Showing posts with label puncak alam. Show all posts
Showing posts with label puncak alam. Show all posts

Sunday, 3 March 2013

Nikmat Allah Pada Hari Pertama Untuk Semester III

yeayy! sem ni aku dapat kolej(hostel)! alhamdulillah! happy tak terkata! aku pernah duk luar n seriously memang tak best! puncak alam kan.. ape je yang ada? so, bagi aku lagi best duk dalam kampus. ada pape aktiviti malam kat kolej, aku boleh join. tak lah bosan sangat. kalau duk luar memang tak la kan.. seram nak keluar malam-malam.. baik aku duk diam-diam dalam kampus ni.. jimat tenaga, jimat masa.. terurus sikit hidup aku ni..

ok semalam merupakan hari pendaftaran kolej. sebenarnya aku datang sebab nak jenguk-jenguk je. saje-saje. mana tau tetiba ada nama kan.. n tak disangka, memang nama aku ada! dapat kolej rafflesia pulak kan! ya Allah.. rasa nak melompat kat situ jugak tapi nasibaik ramai parents time tu. hehehe..

dah dapat tau tu nak tunggu apa lagi, aku terus la beratur nak daftar.. time tu sikit je orang.. sebab aku datang pagi buta kan.. so, dapat lagi berita gembira, aku dapat blok R4! sangat dekat dengan tangga 'batu caves' nak ke kelas tu.. pastu dapat tingkat 3 plak.. tak la gayat sangat.. waahhh~~ nikmat lagi.. segala puji bagi Allah :')

view dari bilik <3
dapat kunci terus tengok bilik. semalam aku tak bawak lagi barang-barang cuma bawak cadar, bantal, selimut. sebab tak sure lagi kan dapat ke tak kolejnya. mau tak dapat, tak ke naya kena angkut balik barang-barang balik umah balik. dah masuk bilik tu, tengok nombor perabot, dapat pulak side yg meja ada port cable internet. makin galak la aku ber'online' kan... hehehe..


then tanpa buang masa, aku buat apa yang patut, sapu lantai, pasang cadar, lap meja, almari semua. masuk bilik air, masyaAllah! kotor! haa.. ni tak best.. aku pun takde lah pembersih mana tapi ini sangat melampau! sampai berlumut lantai toilet. sisa-sisa sabun yang kering pun ada! nak snap gambar pun tak sanggup. hisshh! aku ingat nak basuh terus tapi time tu dah tak larat. next time la jawabnya.

haa.. ni la tempat aku =)

aku lupa yg pihak kolej memang dah provide bantal. sarung bantalnya satu je bawak. tu pasal togel je :P

nak balik tu, roommates sampai dengan parents. first impression, nampak macam orangnya kelam kabut. agak peramah la jugak kot. yang bestnya, orang kelantan. satu kampung beb! buleh kecek kelate la! :D sempat la sembang dalam 15 minit. then, aku mintak diri nak balik. sebelum balik tu aku pegi la cek ptptn dah masuk ke belum. memang dah masuk! lagi satu nikmat Allah bagi! terima kasih, terima kasih, terima kasih Ya Allah!! satu permulaan yang sangat baik :')
 

Sunday, 26 February 2012

Rezeki Di UiTM Puncak Alam

aku dah dapat peluang further degree kat UiTM!
BBA (Hons) Transportation  / Ijazah Pengurusan Pentadbiran (Kepujian) Pengangkutan

Syukur Alhamdulillah Allah Perkenankan Doa HambaNya Ini :)
seghonokk tak hingat! =D
nampakla mami n abah pun tarik nafas lega.. kemain happy bila dpt tau berita ni..
siap suruh aku quit cepat-cepat lagi haa.. proses nk quit memang leceh yg amat! sakit jugakla aku dibuatnya.. tak terkira berapa kali aku naik turun admin.. biasa la tu kn? papepun, aku gagahkan jugak. cecehh!

alhamdulillah dalam masa 2 minggu, semua setel. so, sekarang ni just nk buat persiapan masuk UiTM jela. isi borang tu, borang ni, medical checkup, hostel n all that things. nk shopping barang tak payah dah kot sbb yg beli hari tu tak luak pun lagi. tak sampai sebulan pun aku study kt johor dah dapat tawaran UiTM. so, sekejap jela aku dapat merasa study semester 2 kt sana :')

mula-mula ingat dapat kat UiTM Shah Alam tau. eksaited habis! bila tengok balik, UiTM Puncak Alam! eh? kat mana tu? kalau UiTM Puncak Perdana tau lah. search kt Google, rupanya dekat-dekat situ jugak. lega la sikit bila dapat tau dalam selangor jugak. kekeke :D tapi tu lah, mind dah set dapat kt UiTM Shah Alam, area bandar, macam-macam fasiliti. dapat tau tempat lain, rasa macam hancur segala harapan. ceh! tapi aku yakin, semua tu mesti ada hikmah! yela, macam mana keadaan kat sana aku pun tak tau lagi kan? so, just wait n see..  moga tempat tu dapat menambat hati aku utk jatuh cinta dengannya.. wah! kemain! =D mudah-mudahan la kan? aamiin~ :')

LinkWithin