Tuesday, 15 July 2014

Kenapa Saya Pilih Shaklee ?

assalamualaikum,
bercakap mengenai kesihatan dan kecantikan, saya yakin dan pasti majoriti gadis-gadis, wanita-wanita di luar sana tak menafikan kepentingan pemakanan tambahan ni. kat market sekarang pun berlambak dah macam2 brand sebab banyak demand. kadang2 tu sampai tak tahu nak pilih mana satu kan?

As for me, I choose Shaklee. So, why Shaklee?
1. Harga berpatutan untuk long term investment (1 produk tahan berbulan-bulan)
2. Natural (gabungan alam semulajadi dan latest science technology)
3. Perintis dlm pemakanan tambahan sejak 1956 (dah lebih 50 tahun dalam market dan terbukti berkesan. so takdela nak risau bab tiruan ke, racun ke..)
4. Sijil Halal dari Islamic Services of America (ISA) yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia
5. Kesan yang Cepat (jika consume tanpa skip dan minum air yang cukup)




dulu kalau cakap pasal ubat2, vitamin2 ni, I will be the first to reject all kinds of supplement, vitamin ke, ubat2 ke, jamu2 ke sebabnya bab2 telan menelan ubat ni memang saya malas! hahaha.. but then bila baca artikel pasal kepentingan supplemen lagi2 dalam keadaan persekitan macam ni, timbul la jugak kesedaran tu.

ni antara sebab2 kenapa kita perlukan suplemen:
-kita sering berhadapan dgn pencemaran alam sekitar
- bdn kita memerlukan sesetengah nutrien dgn dos yg lebih tinggi
- buah2an atau sayur2an mungkin terjejas atau tercemar
- mengamalkan gaya hidup tak sihat
- gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
- kehilangan nutrien dlm makanan
- kebanyakan rakyat malaysia hanya mkn mengikut selera rasa

tapi walau macam mana melimpah ruah pun brand supplemen yg ada di pasaran, saya tetap akan jadi pengguna setia SHAKLEE, inshaaAllah. bukan saya tak pernah cuba yang lain, pernah tapi at last, ke Shaklee jugak. tapi secara jujur saya cakap, saya tak la serajin dulu nak consume vitamin ni. tapi saya tetap memastikan vitamin yang basic buat saya. still mengamalkan cuma masalahnya tak ikut sangat pun jadualnya, selalu skip sebab tu nampak kurang dan lambat berkesan. tapi semenjak dua menjak ni macam dah datang kesedaran nak start balik consume betul2 dan mem'promote' supplement2 yang best ni. saya pikir satu je, kesihatan ni penting, supplemen ini sekadar pemakanan tambahan, salah satu usaha kita. kata prevention is better than cures kan? jadi renung-renungkan.. :-)

note to self:
main health problem is obesity, so try to get rid of it Dhira!! u need to workout besides taking supplement. u can do it and just do it! <3




Wednesday, 9 July 2014

Kesan Mengamalkan Shaklee, Akhirnya Aku Terjebak!

assalamualaikum semua....
post kali ni saya nak cerita macam mana boleh terjebak dengan bisnes shaklee ni.

first time saya cuba Shaklee ni tahun 2012 sebab terpengaruh dengan sorang akak ni la, cantik je, tengok anak2 dia pun comel2. kulit anak2 dia semua putih gebu. membesar dengan baik. cerdik2 pulak tu. tambah dengan testimoni positif customer2 dia lagi..

so saya pun decide la nak try supplemen kulit memandangkan kulit kaki saya ni memang kering sangat2. saja ngade2 nk try kan.. konon time tu tengah banyak duit la (ptptn baru dapat waktu tu) haihhh.. so saya pun order la, bila tau harga, mak aii mahalnya! pikir 10x jugak time tu.. tapi bila akak tu kata boleh tahan 4 bulan, saya tambah tolak darab bahagi kira macam ok la, berbaloi la harga dia. mahal tapi tahan lama, 4 bulan, sempat la nk tahan sampai ptptn sem depannya pulak masuk. haa.. gituu..


