Tuesday, 30 August 2011

Salam Aidilfitri 1432H


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MINAL AIDIL WAL FAIZIN
mohon ampun andai ada pertuturan dan perbuatan yang menyinggung perasaan kalian

dituju khas kpd rakan seperjuangan:
SK Bandar Sunway, SMK Bandar Sunway, TGIF Sunway, Metro Driving Academy Subang, KPM Bandar Penawar, Konsortium Logistik Bhd, Comfori Sdn Bhd, UniKL MITEC :)

Saturday, 16 July 2011

"Degree Life", Now It's Begins!

mood:
teruja, nervous, risau, happy.


bakal bergelar pelajar
Bachelor Degree of Industrial Logistics (Honours)
di
Universiti Kuala Lumpur
Malaysian Institute of Technology Industrial (MITEC)
bertempat di
Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Sunday, 29 May 2011

Korea Addiction, Miss That Moments :')

*perhatian : entri ini panjang*

sekarang ni dok melayan Boys Over Flower MARATHON @ KBS World (391). kenapa marathon ? sebab dari pukul 2200 tadi sampai sekarang (0039) still ade cerita tu. sekarang dah episod 3. bila tengok info, ada lagi rupenya lepas nih. bila tengok cerita ni kan, make me thinking of them :

1. LEEYANA ABD JALIL#

dia lah punca aku terjebak dengan korea :P



ingat lagi first video dia tunjuk, video Super Junior (SJ) - Sorry Sorry. actually, dulu aku sangat pelik dengan orang yang gilakan kan korea nih. i was like "apehal la diorang nih ? best sangat ke korea ? tak bosan ke asyik tengok drama korea, menyampah!" hahaha ! aku terjebak tengok Sory Sorry tu pun sebab Yana beriya-iya suruh aku tengok, untuk menjaga ati dia aku layankan jela. masa tu aku tak rasa minat lagi cuma teruja tengok dance dalam video tu. aku mula fall in love dengan SJ sejak tengok video Haengbok . jambu je muka masing-masing. comel tengok ragam diorang. mula-mula tengok muka lebih kurang jer sumer, agak susah nak cam muka n menghafal nama diorg. haha !

SJ - Haengbok
bila tengok video tu, sekaligus buat aku tertarik kat Kangin. sejak tu aku mula cari video SJ kat Youtube. makin hari makin sayang pulak lagi-lagi kalau tengok variety shows diorang. aku leh nampak relationship diorang tersangat lah hebat. dah macam adik-beradik aku tengok. bila search video SJ, mestila jumpa video korea lain kan. jadi, makin ari minat terhadap korea makin berkembang la, sampai la ari ni :) thanks Yana sebab menceriakan kehidupan saya kat hostel. semenjak tu saya dah tak bosan ok ! ada free time jer mesti tengok video, drama or dengar lagu korea n disebabkan awak jugak la sy brkenalan dengan Kangin & Taeyang ! hohoho!

yanaaa, sy rindu time kat KPMBP dulu. awak selalu lepak bilik sy sbb nak sedut video-video or drama dari lappy sy. sy pulak suke bluetooth lagu-lagu korea dari hp awak. bila mood korea datang meroyan, awak mesti terus datang ketuk pintu bilik sy even time tu dah pukul 1 or 2 pagi, kadang-kadang awk tido kat bilik sy, tu pun klu malam minggu, ingat tak kita tido satu katil, katil tu ngam-ngam je dengan kita kan ? haha ! tpi klu awk nk balik bilik jugak, sy teman awk smpai tangga, sy tunggu awk ilang dari pandangan  mata sy, bila dah ilang, sy dengar awk mencecet lari ke bilik awk! haha ! awk comel tauk ! pastu kan sy rindu nak rebut-rebut taeyang or siapa-siapa yg awk minat. kalau sy minat mesti awk minat jugak kan? sibuk je tauu.. hehe.. seriously, rindu sangat, sy takkan lupakan kenangan tuh :') *haihh, mata ttbe berair, habuk nih!!*

2. SITI FARIZA 

ok, ni pulak roomates aku dari sem 3 hingga sem 5. dia ni selalu geleng kepala bila mood layan korea aku dah datang. agaknya dalam hati mesti dia kata "ape kejadah la budak nih ? tak habis-habis dengan korea nya,  tak bosan ke dengar lagu or tengok video yang sama jeerr. ape pun tak jadi buat kalau dah mengadap tuh, solat pun nak kena tegur" huhuhu.. isk, teruk aku nih. tapi tak sangka akhirnya aku berjaya gak tarik dia sekali terjebak minat korea. haha ! tapi takde la seteruk aku. dia nih lebih kepada drama, lagu tak berapa, kalau layan pun lagu soundtrack. yang tak leh tahan suka ulang banyak kali lagu tuh macam dah takde lagu lain ! haha ! ingat lagi bila nak makan jer, mesti on drama kt laptop aku. mcm ni la kehidupan hostel yg takde tv. hehe..

