tu lah kena start jaga kesihatan dari sekarang, badan ni nak pakai lama. Jaga kesihatan, kecantikan tanda syukur, terima kasih, Allah pinjamkan ke kita. Jaga untuk diri sendiri senang nak lakukan ibadah, untuk suami yg nak tatap hari-hari, dan untuk anak-anak yg bakal dilahirkan semoga membesar dengan sihat. Ibu mengandung  bebas penyakit, tak ada lah nanti kena effect baby dalam perut kan.. :)


Aku memang suka cari dan baca artikel-artikel pasal kesihatan ni dari dulu. Tambah pulak aku ni distributor Shaklee. Lagi la kan.. Selalu sangat didedahkan pasal kesihatan. Banyak benda yang aku tak tahu pun boleh jadi tahu. Syukur ditemukan dengan Shaklee. Ramai je dalam group Shaklee aku yang dah ada pengalaman bertahun-tahun amalkan Shaklee berkongsi tips dan info. Tu makin hari makin jatuh cinta dengan Shaklee. Hihihi.. Dulu period tak datang sampai 2 bulan dah jadi makin teratur sikit-sikit, semput malam-malam dah tak teruk, sakit lutut bengkak kaki pun jarang-jarang dah nak jadi. Tu salah satu usaha dan cara aku la nak tingkatkan tahap kesihatan aku, amalkan supplemen.

Cara lain yang lebih efektif nak kurus dan sihat, ubah lifestyle. Kena bahagikan masa untuk bersenam pastu kena eat clean. Eat clean ni bukan dikategorikan sebagai diet, tapi cara pemakanan yang betul. Haaa.. ni la yang aku selalu dok search kat internet cara bersenam, resepi eat clean. Tapi tu la search saje, tindakan tak ada. Konon banyak alasan. Kesian kat diri sendiri. Hahaha -_-"

Tapi ! Aku sekarang tengah cuba nak ubah cara pemakanan aku pelan-pelan. Antara usaha aku sekarang:
  1. kurangkan minum air manis, fast food, processed foods.
  2. amalkan green tea + madu (kalau dah teringin sangat nak minum air manis)
  3. banyakkan minum air masak.
  4. lebihkan sayur (memang selalu buat pun, sbb aku memang suka sayur)
  5. kalau rasa nak mengunyah, kunyah buah tak pun kekacang
  6. ambil ayam or ikan rebus/bakar/grill (kalau tak ada sangat, ambil dalam lauk)
  7. nasi segenggam ‘lebih sikit’, hahaha..
  8. belajar makan nasi tanpa kuah melimpah (which is memang susah sbb aku memang pesen susah nak telan kalau nasi kering)
Kalau terbabas, aku cuba motivate balik diri aku ni search kisah kejayaan dekat website kevin zahri, search health tips dekat pinterest, tengok balik kawan-kawan yang dulu gemok sekarang dah kurus dah kahwin dah ada anak dah pun, tak pun download apps berkaitan kesihatan, salah satu favourite aku, “My Diet Coach”.


Sekarang semua info kat hujung jari, nak dengan tak nak usaha je. Sekali lagi kesian kat diri sendiri. Huhuhu.. InshaaAllah, semoga usaha kecil aku ni akan membuahkan hasil. Akan datang, belajar amalkan eat clean dan senaman di rumah. Yeahhh!

Wednesday 29 October 2014

Fakta Mengenai ESP Shaklee

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi salah satu produk shaklee all-time favourite saya and sekarang dah jadi favourite family saya pun dan inshaaALLAH akan datang keluarga di kampung jugak. Dah jadi macam fenomena satu family pulak dah. Hahaha!

 
So apa dia yang best sangat dengan ESP ni sampai nak jadi fenomena bagai?

Haa.. kalau nak tau, ESP Shaklee ni boleh disesuaikan dalam set-set yang ada untuk pelbagai kegunaan.

Contohnya:
  1. Set Kecantikan
  2. Set Gastrik
  3. Set Ibu Hamil
  4. Set Ibu Menyusu
  5. Set Ibu Bersalin

…dan banyak lagi laaa! Lelaki perempuan boleh minum. Mak, ayah, nenek, atuk, anak dara, teruna, ibu hamil inshaaALLAH semua boleh minum. 1 ESP 1 KELUARGA gituuuu.. Kiranya memang berbaloi sebab hanya dengan 1 canister ESP tu khasiat dan manfaat dia bermacam-macam kita boleh dapat :)

  
RASA, TEKSTUR DAN BAHAN UTAMA DI DALAM ESP?

