Showing posts with label StudentLife. Show all posts
Showing posts with label StudentLife. Show all posts

Sunday, 23 June 2013

Cerita Di Sebalik Desktop Bersepah

assalamualaikum.. 


motif gambar kt atas? meh nk habaq mai. atas ni rupa desktop aku yg terkini. bersepah!
so, sekarang ni baru nk kemas pasal dah puas berdating dengan 'skandalsssss' (test, quiz, assignment, project, presentation dan segala bagai) selama 14 minggu ni.

ha, baguslah.. last entry pasal memula masuk sem baru, entry kali ni pasal dah nak habis sem.
itu perkara biasa, memang pesen jarang update.

berbalik kpd gambar, puncanya, aku sgt serabut dan busy dengan 'skandalsssss' sampai dah malas nk pikir utk susun n save document kat mana. last-last, ke desktop jugak la jawabnya. heheh..
sebenarnya, aku jenis yg tak suka tengok desktop yg bersepah ni. dulu, bff aku selalu jdi mangsa. asal nampak desktop dia bersepah je, aku tolong kemaskan. pastu tiap kali dia nk cari file, kena refer aku.
kesian kt dia sbb melambatkn kerja dia n kesian jugak kt aku sbb menyusahkn diri aku sendiri nk cari balik file tu pasal kadang-kadang aku pun tak ingat dah letak mana. haish.. tobat tak nak wat dah.
so, aku jaga kerapian, kecantikan, kebersihan desktop n folder-folder aku sendiri je lepas pada tu :P

tapi aku tak tau la mcm mana sem ni boleh jadi mcm gini rupanya. memang serabut teruk la kot? kalau ikutkan, sebelum ni memang aku guna small icons n memang desktop aku ni dah takda ruang langsung.
ni pun aku dah kemas sikit-sikit sebelum ni..bukanla tak kemas langsung..

tak kisah la, tu boleh kemas lepas ni. apa-apa pun, syukur alhamdulillah akhirnya habis pun minggu kuliah! sekarang tgh cuti study week. bahagia sungguh! kurang sikit rasa beban. cuma nk fokus pada final exam jela. minggu depan start. semua ada 5 papers. inshaAllah kalau takda apa-apa halangan, aku akan buktikan yg aku boleh naikkan pointer aku sem ni.
mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya. Aamiiinnn~~ :')



Sunday, 3 March 2013

Nikmat Allah Pada Hari Pertama Untuk Semester III

yeayy! sem ni aku dapat kolej(hostel)! alhamdulillah! happy tak terkata! aku pernah duk luar n seriously memang tak best! puncak alam kan.. ape je yang ada? so, bagi aku lagi best duk dalam kampus. ada pape aktiviti malam kat kolej, aku boleh join. tak lah bosan sangat. kalau duk luar memang tak la kan.. seram nak keluar malam-malam.. baik aku duk diam-diam dalam kampus ni.. jimat tenaga, jimat masa.. terurus sikit hidup aku ni..

ok semalam merupakan hari pendaftaran kolej. sebenarnya aku datang sebab nak jenguk-jenguk je. saje-saje. mana tau tetiba ada nama kan.. n tak disangka, memang nama aku ada! dapat kolej rafflesia pulak kan! ya Allah.. rasa nak melompat kat situ jugak tapi nasibaik ramai parents time tu. hehehe..

dah dapat tau tu nak tunggu apa lagi, aku terus la beratur nak daftar.. time tu sikit je orang.. sebab aku datang pagi buta kan.. so, dapat lagi berita gembira, aku dapat blok R4! sangat dekat dengan tangga 'batu caves' nak ke kelas tu.. pastu dapat tingkat 3 plak.. tak la gayat sangat.. waahhh~~ nikmat lagi.. segala puji bagi Allah :')

view dari bilik <3
dapat kunci terus tengok bilik. semalam aku tak bawak lagi barang-barang cuma bawak cadar, bantal, selimut. sebab tak sure lagi kan dapat ke tak kolejnya. mau tak dapat, tak ke naya kena angkut balik barang-barang balik umah balik. dah masuk bilik tu, tengok nombor perabot, dapat pulak side yg meja ada port cable internet. makin galak la aku ber'online' kan... hehehe..


then tanpa buang masa, aku buat apa yang patut, sapu lantai, pasang cadar, lap meja, almari semua. masuk bilik air, masyaAllah! kotor! haa.. ni tak best.. aku pun takde lah pembersih mana tapi ini sangat melampau! sampai berlumut lantai toilet. sisa-sisa sabun yang kering pun ada! nak snap gambar pun tak sanggup. hisshh! aku ingat nak basuh terus tapi time tu dah tak larat. next time la jawabnya.