so bila dah dapat barangnya, boleh rujuk sini >> "LINK"
saya pun consume la ikut jadual yang akak tu bagi, haa.. supplemen, supplemen jugak, jadual kena ikut jangan main bedal je, baru leh cepat nampak kesan.. apa yang penting, akak tu selalu ingatkan, bila makan vitamin ni kena banyakkan minum air.. sebab apa? nanti saya cerita post akan datang ye..

berbalik pada cerita tadi, saya pun consume la selama 3 minggu macam tu (tanpa skip langsung ye), saya dah rasa kulit saya macam dah nampak perubahan, saya consume utk cantikkan kulit kaki tapi satu badan saya rasa macam dah lain.. time tu rasa macam wow, serius ke ni? boleh tahan 4 bulan tapi sekejap je dah ada effect.. tu apa yg saya nampak dan rasa sendiri la..

sampai la bulan ke-2 saya consume, ramai dah mula perasan dengan perubahan kulit saya.. haa.. time tu la saya dah mula yakin nak promote pasal shaklee dekat kawan2 sedara mara.. ramai sangat berminat and bila ada yg nak beli tu, saya terus bagi contact no akak yg saya beli dengan dia tu.. niat saya time tu saya nk tolong kawan2 saya yg ada masalah sama dan nk untungkan bisnes akak tu sebab dia dah tolong saya :)

gambar dulu, hasil 3 minggu tanpa skip dan minum air yg cukup, kesan lebam bawah mata berkurang! (siapa kenal saya tau lah saya sinonim dengan eyebag dan dark circle)

sampai la awal tahun baru-baru ni, saya dapat tau kakak kepada kawan rapat saya jadi pengedar Shaklee, kak Lina. sejak dari tu jugak la saya dah stop beli dengan akak tu. beli dengan kak Lina je senang sikit nk dapat supply sebab dekat kan.. time tu pun masih ada jugak yg kawan sekeliling yg tanya tentang rahsia kulit saya.. (rahsia sangat... haha..)

nak dijadikan cerita, kak Lina ni aktif sangat post status pasal Shaklee kat facebook, post pasal produk, testimoni, group Shaklee yg dia join, saya tengok macam best je join Shaklee ni sebab rasa happy bila baca testimoni customer, secara tak langsung rasa macam bestnya kalau aku pun dapat tolong orang.. pastu tambah pulak dengan ada mentor pulak yg sudi nak guide kita.. so saya terus decide kata kt kak Lina saya nk join member..

haa. asal mula2 consume sendiri, kawan2 tanya, kan dah TERjebak kan dah TERpaksa jual sendiri.. hehehe.. jadi secara rasminya saya telah pun menjadi pengedar sah Shaklee.. sampai lah sekarang saya masih consume Shaklee sendiri dan sampai sekarang jugak lah ada customer yg masih order dengan saya walaupun tak sehebat mana pun order masuk, at least saya rasa happy bila dapat tolong orang.. macam tu lah serba sedikit macam mana boleh terjebak dengan Shaklee ni :)




Thursday, 26 June 2014

Setahun Menyepi


masyaAllah..
hari ni terdetik nak menjenguk blog. lupa sekejap yang ada blog. hahaha..
bila tengok last entry, 23 june 2014!! ya Allah setahun dah menyepi rupanya..
banyak sangat cerita kenangan yang dah jadi dan tak tertulis dalam blog dalam masa setahun ni.
syukur ya Allah dalam masa setahun ni banyak sangat perubahan berlaku dalam hidup saya. terlampau banyak!! alhamdulillah..
inshaaAllah selepas habis paper final exam untuk semester terakhir (sebelum praktikal) degree saya ni, saya akan mula aktif berblog. selain blog mengenai kehidupan saya, ada benda lain jugak yang saya akan fokus.. apa dia tu?? nantikan.. (bajet macam ramai follower) hehehe..
takpe, inshaaAllah satu hari nanti ramai la kan? mana tau :P
sekian dulu buat masa ni, assalamualaikum <3