Kalau ditanya apa rasa ESP ni, of course la rasa soya kan sebabnya ESP ni merupakan minuman protein yang berasaskan soya asli. Tak ada flavour ya, ini memang betul-betul rasa soya yang pure. Memang lain rasa dia nak dibandingkan dengan kebanyakan soya kat pasaran yg dah ditambah perisa dan pengawet yang dibenarkan. ESP ni didatangkan dalam bentuk serbuk. So, senang nak bancuh. Guna air sejuk atau suam je. Tak boleh bancuh guna air panas ya, takut kandungan protein nya hilang.

Bezanya soya ESP ni dengan soya kat pasaran adalah keaslian kacang soya dia. Kacang soya yang digunakan dalam pembuatan ESP ni tak melalui proses pengubahsuaian genetik atau dipanggil Genetically Modified Organism (GMO), dimana tujuan pengubahsuaian ini utk memperbanyakkan hasil tuaian, cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak dan ianya bebas penyakit (bebas drpd serangga perosak).


ESP SHAKLEE BERASASKAN SOYA. BUKANKAH SOYA BAHAYA UNTUK KESIHATAN?

Sekadar perkongsian ilmu, soya ni ada dua jenis, GMO dengan non-GMO. Pengambilan produk berasaskan soya ni boleh mendatangkan kemudaratan dan membahayakan kesihatan kalau produk soya yang korang ambil hari-hari tu merupakan soya GMO dan kuantiti yang korang ambil tu berlebihan. Boleh dikatakan kebanyakan produk berasaskan soya yang ada kat pasaran sekarang ni adalah soya jenis GMO. Kecuali la kalau ada label tulis 'soya organik' atau 'non-GMO'.

ESP Shaklee salah satu contoh produk yang diekstrak drpd kacang soya non-GMO. Pastu kacang soya non-GMO yang digunakan pun dah melalui program Identity Preserved Program (IPP). Dalam program IPP ni, Shaklee akan pastikan kacang soya yang digunakan semulajadi dan bebas dari pengubahsuaian genetik. Kalau betul lah ESP Shaklee yang dah bertapak 58 tahun kat pasaran ni memudaratkan kesihatan pengguna, mesti jualan ESP Shaklee ni dah lama stop. Ye dak?? :)

 
BAGAIMANA ESP MEMBANTU?

Dalam ESP Shaklee ada 22 jenis asid amino dan 9 daripadanya tak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Asid amino penting untuk hasilkan sel baru yang sihat dan menggantikan sel yang rosak.

ESP = Soya Berkualiti = Protein Berkualiti

Protein Berkualiti --> Sel yang Sihat --> Tisu Sihat --> Organ Sihat --> Sistem yang Kukuh


JADI, BERAPA HARGA ESP SHAKLEE?

Harga Runcit: RM150. nak harga istimewa? Jom join ahli.

Dengan join ahli, korang boleh dapat hampir 20% diskaun. Daftar sekali seumur hidup. Sebelum ni beli, dapat barangnya sahaja. Lepas ni repeat order, dapat barang dan point sekali. Cukup point boleh dapat bonus lagi. Pendapatan sampingan.

So, jangan segan ya PM saya untuk dapatkan harga istimewa. Hihihi :D


untuk pertanyaan dan pesanan:

Call / Whatsapp / Telegram: +6 019-765 2580
Wechat: deeyrazee_90
Facebook: Fadhira Fauzi
Facebook Page: Vaita4UrHealth

Konsultasi, Tips dan Info akan diberi PERCUMA dan TERBAIK
bagi yang membeli mana-mana produk Shaklee dengan saya :)
 

Monday 27 October 2014

New Passion, New Business, New Commitment

assalamualaikum,

semenjak dua menjak ni macam berbunga-bunga pulak hati ni bila tengok barang-barang kahwin. lagi-lagi flower bouquet dengan pelamin.

dulu jarang nak search barang kahwin ni, yela bukan aku nk kahwin pun, nk beriya sangat kenapa? hoho.. tapi semenjak dah ada komitmen baru ni la yg buat makin bersemangat. kadang-kadang sanggup tepikan thesis dulu haishh.. komitmen yg aku maksudkan bukan komitmen dalam hubungan ok, aku calon pun takde lgi ni. maksud aku, sekarang ni aku tengah sibuk dengan bisnes wedding & event planner/coordinator ni..

haa.. macam tak percaya pun ada sbb benda ni macam tak dirancang, pung pang pung pang tengok dah ada nama, ada logo, ada commitee pastu mcm eh, dah ada client reserved untuk bulan depan punya event. page facebook pun, tak sampai 24 jam dah dapat 300 likes, alhamdulillah.. credit to abg long kami, shukri suhaimee, dia lah penggerak utama Momen Kahwin (MK) ni.