haa.. ni la tempat aku =)

aku lupa yg pihak kolej memang dah provide bantal. sarung bantalnya satu je bawak. tu pasal togel je :P

nak balik tu, roommates sampai dengan parents. first impression, nampak macam orangnya kelam kabut. agak peramah la jugak kot. yang bestnya, orang kelantan. satu kampung beb! buleh kecek kelate la! :D sempat la sembang dalam 15 minit. then, aku mintak diri nak balik. sebelum balik tu aku pegi la cek ptptn dah masuk ke belum. memang dah masuk! lagi satu nikmat Allah bagi! terima kasih, terima kasih, terima kasih Ya Allah!! satu permulaan yang sangat baik :')
 

Saturday, 29 October 2011

Officially Graduated !

without them, i'm nobody. love both of you! <3

jyeeaahh! finally yaw! alhamdulillah.. berjaya gak aku habiskan masa 3 tahun.. dulu bukan main tak sabar nak keluar dari KPM tuu.. "cepatla masa berlalu!", "tak sabar nk habiskan semua penderitaan nih", "tak nak duduk kat sini lagi", "tak payah pikir assignment n pointer lgi dah", nak keje nak keje!", "bayangkan dah graduate, bestnyaaa~" HAHA, macam-macam! berangan lebih tpi skrg, masa tu dh smpai! happy tak terkata beb! banyak sangat dugaan, kenangan suka duka ngan kawan-kawan. betul kata orang, pengalaman mematangkan kita :') *sebak*


ok, berbalik pd cerita graduate, konvo kali ni wat kat Dewan Plenary, Putrajaya International Convention Center (PICC), woahh! tempat dia sgt hebat, dengan lighting, tempak duduk empuk, suma nampak mewah! alhamdulillah dapat gak aku merasa masuk dalam tu. baru rasa betul2 konvo. ehehe.. sebelum nih, wat kat dewan yg biasa jer, macam time abang aku konvo, diorg wat kat melaka sbb time tu tuan rumahnya KPMBM. dewan pun biasa jer, lebih kecik dari PICC.. tapi, lepas nih mmg wat kat PICC jer, cuma tuan rumah yg organize je bertukar. n yg aku tau, next year KPMBP yg akn jdi tuan rumah! so, siapa yg nk merasa konvo kt PICC, moh masuk KPM! :P


actually, even dh graduate kne pikir assignmnent n pointer lgi, haish.. tak sabar nk graduate for degree! jauh lgi perjalanan ni weyh! baru satu sem kt unikl ni dah berangan. HAHA! but whatever it is, KPMBP STILL THE BEST! dulu bukan main merungut KPMBP tak best, banyak peraturan, tu tak boleh, ni tak boleh, dah mcm sekolah asrama n penjara, bosan coz takde entertainment, tempat jin bertendang, blablabla.. tapi sekarang baru aku sedar yang sebenarnya tu lah tempat paling sesuai nak cari ilmu.. tenang, udara pun segar, siap leh rasa angin pantai.. lecturer pun sporting gila, pak lan, pengarah, caring semuanya, kami tau KPMBP banyak peraturan sbb mereka SAYANG kami! nak jaga kami. kena balik sebelum pukul 1900, tak bagi bawak kenderaan sbb takot excident n macam2 lagi. seriously rindu sangatsangat kt KPMBP, rasa macam nak belajar kat sana lagi :') *sebak lagi*

seriously banyak sangat kenangan kat sana, terima kasih warga KPMBP sebab jadikan saya lebih matang n berjaya habiskan pengajian saya. ini adalah memori yang paling indah. thanks again :') semoga dengan diploma ni membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan mendapatkan ijazah kali ni :)
p/s: happy dapat banyak hadiah konvo especially drpd awokk!
tak pernah hadiah konvo org bagi baju. haha..
anyway, terima kasih semua! :)

Saturday, 15 October 2011

Bertukar Haluan ? Nak ke Tak Nak ? *KONPIUS*

permohonan UiTM untuk sesi 2012 dah dibuka hari ni . .
tibatiba aku rasa macam nak apply . .
aku perasan aku tak happy kat sini . .



