Sunday 23 June 2013

Cerita Di Sebalik Desktop Bersepah

assalamualaikum.. 


motif gambar kt atas? meh nk habaq mai. atas ni rupa desktop aku yg terkini. bersepah!
so, sekarang ni baru nk kemas pasal dah puas berdating dengan 'skandalsssss' (test, quiz, assignment, project, presentation dan segala bagai) selama 14 minggu ni.

ha, baguslah.. last entry pasal memula masuk sem baru, entry kali ni pasal dah nak habis sem.
itu perkara biasa, memang pesen jarang update.

berbalik kpd gambar, puncanya, aku sgt serabut dan busy dengan 'skandalsssss' sampai dah malas nk pikir utk susun n save document kat mana. last-last, ke desktop jugak la jawabnya. heheh..
sebenarnya, aku jenis yg tak suka tengok desktop yg bersepah ni. dulu, bff aku selalu jdi mangsa. asal nampak desktop dia bersepah je, aku tolong kemaskan. pastu tiap kali dia nk cari file, kena refer aku.
kesian kt dia sbb melambatkn kerja dia n kesian jugak kt aku sbb menyusahkn diri aku sendiri nk cari balik file tu pasal kadang-kadang aku pun tak ingat dah letak mana. haish.. tobat tak nak wat dah.
so, aku jaga kerapian, kecantikan, kebersihan desktop n folder-folder aku sendiri je lepas pada tu :P

tapi aku tak tau la mcm mana sem ni boleh jadi mcm gini rupanya. memang serabut teruk la kot? kalau ikutkan, sebelum ni memang aku guna small icons n memang desktop aku ni dah takda ruang langsung.
ni pun aku dah kemas sikit-sikit sebelum ni..bukanla tak kemas langsung..

tak kisah la, tu boleh kemas lepas ni. apa-apa pun, syukur alhamdulillah akhirnya habis pun minggu kuliah! sekarang tgh cuti study week. bahagia sungguh! kurang sikit rasa beban. cuma nk fokus pada final exam jela. minggu depan start. semua ada 5 papers. inshaAllah kalau takda apa-apa halangan, aku akan buktikan yg aku boleh naikkan pointer aku sem ni.
mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya. Aamiiinnn~~ :')



Sunday 3 March 2013

Nikmat Allah Pada Hari Pertama Untuk Semester III

yeayy! sem ni aku dapat kolej(hostel)! alhamdulillah! happy tak terkata! aku pernah duk luar n seriously memang tak best! puncak alam kan.. ape je yang ada? so, bagi aku lagi best duk dalam kampus. ada pape aktiviti malam kat kolej, aku boleh join. tak lah bosan sangat. kalau duk luar memang tak la kan.. seram nak keluar malam-malam.. baik aku duk diam-diam dalam kampus ni.. jimat tenaga, jimat masa.. terurus sikit hidup aku ni..

ok semalam merupakan hari pendaftaran kolej. sebenarnya aku datang sebab nak jenguk-jenguk je. saje-saje. mana tau tetiba ada nama kan.. n tak disangka, memang nama aku ada! dapat kolej rafflesia pulak kan! ya Allah.. rasa nak melompat kat situ jugak tapi nasibaik ramai parents time tu. hehehe..

dah dapat tau tu nak tunggu apa lagi, aku terus la beratur nak daftar.. time tu sikit je orang.. sebab aku datang pagi buta kan.. so, dapat lagi berita gembira, aku dapat blok R4! sangat dekat dengan tangga 'batu caves' nak ke kelas tu.. pastu dapat tingkat 3 plak.. tak la gayat sangat.. waahhh~~ nikmat lagi.. segala puji bagi Allah :')

view dari bilik <3
dapat kunci terus tengok bilik. semalam aku tak bawak lagi barang-barang cuma bawak cadar, bantal, selimut. sebab tak sure lagi kan dapat ke tak kolejnya. mau tak dapat, tak ke naya kena angkut balik barang-barang balik umah balik. dah masuk bilik tu, tengok nombor perabot, dapat pulak side yg meja ada port cable internet. makin galak la aku ber'online' kan... hehehe..


then tanpa buang masa, aku buat apa yang patut, sapu lantai, pasang cadar, lap meja, almari semua. masuk bilik air, masyaAllah! kotor! haa.. ni tak best.. aku pun takde lah pembersih mana tapi ini sangat melampau! sampai berlumut lantai toilet. sisa-sisa sabun yang kering pun ada! nak snap gambar pun tak sanggup. hisshh! aku ingat nak basuh terus tapi time tu dah tak larat. next time la jawabnya.

haa.. ni la tempat aku =)

aku lupa yg pihak kolej memang dah provide bantal. sarung bantalnya satu je bawak. tu pasal togel je :P

nak balik tu, roommates sampai dengan parents. first impression, nampak macam orangnya kelam kabut. agak peramah la jugak kot. yang bestnya, orang kelantan. satu kampung beb! buleh kecek kelate la! :D sempat la sembang dalam 15 minit. then, aku mintak diri nak balik. sebelum balik tu aku pegi la cek ptptn dah masuk ke belum. memang dah masuk! lagi satu nikmat Allah bagi! terima kasih, terima kasih, terima kasih Ya Allah!! satu permulaan yang sangat baik :')
 

LinkWithin