MK ni baru sangat-sangat, jadi aku takde benda sangat nak share gambar ke pengalaman ke apa selagi kitorang tak start handle first event kitorang bulan depan. nanti dah settle event nya, aku akan share hasil2 dengan pengalaman kitorang menjayakan wedding event tu k? doakan kami, team Momen Kahwin (TMK) ye? terima kasih..
btw, jemput like page MomenKahwin untuk maklumat lebih lanjut apa MK ni sebenarnya :)


tak pun boleh email je ke momenkahwin14@gmail.com
siapa nak jadi vendor kami pun sangat digalakkan ;)

p/s: inshaaALLAH akan datang aku share gambar 1st meeting kitorang pulak ye?
stay tuned! ^_^

Tuesday 15 July 2014

Kenapa Saya Pilih Shaklee ?

assalamualaikum,
bercakap mengenai kesihatan dan kecantikan, saya yakin dan pasti majoriti gadis-gadis, wanita-wanita di luar sana tak menafikan kepentingan pemakanan tambahan ni. kat market sekarang pun berlambak dah macam2 brand sebab banyak demand. kadang2 tu sampai tak tahu nak pilih mana satu kan?

As for me, I choose Shaklee. So, why Shaklee?
1. Harga berpatutan untuk long term investment (1 produk tahan berbulan-bulan)
2. Natural (gabungan alam semulajadi dan latest science technology)
3. Perintis dlm pemakanan tambahan sejak 1956 (dah lebih 50 tahun dalam market dan terbukti berkesan. so takdela nak risau bab tiruan ke, racun ke..)
4. Sijil Halal dari Islamic Services of America (ISA) yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia
5. Kesan yang Cepat (jika consume tanpa skip dan minum air yang cukup)




dulu kalau cakap pasal ubat2, vitamin2 ni, I will be the first to reject all kinds of supplement, vitamin ke, ubat2 ke, jamu2 ke sebabnya bab2 telan menelan ubat ni memang saya malas! hahaha.. but then bila baca artikel pasal kepentingan supplemen lagi2 dalam keadaan persekitan macam ni, timbul la jugak kesedaran tu.

ni antara sebab2 kenapa kita perlukan suplemen:
-kita sering berhadapan dgn pencemaran alam sekitar
- bdn kita memerlukan sesetengah nutrien dgn dos yg lebih tinggi
- buah2an atau sayur2an mungkin terjejas atau tercemar
- mengamalkan gaya hidup tak sihat
- gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
- kehilangan nutrien dlm makanan
- kebanyakan rakyat malaysia hanya mkn mengikut selera rasa

tapi walau macam mana melimpah ruah pun brand supplemen yg ada di pasaran, saya tetap akan jadi pengguna setia SHAKLEE, inshaaAllah. bukan saya tak pernah cuba yang lain, pernah tapi at last, ke Shaklee jugak. tapi secara jujur saya cakap, saya tak la serajin dulu nak consume vitamin ni. tapi saya tetap memastikan vitamin yang basic buat saya. still mengamalkan cuma masalahnya tak ikut sangat pun jadualnya, selalu skip sebab tu nampak kurang dan lambat berkesan. tapi semenjak dua menjak ni macam dah datang kesedaran nak start balik consume betul2 dan mem'promote' supplement2 yang best ni. saya pikir satu je, kesihatan ni penting, supplemen ini sekadar pemakanan tambahan, salah satu usaha kita. kata prevention is better than cures kan? jadi renung-renungkan.. :-)

note to self:
main health problem is obesity, so try to get rid of it Dhira!! u need to workout besides taking supplement. u can do it and just do it! <3




Wednesday 9 July 2014

Kesan Mengamalkan Shaklee, Akhirnya Aku Terjebak!

assalamualaikum semua....
post kali ni saya nak cerita macam mana boleh terjebak dengan bisnes shaklee ni.

first time saya cuba Shaklee ni tahun 2012 sebab terpengaruh dengan sorang akak ni la, cantik je, tengok anak2 dia pun comel2. kulit anak2 dia semua putih gebu. membesar dengan baik. cerdik2 pulak tu. tambah dengan testimoni positif customer2 dia lagi..

so saya pun decide la nak try supplemen kulit memandangkan kulit kaki saya ni memang kering sangat2. saja ngade2 nk try kan.. konon time tu tengah banyak duit la (ptptn baru dapat waktu tu) haihhh.. so saya pun order la, bila tau harga, mak aii mahalnya! pikir 10x jugak time tu.. tapi bila akak tu kata boleh tahan 4 bulan, saya tambah tolak darab bahagi kira macam ok la, berbaloi la harga dia. mahal tapi tahan lama, 4 bulan, sempat la nk tahan sampai ptptn sem depannya pulak masuk. haa.. gituu..