" tu la, padan muka ko, dulu tak nak pandang langsung! sekarang dah terkial-kial baru nak cari.. abang, mummy, abah ko dah tanya banyak kali sure ke dengan keputusan ko, kenapa tak nak dekatdekat, ko berlagak, sombong, haaa.. ni makan dia! "

" ok salah aku, tapi mane la aku tau cam gini jadinya.. eh, tapi ok la.. aku sedar awal, kalau dah sem dua sem tiga ke lagi parah "

" tak kisah la awal ke lambat, ko nak berhutang sana sini? dah ribu riban dah ko bazir tau tak? camne ko nak bayar balik? pakai daun? lain la klu ko tu orang kaya.. tak payah mengada-ngada! ko teruskan jer.. jangan ikutkan sangat perasaan ko tuh.. "

" tapi hati dah takde kat sini.. takde mood nak wat suma benda.. klu teruskan macam takde guna jugakk.. aku tak happy kat sini.. "

confius sudaaa . . nak ke tak nak ?
ahhh ! apply je la dulu ! nanti-nanti pikir !



Tuesday, 4 October 2011

Ekspedisi Tasek Biru :)


yeahh! 3.10.11, akhirnya trcapai gak hajat aku nk pegi tasik biru brsebelahan dengan UniKL MITEC! actually before masuk mitec lagi aku dh tau kewujudan tasik nih.. teruja sbb tasiknya kaler biru jernih.. tapi tak tau la semulajadi or dah ada campuran chemical ke ape kan.. sbb tasik ni kt dlm kawasan tapak pembinaan.. sebenarnya, ari kejadian tu tak plan pun,  time tu hari isnin.. baru je habis kelas kul 1700, tibatiba roomate wada ajak pegi sana.. aku pun join la, ingat nk tengok dari jauh, sekali hamek ko, terus turun sbb tak puas n geram tak dapat mainmain dengan air.. haha! k la, aku tak nak cakap banyak, let's pictures do the talk! :D

time ni kat atas lagi. muka teruja! :P
subhanallah. pemandangan dari atas. cantik kan? :')

ni ain, dia la yg ajak. nampak tak betapa bersusah payahnya kami nak turun.
dah turun! yeay! sikit je lagi nak sampai :)
haaa.. ni dah sampai bawah.. ^^

best moments of october 2011 <3

Sunday, 29 May 2011

Korea Addiction, Miss That Moments :')

*perhatian : entri ini panjang*

sekarang ni dok melayan Boys Over Flower MARATHON @ KBS World (391). kenapa marathon ? sebab dari pukul 2200 tadi sampai sekarang (0039) still ade cerita tu. sekarang dah episod 3. bila tengok info, ada lagi rupenya lepas nih. bila tengok cerita ni kan, make me thinking of them :

1. LEEYANA ABD JALIL#

dia lah punca aku terjebak dengan korea :P



ingat lagi first video dia tunjuk, video Super Junior (SJ) - Sorry Sorry. actually, dulu aku sangat pelik dengan orang yang gilakan kan korea nih. i was like "apehal la diorang nih ? best sangat ke korea ? tak bosan ke asyik tengok drama korea, menyampah!" hahaha ! aku terjebak tengok Sory Sorry tu pun sebab Yana beriya-iya suruh aku tengok, untuk menjaga ati dia aku layankan jela. masa tu aku tak rasa minat lagi cuma teruja tengok dance dalam video tu. aku mula fall in love dengan SJ sejak tengok video Haengbok . jambu je muka masing-masing. comel tengok ragam diorang. mula-mula tengok muka lebih kurang jer sumer, agak susah nak cam muka n menghafal nama diorg. haha !

SJ - Haengbok
bila tengok video tu, sekaligus buat aku tertarik kat Kangin. sejak tu aku mula cari video SJ kat Youtube. makin hari makin sayang pulak lagi-lagi kalau tengok variety shows diorang. aku leh nampak relationship diorang tersangat lah hebat. dah macam adik-beradik aku tengok. bila search video SJ, mestila jumpa video korea lain kan. jadi, makin ari minat terhadap korea makin berkembang la, sampai la ari ni :) thanks Yana sebab menceriakan kehidupan saya kat hostel. semenjak tu saya dah tak bosan ok ! ada free time jer mesti tengok video, drama or dengar lagu korea n disebabkan awak jugak la sy brkenalan dengan Kangin & Taeyang ! hohoho!

yanaaa, sy rindu time kat KPMBP dulu. awak selalu lepak bilik sy sbb nak sedut video-video or drama dari lappy sy. sy pulak suke bluetooth lagu-lagu korea dari hp awak. bila mood korea datang meroyan, awak mesti terus datang ketuk pintu bilik sy even time tu dah pukul 1 or 2 pagi, kadang-kadang awk tido kat bilik sy, tu pun klu malam minggu, ingat tak kita tido satu katil, katil tu ngam-ngam je dengan kita kan ? haha ! tpi klu awk nk balik bilik jugak, sy teman awk smpai tangga, sy tunggu awk ilang dari pandangan  mata sy, bila dah ilang, sy dengar awk mencecet lari ke bilik awk! haha ! awk comel tauk ! pastu kan sy rindu nak rebut-rebut taeyang or siapa-siapa yg awk minat. kalau sy minat mesti awk minat jugak kan? sibuk je tauu.. hehe.. seriously, rindu sangat, sy takkan lupakan kenangan tuh :') *haihh, mata ttbe berair, habuk nih!!*

