Monday 27 October 2014

New Passion, New Business, New Commitment

assalamualaikum,

semenjak dua menjak ni macam berbunga-bunga pulak hati ni bila tengok barang-barang kahwin. lagi-lagi flower bouquet dengan pelamin.

dulu jarang nak search barang kahwin ni, yela bukan aku nk kahwin pun, nk beriya sangat kenapa? hoho.. tapi semenjak dah ada komitmen baru ni la yg buat makin bersemangat. kadang-kadang sanggup tepikan thesis dulu haishh.. komitmen yg aku maksudkan bukan komitmen dalam hubungan ok, aku calon pun takde lgi ni. maksud aku, sekarang ni aku tengah sibuk dengan bisnes wedding & event planner/coordinator ni..

haa.. macam tak percaya pun ada sbb benda ni macam tak dirancang, pung pang pung pang tengok dah ada nama, ada logo, ada commitee pastu mcm eh, dah ada client reserved untuk bulan depan punya event. page facebook pun, tak sampai 24 jam dah dapat 300 likes, alhamdulillah.. credit to abg long kami, shukri suhaimee, dia lah penggerak utama Momen Kahwin (MK) ni.

MK ni baru sangat-sangat, jadi aku takde benda sangat nak share gambar ke pengalaman ke apa selagi kitorang tak start handle first event kitorang bulan depan. nanti dah settle event nya, aku akan share hasil2 dengan pengalaman kitorang menjayakan wedding event tu k? doakan kami, team Momen Kahwin (TMK) ye? terima kasih..
btw, jemput like page MomenKahwin untuk maklumat lebih lanjut apa MK ni sebenarnya :)


tak pun boleh email je ke momenkahwin14@gmail.com
siapa nak jadi vendor kami pun sangat digalakkan ;)

p/s: inshaaALLAH akan datang aku share gambar 1st meeting kitorang pulak ye?
stay tuned! ^_^

No comments:

LinkWithin