so bila dah dapat barangnya, boleh rujuk sini >> "LINK"
saya pun consume la ikut jadual yang akak tu bagi, haa.. supplemen, supplemen jugak, jadual kena ikut jangan main bedal je, baru leh cepat nampak kesan.. apa yang penting, akak tu selalu ingatkan, bila makan vitamin ni kena banyakkan minum air.. sebab apa? nanti saya cerita post akan datang ye..

berbalik pada cerita tadi, saya pun consume la selama 3 minggu macam tu (tanpa skip langsung ye), saya dah rasa kulit saya macam dah nampak perubahan, saya consume utk cantikkan kulit kaki tapi satu badan saya rasa macam dah lain.. time tu rasa macam wow, serius ke ni? boleh tahan 4 bulan tapi sekejap je dah ada effect.. tu apa yg saya nampak dan rasa sendiri la..

sampai la bulan ke-2 saya consume, ramai dah mula perasan dengan perubahan kulit saya.. haa.. time tu la saya dah mula yakin nak promote pasal shaklee dekat kawan2 sedara mara.. ramai sangat berminat and bila ada yg nak beli tu, saya terus bagi contact no akak yg saya beli dengan dia tu.. niat saya time tu saya nk tolong kawan2 saya yg ada masalah sama dan nk untungkan bisnes akak tu sebab dia dah tolong saya :)

gambar dulu, hasil 3 minggu tanpa skip dan minum air yg cukup, kesan lebam bawah mata berkurang! (siapa kenal saya tau lah saya sinonim dengan eyebag dan dark circle)

sampai la awal tahun baru-baru ni, saya dapat tau kakak kepada kawan rapat saya jadi pengedar Shaklee, kak Lina. sejak dari tu jugak la saya dah stop beli dengan akak tu. beli dengan kak Lina je senang sikit nk dapat supply sebab dekat kan.. time tu pun masih ada jugak yg kawan sekeliling yg tanya tentang rahsia kulit saya.. (rahsia sangat... haha..)

nak dijadikan cerita, kak Lina ni aktif sangat post status pasal Shaklee kat facebook, post pasal produk, testimoni, group Shaklee yg dia join, saya tengok macam best je join Shaklee ni sebab rasa happy bila baca testimoni customer, secara tak langsung rasa macam bestnya kalau aku pun dapat tolong orang.. pastu tambah pulak dengan ada mentor pulak yg sudi nak guide kita.. so saya terus decide kata kt kak Lina saya nk join member..

haa. asal mula2 consume sendiri, kawan2 tanya, kan dah TERjebak kan dah TERpaksa jual sendiri.. hehehe.. jadi secara rasminya saya telah pun menjadi pengedar sah Shaklee.. sampai lah sekarang saya masih consume Shaklee sendiri dan sampai sekarang jugak lah ada customer yg masih order dengan saya walaupun tak sehebat mana pun order masuk, at least saya rasa happy bila dapat tolong orang.. macam tu lah serba sedikit macam mana boleh terjebak dengan Shaklee ni :)




Thursday 26 June 2014

Setahun Menyepi


masyaAllah..
hari ni terdetik nak menjenguk blog. lupa sekejap yang ada blog. hahaha..
bila tengok last entry, 23 june 2014!! ya Allah setahun dah menyepi rupanya..
banyak sangat cerita kenangan yang dah jadi dan tak tertulis dalam blog dalam masa setahun ni.
syukur ya Allah dalam masa setahun ni banyak sangat perubahan berlaku dalam hidup saya. terlampau banyak!! alhamdulillah..
inshaaAllah selepas habis paper final exam untuk semester terakhir (sebelum praktikal) degree saya ni, saya akan mula aktif berblog. selain blog mengenai kehidupan saya, ada benda lain jugak yang saya akan fokus.. apa dia tu?? nantikan.. (bajet macam ramai follower) hehehe..
takpe, inshaaAllah satu hari nanti ramai la kan? mana tau :P
sekian dulu buat masa ni, assalamualaikum <3

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrLPK78Q-8SJ4CjxEwNkE28u2MDoYiuvYvm6NbAItjcJQ8qfUaRx1zM9ABX5GXVj_9aP_xFHC8E8dbm8bPcWAqHr2mmm5F-tdtNVVBQS6bCy8ig2hAde_7ATRiuvttD0ZTiK0t3chrm2gz/s1600/189831_10151290879197970_787018487_n.jpg

LinkWithin