2. SITI FARIZA 

ok, ni pulak roomates aku dari sem 3 hingga sem 5. dia ni selalu geleng kepala bila mood layan korea aku dah datang. agaknya dalam hati mesti dia kata "ape kejadah la budak nih ? tak habis-habis dengan korea nya,  tak bosan ke dengar lagu or tengok video yang sama jeerr. ape pun tak jadi buat kalau dah mengadap tuh, solat pun nak kena tegur" huhuhu.. isk, teruk aku nih. tapi tak sangka akhirnya aku berjaya gak tarik dia sekali terjebak minat korea. haha ! tapi takde la seteruk aku. dia nih lebih kepada drama, lagu tak berapa, kalau layan pun lagu soundtrack. yang tak leh tahan suka ulang banyak kali lagu tuh macam dah takde lagu lain ! haha ! ingat lagi bila nak makan jer, mesti on drama kt laptop aku. mcm ni la kehidupan hostel yg takde tv. hehe..

haa.. lagi satu ! dia ni kalau tengok drama memang emosi gila, mulut tak benti mengomel. lagi-lagi kalau ada scene watak jahat dalam tuh. haha !  kalau ada part tak puas hati, mesti dia lari, dia cakap tak nak tengok buat sakit hati jer, kadang-kadang dia suruh fast forward. tak nak tengok pun, tanya gak aku kenapa jadi camtu kenapa jadi camni. aku jugak kena citer kat dia. haha ! jadi tak hairan la dia boleh habiskan 15 episod dalam satu hari ! pape citer mesti dia khatam dulu dari aku ! hahaha ! rindu kt awak la fariza ! :')

left : siti fariza , right : siti syuhadah
3. SITI SYUHADAH#

miahahahaha ! dia ni memang totally dah terjebak dengan aku. aku buat kat dia macam mana yana buat kat aku. pagi petang siang malam korea. hari-hari tengok video yang sama. mesti roomates dia, wani ghazali# pun pening ngan dia kan? haha ! dia ni gila sikit dengan video klip yang koreografinya gempak. yang aku pasan dia minat kumpulan SHINee. dengan dia la aku banyak share info. beriya-iya aku suruh dia tengok tu, tengok ni, terpengaruh sampai ! hehe.. dia pun selalu lepak bilik aku pasal nak tengok video-video kat lappy aku. aku tau dia mesti rindu lappy aku. hehe.. teringat time dah nak habis belajar dulu, dia pernah cakap pasni dah tak leh nak pinjam lappy aku, dah jauhh.. sedih plak dia cakap camtu.. sy pun rindu nak gelak-gelak dgn awak lagi, teringat kita tengok video Exploration Human Body SJ tuh, gelak macam org kena rasuk even dah tengok seribu kali. sampai fariza pandang kita macam nak makan baru kita gelak slow sikit. hehe ! pastu rindu nak share latest news ngan awak. nasibaik ada facebook kan ? kalau ada pape video, sy tag awak, send link kt chatbox awak.. tapi tak puas la, depan-depan lagi best kan ? baru nampak ke'excited'an sy nak sampaikan berita kat awak :)

***********************************************************

seriously, miss that moments ! sekarang ni pun aku layan gak tapi kat youtube jela, tak leh tengok ulang-ulang lagi. huhuhu.. aku rindu laptop lama aku ! lepas abang aku format habis semua hilang.. aku tak sempat nak copy dalam cd, dia cakap nak cepat sebab time tuh dia dah nak balik U, dia suruh aku copy gambar je. banyak kot video n drama korea dalam tuh ! lagi satu wat aku bengang, laptop aku sekarang selalu kuar  warning "windows is not genuine" .. menyirap jer, selama aku pakai dua tahun lebih yang tak pernah-pernah format takde pun jadi camtu. tu yang aku malas nak format tu, abang aku yang paksa suruh tukar Windows Vista ke Windows 7.. aku rindu Windows Vista :'( aku rasa lappy aku sekarang memang tengah nazak. siapa-siapa leh tolong ? huhuhu..

k la, aku dah tak larat nak taip lagi. sampai sini je k. terima kasih la sudi baca ape yang aku dok membebel sampai habis. korang memang blogger hebat, ! TAHNIAH ! <3

p/s: sayang folder cerita Hello Baby Shinee dah takde,
miss yoogeun ! :'(
p/s/s: sekarang banyak share info dengan azmi :) 