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrLPK78Q-8SJ4CjxEwNkE28u2MDoYiuvYvm6NbAItjcJQ8qfUaRx1zM9ABX5GXVj_9aP_xFHC8E8dbm8bPcWAqHr2mmm5F-tdtNVVBQS6bCy8ig2hAde_7ATRiuvttD0ZTiK0t3chrm2gz/s1600/189831_10151290879197970_787018487_n.jpg

Sunday, 23 June 2013

Cerita Di Sebalik Desktop Bersepah

assalamualaikum.. 


motif gambar kt atas? meh nk habaq mai. atas ni rupa desktop aku yg terkini. bersepah!
so, sekarang ni baru nk kemas pasal dah puas berdating dengan 'skandalsssss' (test, quiz, assignment, project, presentation dan segala bagai) selama 14 minggu ni.

ha, baguslah.. last entry pasal memula masuk sem baru, entry kali ni pasal dah nak habis sem.
itu perkara biasa, memang pesen jarang update.

berbalik kpd gambar, puncanya, aku sgt serabut dan busy dengan 'skandalsssss' sampai dah malas nk pikir utk susun n save document kat mana. last-last, ke desktop jugak la jawabnya. heheh..
sebenarnya, aku jenis yg tak suka tengok desktop yg bersepah ni. dulu, bff aku selalu jdi mangsa. asal nampak desktop dia bersepah je, aku tolong kemaskan. pastu tiap kali dia nk cari file, kena refer aku.
kesian kt dia sbb melambatkn kerja dia n kesian jugak kt aku sbb menyusahkn diri aku sendiri nk cari balik file tu pasal kadang-kadang aku pun tak ingat dah letak mana. haish.. tobat tak nak wat dah.
so, aku jaga kerapian, kecantikan, kebersihan desktop n folder-folder aku sendiri je lepas pada tu :P

tapi aku tak tau la mcm mana sem ni boleh jadi mcm gini rupanya. memang serabut teruk la kot? kalau ikutkan, sebelum ni memang aku guna small icons n memang desktop aku ni dah takda ruang langsung.
ni pun aku dah kemas sikit-sikit sebelum ni..bukanla tak kemas langsung..

tak kisah la, tu boleh kemas lepas ni. apa-apa pun, syukur alhamdulillah akhirnya habis pun minggu kuliah! sekarang tgh cuti study week. bahagia sungguh! kurang sikit rasa beban. cuma nk fokus pada final exam jela. minggu depan start. semua ada 5 papers. inshaAllah kalau takda apa-apa halangan, aku akan buktikan yg aku boleh naikkan pointer aku sem ni.
mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya. Aamiiinnn~~ :')



Sunday, 3 March 2013

Nikmat Allah Pada Hari Pertama Untuk Semester III

yeayy! sem ni aku dapat kolej(hostel)! alhamdulillah! happy tak terkata! aku pernah duk luar n seriously memang tak best! puncak alam kan.. ape je yang ada? so, bagi aku lagi best duk dalam kampus. ada pape aktiviti malam kat kolej, aku boleh join. tak lah bosan sangat. kalau duk luar memang tak la kan.. seram nak keluar malam-malam.. baik aku duk diam-diam dalam kampus ni.. jimat tenaga, jimat masa.. terurus sikit hidup aku ni..

ok semalam merupakan hari pendaftaran kolej. sebenarnya aku datang sebab nak jenguk-jenguk je. saje-saje. mana tau tetiba ada nama kan.. n tak disangka, memang nama aku ada! dapat kolej rafflesia pulak kan! ya Allah.. rasa nak melompat kat situ jugak tapi nasibaik ramai parents time tu. hehehe..

