Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Friday, 28 September 2012

Review Produk: Anti-Dandruff Shampoo Himalaya

balik dari kampus, singgah di sunway pyramid. niat di hati nak beli shampoo.
so, decide nak try syampu berasaskan herba.

ini kali pertama aku try guna produk himalaya. first try pakai, pening kepala jugak la sebab bau dia.. perghh! macam bau ubat. kadang-kadang macam bau cat pun ada. (over tau syampu bau cat! haha!) tu hidung aku la. tak tau la hidung korang camne plak baunya. huehuehue.. maybe mula-mula je, lama-lama ok la kot? tekstur pun cair sikit berbanding dengan syampu lain yang aku pernah pakai. warna coklat muda. time nak lap rambut tu rasa macam kesat sikit tapi bila dah sikat rasa lembut la plak. time tu la nak feeling-feeling macam model iklan rambut. cehh!

yang bestnya, bila pakai, kulit kepala rasa macam bersih & segar sangat. gatal-gatal tu still ada tapi tak lah segatal dulu. kelemumur pun berkurang la sikit :) tipu la kalau aku kata terus hilang kan? nak teruskan pakai? buat sementara ni, jawapan aku, YA! dah nak habis satu botol baru decide betul-betul, sama ada nak sambung guna syampu ni or tukar lain. yang penting sekarang ni, aku kena cuba belajar biasakan dengan bau dia dulu. almaklumlah, 1st time guna produk berasaskan herba :)

p/s: actually masalah kelemumur tak teruk sangat pun, gugur yang lebih. tapi consultant tu cakap, gugur terjadi sebab kelemumur. so, hilangkan kelemumur dulu. aku pun iyakan jela n beli anti-dandruff shampoo nih.

Friday, 16 December 2011

Review Youtube: Kisah Bapa Tunggal Dua Anak Yang Awesome !

okey, seriously mood aku sekarang tengah excited! sume ni gara-gara:

THE NARVAEZ FAMILY!

nak tau sape diorang? haa.. meh nak habaq mai naaa.. introducing...




#realitychangers.. yeaaahhh!! actually, diorang sangat feymes-emes kat youtube! channel tu kepunyaan seorang bapa tunggal n dua budak perempuan comel plus nakal plus cerdik; Jorges Narvaez, Alexa Narvaez & Eliana Narvaez. yup! diorang ialah anak beranak yang sangat adorable gyler tak hingat!! hohoho.. most of their videos was about the cover songs sebab anak dia si Alexa ni memang suka menyanyi, err.. menjerit actually, lol.. favourite cover song aku setakat ni adalah:


Jorges: "you are my child.. you have made my life complete.. cause you have my eyes, little me.."
Alexa: "that be mine foreveeerrrr.."
ohhh.. so sweeeet ~ comel sangat kan? sesuai lagu ni untuk diorang, lagi-lagi bila dah diubah lirik sikit :')

selain tu banyak video pasal keletah anak-anak dia.. kalau si kakak Alexa suka menyanyi, si adik Eliana plak suka buat lawak n muka comel dia tu.. dah la petah bercakap, mengalahkan orang tua.. aku paling geram tengok pipi tomato dia tuhh!!^^ ada sekali tu video yang aku tengok, si ayahnya Jorges bawak diorang gi shopping complex, si Eliana ni sibuk suruh ayah dia gi tempat makeup, padahal baru umur dua tahun kot! pastu dengan video anak ikan emas dia mati lagi.. hahaha! lawakk.. yang ayahnya pun rajin melayan anak-anak dia.. what a cool dad! =)

actually, aku pun baru tau kewujudan diorang ni bila tengok "Malaysia Hari Ini" pagi tadi.. ape ntah mimpi aku bangun pagi-pagi terus bukak TV3.. selalu bagun je terus on lappy.. jodoh agaknya nak kenal dengan diorang.. huehuehue..

http://www.youtube.com/watch?v=MQQA4oOhZVY (link interview dengan MHI)

pas tengok segmen live skype interview diorang nih, aku pun ape lagi, terus la carik page diorang kat fb n channel diorang! :D




dari pagi tadi aku dok layan video diorang.. tu pasal la excited sampai sekarang sampai nak wat entri berkaitan ngan diorang.. hehehe.. anyway, terima kasih MHI! thanks THE NARVAEZ!! u make my day ^^

LinkWithin