Saturday, 13 November 2010

Mood Final Exam >> Mood MUET

jam sekarang menunjukkan pukul 2.28am
aku, still belum tidur. baru pas mkn maggi ni.
ngan roomates tersayang..heh..
dahla kul 7.30am kena ada kt dewan
oh gosh! -.-

ok, mari tukar mood dari Final Exam ke mood MUET!
u can do it Fadhira!! yearrghh!! *ttbe suara tukar jdi serak basah* =D
ari tu dah lepas speaking test..
pasni ada:
reading
writing
listening

p/s: doakan saya keyh! tengsss.. ;)

Monday, 8 November 2010

Demam Final Exam

salam people! ;)
eh! jap²!! korang jgn salah faham oke. aku bukan demam sakit tuh taw.
*mintak dijauhkan*

alhamdulillah aku dikurniakan kesihatan yg sgt superb! ^^ maksud td tu kt kolej aku skrg ni musim final exam. untuk kali ni batch aku la yg merasmikan minggu final exam ni. first of all, nk wish goodluck kt member² KPM Bandar Penawar especially yg sama batch ngan aku (Julai 2008). korang sume, bersabar yee? tak lama lagi dah..hehe! 



pagi td dh start 1st paper :STRATEGIC MANAGEMENT: komen aku? so far so good laa~ tp part case study tuh cm hampeh! otak aku mmg dh kering sekering-keringnya coz aku dh berhempas pulas memerah otak yg tak berapa nk besar byte nya ni. tak kisahla yg penting skrg aku dh wat yg terbaik. hanya berserah kpd Allah~
pssstt: 1 Down, 5 More To Go

Thursday, 4 November 2010

Alahaaiiii...

okei!
sumpah sekarang ni tak rasa macam revision week.
mood study, mana kau????
petang tadi ada study sikit utk kuiz.
tapi tak serious langsung. siap leh benti jap makan maggi, minum nescafe, online FB.
makan maggi dekatdekat nak final ni. berani mati tak? haha
tapi alhamdulillah la leh wat kuiz tadi. weeee~~
p/s: esok pagi ada kelas bersama MQA,adeh!

Wednesday, 3 November 2010

Poket Kembali Penuh =)

hai kawan-kawan! selamat pagi :)

nk gtau ni, petang semalam aku g outing. nk kuarkn duit yg mummy aku bank-in. alang-alang aku try la cek elaun aku dh masuk ke lum an.. finally!!! masuk pon! ^^ tp separuh je. haish. xpela,bila campur ngn duit mummy bagi kira ok la :) alhamdulillah~~

so,bila dh ada duit pe lagi. g shopping la. hehe. tak beli pape pon. juz beli stok makanan. bila kira-kira adala dekat RM35 habis. ok la tu an? hehe.. yg penting aku dpt beli coklat Cadbury. ilang stress aku jap ^^

k la, t ade cerita lgi aku update k. pagi ni aku tak wat pape lgi. bangun-bangun terus update blog. semangat berkobar nk cerita elaun dh masuk. haha. ok bye!
p/s: nekad ari ni nak start study untuk quiz mlm ni + final exam ^^

Tuesday, 2 November 2010

Elaun Oh Elaun

aku musykil la. ari ni dh 2hb. awat elaun tak masuk lagi ye????
nasibla mummy aku ada masukkan duit semalam
kalau tak mmg kebulur la aku jawabnye..dah la utang byk keliling pinggang..
duit mummy aku bgi habis wt bayar utang je. hadoi. sakit sakit!
elaun sayang, cepat la masuk ye? kami semua perlukan awak. huhu.

Monday, 1 November 2010

31/10/2010: Awesome Day!

ari terakhir untuk bulan 10. sangat beshh!!
semalam aku rasa bosan. tp ari ni lain. betol la org cakap.

"Hidup Ni Ibarat Roda:
Kadangkadang Kita Di Atas
dan Kadangkadang Kita Di Bawah"

ari ni aku g Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. kat sana ada event ape ntah. yg penting berkaitan ngan kebudayaan. nk tau x, aku g sana naik bas kolej! aku rasa maybe ni kali terakhir aku dpt merasa naik bas kolej. huhu. yela, aku kn dh nk habis sem. pasni dh praktikal.

ok, berbalik kpd topik. macam mne aku leh trpilih g sana? sebabnya...aku tak balik bermalam! kiranya Misz Sabar bgi peluang la kt sapesape yg tak balik tu join event nih. takdela bosan sgt kn. at first, aku tanak g aw. sbb aku malas nk serabutkan pale pilih baju. haha. tp last last aku g gak. tak rugi kot!! plus g ngan member yg masuk air. (Mas, Dayah & Salsa) haha!