dah dapat tau tu nak tunggu apa lagi, aku terus la beratur nak daftar.. time tu sikit je orang.. sebab aku datang pagi buta kan.. so, dapat lagi berita gembira, aku dapat blok R4! sangat dekat dengan tangga 'batu caves' nak ke kelas tu.. pastu dapat tingkat 3 plak.. tak la gayat sangat.. waahhh~~ nikmat lagi.. segala puji bagi Allah :')

view dari bilik <3
dapat kunci terus tengok bilik. semalam aku tak bawak lagi barang-barang cuma bawak cadar, bantal, selimut. sebab tak sure lagi kan dapat ke tak kolejnya. mau tak dapat, tak ke naya kena angkut balik barang-barang balik umah balik. dah masuk bilik tu, tengok nombor perabot, dapat pulak side yg meja ada port cable internet. makin galak la aku ber'online' kan... hehehe..


then tanpa buang masa, aku buat apa yang patut, sapu lantai, pasang cadar, lap meja, almari semua. masuk bilik air, masyaAllah! kotor! haa.. ni tak best.. aku pun takde lah pembersih mana tapi ini sangat melampau! sampai berlumut lantai toilet. sisa-sisa sabun yang kering pun ada! nak snap gambar pun tak sanggup. hisshh! aku ingat nak basuh terus tapi time tu dah tak larat. next time la jawabnya.

haa.. ni la tempat aku =)

aku lupa yg pihak kolej memang dah provide bantal. sarung bantalnya satu je bawak. tu pasal togel je :P

nak balik tu, roommates sampai dengan parents. first impression, nampak macam orangnya kelam kabut. agak peramah la jugak kot. yang bestnya, orang kelantan. satu kampung beb! buleh kecek kelate la! :D sempat la sembang dalam 15 minit. then, aku mintak diri nak balik. sebelum balik tu aku pegi la cek ptptn dah masuk ke belum. memang dah masuk! lagi satu nikmat Allah bagi! terima kasih, terima kasih, terima kasih Ya Allah!! satu permulaan yang sangat baik :')
 

Wednesday, 24 October 2012

Bigbang Alive Tour Tickets To Let Go!


 this two tickets will be in Eyja Rozlan's hand soon! =(
me cannot attend the concert. because i need money as soon as possible. so sad.
anyway, enjoy the concert dik eyja! have a nice day! =)

Friday, 28 September 2012

Review Produk: Anti-Dandruff Shampoo Himalaya

balik dari kampus, singgah di sunway pyramid. niat di hati nak beli shampoo.
so, decide nak try syampu berasaskan herba.

ini kali pertama aku try guna produk himalaya. first try pakai, pening kepala jugak la sebab bau dia.. perghh! macam bau ubat. kadang-kadang macam bau cat pun ada. (over tau syampu bau cat! haha!) tu hidung aku la. tak tau la hidung korang camne plak baunya. huehuehue.. maybe mula-mula je, lama-lama ok la kot? tekstur pun cair sikit berbanding dengan syampu lain yang aku pernah pakai. warna coklat muda. time nak lap rambut tu rasa macam kesat sikit tapi bila dah sikat rasa lembut la plak. time tu la nak feeling-feeling macam model iklan rambut. cehh!

yang bestnya, bila pakai, kulit kepala rasa macam bersih & segar sangat. gatal-gatal tu still ada tapi tak lah segatal dulu. kelemumur pun berkurang la sikit :) tipu la kalau aku kata terus hilang kan? nak teruskan pakai? buat sementara ni, jawapan aku, YA! dah nak habis satu botol baru decide betul-betul, sama ada nak sambung guna syampu ni or tukar lain. yang penting sekarang ni, aku kena cuba belajar biasakan dengan bau dia dulu. almaklumlah, 1st time guna produk berasaskan herba :)

p/s: actually masalah kelemumur tak teruk sangat pun, gugur yang lebih. tapi consultant tu cakap, gugur terjadi sebab kelemumur. so, hilangkan kelemumur dulu. aku pun iyakan jela n beli anti-dandruff shampoo nih.

LinkWithin