aku ckp tak rugi sbb masa tak terbuang camtu je mcm dok kt hostel. at least bila kuar kolej ni, leh la ilangkan stress nk menghadapi final exam ni kn..lgipon mmg tade mende nk wat pon. yg bestnya siap dapat jumpe artis tuh! Haziq AF4 & Maulana AF8. wat pertama kalinya aku rasa Haziq sangatsangat la comel! peramah & kelakar. hehe. then kitorg habiskan masa jalanjalan pusingspusing satu stadium tu. dapatla gak snap beberapa gambar ^^

muke aku bahagia gyler time ni. so, kne sensored. haha!

bila dah habis event tu, Misz Sabar ajak g Jaya Jusco Larkin! yeahhhh!!!!! aku & mas happy sangatsangat! sebab semalam kitorg tak dapat pegi coz elaun tak masuk lagi. tp ari ni kitorg dapat!! tak payah buang duit buat tambang. haha! biarla tak dapat elaun pon janji aku dapat window shopping. puas ati aku! seronok sangatsangat!! & yg wat aku tambah happy, dapat makan Sizzling Yee Mee! aku mengidam kot ari tuh! siap update kt status FB lagi. ngahahaha! then dapat makan Yong Taufu kuah itam. hehe! susah kot nak cari kt Johor ni. kalau ada pun, mesti kuah sup.


tp kitorg tak leh lama, ada masa sejam setengah je. memang kitorg jalan lajulaju r. nk saving time punye pasal lutut aku yg injured dlu bertambah sakit. nak menangis je rasa. time dalam bas ondway balik mmg aku diam je. sibuk dok urut lutut. nasibla Dayah bawak Minyak But But dia tu. hehe. dah lama sikit baru OK balik ^^ pastu aku trtdo jap. tuptup! dah sampai kolej rupenya. memang penat gyler! tp aku tak kisah. seronok gyler kot!!

k la, sampai sini je setakat ni. aku pon dh ngantok nih! nasib sok tade kelas. yeayea~~
catch u later, daaaaaaaa~~~

Saturday, 30 October 2010

What A Bad Day

bila assignment suma dah setel. bila ada masa nk bersenang lenang goyang kaki. bosan la pulak! seyes skrg ni hostel sangatsangat la sunyi. minggu balik kan..masingmasing tinggalkan kolej ni. aku? "NO MONEY NO TALK" 
*kalau la aku banyak duit, tiaptiap minggu aku balik KL*

elaun oh elaun, kenapa belum masuk lagi??? aku tengah buntu gyler nih.. 1 ari tak makan nasi kot.. makan biskut ngan minum Milo je. syukur la kan..daripada takde langsung.. tp...aku tah leh idup tanpa DUIT!!!!!!! Waaaaa~~~!!! :'(

baru niat nak g Jaya Jusco Larkin ngan Mas Nabila. nak window shopping, tengok wayang, makanmakan, macammacam larh! tapi apakan daya. huhu~

want it so badly! sapesape leh belikan tak? huhu
p/s: lutut aku yg injured dulu terasa sakit balik. hadoi. nasibnasib.

Thursday, 28 October 2010

Minggu 14 = Minggu Insomnia Se-Kolej!!!

minggu 14! minggu penuh azab!

wayar bergelimpangan hasil peperangan menentang assignment!
& sekarang aku sedikit lega sebab 5 asssignment suda setel!
presentation pon dah habis! wohooo~~~~!!!
malam ni siapkan assignment Pengajian Malaysia + Strategic Management!
esok aku goyang kaki la weyh! percaya tak???? hahaha
tapi minggu 15 kena struggle untuk FINAL EXAM!
uikksss?? aku dah nak habis sem? betol ke? yeayea~~
*minggu kali ni akan menyibukkan diri susun semua fail nota*

p/s:
pembetulan entri lepas, MUET memang pukul 11am bukan 7.30am.
salah tengok. harap maaf! :P

Sunday, 17 October 2010

Wajah Baru & MUET

suka plak view blog aku ni byk kali. dah berubah wajah seyhh~~ :D
setiap kali bukak blog, mesti jadi happy & bersemangat. maybe sbb lagu kt blog ni kot: "Charice - Pyramid". buat aku terbayang-bayang Sunway Pyramid sekaligus wat aku teringat rumah. hehehe. tak sabar rasanya nak habis belajar. sebulan lebih je lagi, pastu praktikal. yahoooo~~ btw, esok pagi aku ada Speaking Test (MUET) wish me luck!! harap semuanya berjalan dengan lancar. amin!!!~ tapi yg wat aku musykil skrg ni, time test kt slip jadual & website lain! nak ikut yg mana ni????????


kt slip tulis pkul 7.30am. kt website tulis 11am. hmmm...
better ikut yg awal kot. klu xde nama aku kul 7.30am boleh trus g kelas. then dtg balik kul 11am. kan kan kan? ;)
k la, aku nk sambung wt assignment transportation. malam ni mesti siapkan & print! sok nk hantar! kurang sikit beban. yeay!^^ till then, byebye sume! salam~

Saturday, 16 October 2010

Kekusutan Melanda DiriKu

SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA!
Fadhira kembali lagi wahai org kampung sume!!! hehehe.. berangan je ko ni Dhira, konon rmai follower.. padahal cenonet je.. tp xpela, mne tau kn in future mkin rmai follower aku.. amin~ heheheh! ok, sbnrnyekan skrg ni aku dok kt bilik sengsorang.. dari lepas isyak td.. roomates aku sume ada hal masingmasing.. Dayah balik KL, Lala jaga gerai & Iza g bilik mmber die wat keje.. aku? juz dok bilik melayan perasaan dari td..






ari ni ttbe je mood aku bertukar sayu & mcm biasa klu mood camtu datang, aku mintkla pakcik GOOGLE or makcik PHOTOBUCKET hadiahkan gambargambar hujan kat aku.. bkan hujan group indie tu k, tp cuaca hujan tuh.. yes! aku suka HUJAN, sangat2! pastu, lagulagu yg bermain kt gegendang telinga aku pon bertukar la gak.. dari lagu K-POP terus ke lagu R&B, INDO or LAGU 90AN yg tangkap leleh.. haishhhh~ sambilsambil tu aku BLOGWALKING la skali.. heheh.. nasibla ada berokben ni haaa.. leh la mengubat rasa kebosanan aku..





ekceli, aku tgh sakit otak memikirkan ASSIGNMENTS & kejekeje yg terbengkalai ni haaa~~ banyak..banyak sangatsangat!!!
TO-DO-LIST aku plak camne?? jgn ckp la weyh! byk lagi yg UNCHECK! hadoiii..

PROGRESS OF MY ASSIGNMENT:
MANAGEMENT OF TRANSPORTATION = 85%
INNOVATION MANAGEMENT TEAM = 0%
WAREHOUSING AND MATERIALS HANDLING TECHNOLOGY = 60%
RESEARCH METHODOLOGY = 50%
STRATEGIC MANAGEMENT = 0%
PENGAJIAN MALAYSIA = 0%







AKU NAK BALIK RUMAH LAA!! :'(
aku tasuke la perasaan camni..huhuhu..oh ya! isnin ni aku ada MUET! seyes takot!! aku tak risau bile nk brcakap dlm BI.. aku leh hentam je.. tp aku takot klu aku xde IDEA nak ckp ape..
Ya ALLAH, BERILAH KEKUATAN KPD HAMBAMU INI~~~

Wednesday, 6 October 2010

KLB: Tempat Praktikal, CONFIRM!

alhamdulillah!

aku dah dapat tempat praktikal!
 
syarikat ape?

KONSORTIUM LOGISTIK BERHAD
 

yeaaaayyyy!!!!!!

cepatla grad!! hehehe~~

Sunday, 26 September 2010

Tujuh Hari Ibarat Tujuh Bulan!

nak tau npe aku ckp camtu?
sebabnyaaaaaaaa................. 
macammacam jadi dlm minggu ni
then aku tk rasa pon bru seminggu dok sini
rasa mcm dh lama gyler. haishhh...

mcm dalam entri lepas, aku ada ckp byk benda yg menanti kt kolej.
sebagai bukti~~~~~!!!!!!!
untuk minggu ni aku dah dpt 2 assignment! yesss!!!!
hahahahaha *tawa dlm tangisan*
assignment yg dpt sblum ni pon tak setel lagi. hadoii..
pastu utk minggu ni je, ada 1 test, 1 quiz.. alhamdulillah boleh la wat..
presentation pon ada 2.. tu pon nsib dh wt preparation before cuti ari tu..

dah. cukup fadhira. tutup citer pasal akademik. haha

ok, dlm minggu ni jugak, pihak kolej ada wt jamuan hari raya.
& aku sebagai ahli PRS kena handle bahagian makanan.
ekceli, tlg cedukkan lauk je. heheh. bunyi cm berat je tugas. padahal.... :D
tp even tlg cedukkan lauk pon penat jugak weyh! suma berebut-rebut!
agaknya msti rmai yg berlapar dri pagi kan? tup! tup! dpt mkn nasi himpit je.
hurmmm..its ok la..it's better than nothing..
maybe sebab thun ni rmai sgt student..tak macam 1st sem dlu..
gyler best lauk2 dia! leh dikatakan MACAM-MACAM ADA!!!! ^^
plus, dlm minggu ni kepala aku terhantuk kt simen + terjatuh bilik air.. kelakar bila ingt blik. haha!

ni la krew-krew yg cedukkan makanan. haha!
bestfriends 4 eva!!
bergambar ngan classmates


kudin a.k.a penjual topup #1 kolej

Monday, 6 September 2010

Move Along

fuh fuh fuh! uhuk3!! *membersihkan debu + habuk*
hehehe
dah bersawang rupanya blog aku nih! huh!

salam suma.. i'm home! cuti 2 minggu. yeayy!
ari ni genap sbulan aku x update blog..
gyler malas nk update. ekceli, byk bnda jadi spnjg sebulan ni.
berbuka puasa kat surau, MARA Got Ideas, konflik kawan, konflik tmpt praktikal.
huh! banyak sgt2. tp kesimpulannya utk sebulan ni aku sgt enjoy.
hidup aku xboring & aku mampu bertahan dok kt kolej tu selama 2 bulan.
yeahhh!! (selalunya aku akn jdi homesick klu dh sebulan xblik umah)
mybe sbb byk join xtvt kt kolej + assignment still go on with the flow.
even kadangkadang ada ketinggalan. tp xtau r pas raya nnti camne.
msti bz gyler....

tp yg tk berapa nk cambest, result aku mkin ari mkin teruk.
aku rasa sem ni aku malas gyler. maybe sbb broadband ke? on9 je keje. huhu.
harap mood belajar aku datang pas cuti raya ni. amin~~
'last sem kt kolej fadhira, bertahan ye? chaiyok2!!!'

k la, post kali ni smpai cni dlu k? ekceli, aku nk g berbuka kt luar ngn member ari ni.
t klu rajin aku update post malam ni k. daaa~~ selamat berbuka sume~~~~

Monday, 19 July 2010

I'm Back With New Broadband!!

salam semua.
phewww~ lama x update blog. mood tade meyh. ekceli byk citer nk habaq kt korg. macammacam jdi sepanjang 2 minggu 2 hari aku dok kolej. salah satu info menarik yg aku nk gtau korg..*eceh..* :D aku dah beli broadband! hoho. finally! hehe. suma sbb celcom ada dtg kolej ari tu. bayar RM100 dapat broadband. bulanbulan RM50. gyler murah! so, memandangkan duit dh ada kt tgn time tu, sebat jela!^^


tp masalah skrg, power supply aku wt hal lgi! warghhh!! mklumla klu x ori punya, senangla nk rosak. haish! klu nk beli baru kena ada RM100++ kt tgn dulu. dh macam harga broadband.
ni proses timbal balik ke ape aku pon tatau la. tak pon sistem barter. ceit!

&& minggu orentasi adalah minggu yg memenatkan!
aku rasa mcm nk stop berkhidmat time hari ke2 lgi. sbb roomate aku dh balik time tu. jeles tgk dia tido kt bilik je. tp papepon best la coz dpt pengalaman baru. yeah!! ♥ tak rugi kena balik awal. lgilgi pengalaman before start ari orentasi. keluar kolej g tgk bola kt tasik bandar penawar. jalan kaki beb! nasib baik tade babi hutan melintas. haha!

pastu wt mini birthday party utk
ketua fasi a.k.a. pokcik :)



pastu teman hantar budak kolej g hospital kota tinggi sbb atuk & nenek dia meninggal. hah! ckp pasal budak tuh aku nk kongsi cerita sikit dgn korang. cuba bukak link nih >> PASANGAN DIGILIS. "adik bongsu" yg dlm berita tu ialah pakcik kpd dak perempuan yg aku teman htr smpai Hospital Kota Tinggi tu. kiranya dak perempuan tu kehilangan datuk + nenek.& dak laki tu kehilangan mak + ayah. kesian kt diorg. dh la bru pas habis wat persembahan utk Malam Kebudayaan. tak sampai seminggu dok kat kolej dh dpt berita sedih camtu.


 
& byk lgi la yg jadi sepanjang minggu orentasi tuh! malas aku nk citer panjangpanjang. korg pon msti malas nk baca kan?? dh tau sgt dah. hehe^^ so, setakat ni jela post kali ni.
lain kali aku citer pasal study week plak k? akhir kata, terima kasih kpd sesiapa yg sudi baca post aku yg pnjg lebor ni. jasamu amatlah dihargai *walaweyh!* :P

LinkWithin