haa.. lagi satu ! dia ni kalau tengok drama memang emosi gila, mulut tak benti mengomel. lagi-lagi kalau ada scene watak jahat dalam tuh. haha !  kalau ada part tak puas hati, mesti dia lari, dia cakap tak nak tengok buat sakit hati jer, kadang-kadang dia suruh fast forward. tak nak tengok pun, tanya gak aku kenapa jadi camtu kenapa jadi camni. aku jugak kena citer kat dia. haha ! jadi tak hairan la dia boleh habiskan 15 episod dalam satu hari ! pape citer mesti dia khatam dulu dari aku ! hahaha ! rindu kt awak la fariza ! :')

left : siti fariza , right : siti syuhadah
3. SITI SYUHADAH#

miahahahaha ! dia ni memang totally dah terjebak dengan aku. aku buat kat dia macam mana yana buat kat aku. pagi petang siang malam korea. hari-hari tengok video yang sama. mesti roomates dia, wani ghazali# pun pening ngan dia kan? haha ! dia ni gila sikit dengan video klip yang koreografinya gempak. yang aku pasan dia minat kumpulan SHINee. dengan dia la aku banyak share info. beriya-iya aku suruh dia tengok tu, tengok ni, terpengaruh sampai ! hehe.. dia pun selalu lepak bilik aku pasal nak tengok video-video kat lappy aku. aku tau dia mesti rindu lappy aku. hehe.. teringat time dah nak habis belajar dulu, dia pernah cakap pasni dah tak leh nak pinjam lappy aku, dah jauhh.. sedih plak dia cakap camtu.. sy pun rindu nak gelak-gelak dgn awak lagi, teringat kita tengok video Exploration Human Body SJ tuh, gelak macam org kena rasuk even dah tengok seribu kali. sampai fariza pandang kita macam nak makan baru kita gelak slow sikit. hehe ! pastu rindu nak share latest news ngan awak. nasibaik ada facebook kan ? kalau ada pape video, sy tag awak, send link kt chatbox awak.. tapi tak puas la, depan-depan lagi best kan ? baru nampak ke'excited'an sy nak sampaikan berita kat awak :)

***********************************************************

seriously, miss that moments ! sekarang ni pun aku layan gak tapi kat youtube jela, tak leh tengok ulang-ulang lagi. huhuhu.. aku rindu laptop lama aku ! lepas abang aku format habis semua hilang.. aku tak sempat nak copy dalam cd, dia cakap nak cepat sebab time tuh dia dah nak balik U, dia suruh aku copy gambar je. banyak kot video n drama korea dalam tuh ! lagi satu wat aku bengang, laptop aku sekarang selalu kuar  warning "windows is not genuine" .. menyirap jer, selama aku pakai dua tahun lebih yang tak pernah-pernah format takde pun jadi camtu. tu yang aku malas nak format tu, abang aku yang paksa suruh tukar Windows Vista ke Windows 7.. aku rindu Windows Vista :'( aku rasa lappy aku sekarang memang tengah nazak. siapa-siapa leh tolong ? huhuhu..

k la, aku dah tak larat nak taip lagi. sampai sini je k. terima kasih la sudi baca ape yang aku dok membebel sampai habis. korang memang blogger hebat, ! TAHNIAH ! <3

p/s: sayang folder cerita Hello Baby Shinee dah takde,
miss yoogeun ! :'(
p/s/s: sekarang banyak share info dengan azmi :) 

Thursday, 26 May 2011

saya,MERAH + awok,PUTIH = kita,ANOK JATI KELATE!!

buat pertama kali dalam hidup, aku terasa nak beli jersi bola :)



 nice kan ? GOMO KELATE GOMO ! MERAH itu HEBAT ! <3



aku perasan aku mula survey jersi bola thru internet ni semenjak aku ternampak geng mamat-mamat yang berjersi RED WARRIOR berkeliaran kat Sunway Pyramid. ada satu hari tu, aku menghabiskan break dua jam aku kat sana. kalau tak silap aku, that day Kelantan(5) vs. Selangor(1) kat Stadium Shah Alam. dari jauh dah nampak baju diorang pakai, dalam hati aku kata "waahh..kenapa banyak merah putih nih? cantiknya jersi diorang". secara jujur, aku tak tau pun tu jersi kelantan, bila dengar mamat-mamat tu kecek kelate baru la aku tau. diorang datang dekat baru nampak logo kelantan n that time jugak la aku terus fall in love dengan jersi tuh. balik umah jer terus search kt google. haha! tapi apakan daya, aku tengah pokai, telan air liur jela tengok. insyaALLAH ada rezeki masa akan datang, aku beli laaa :)


one for ME and one for HIM . saya suka MERAH , awok suka PUTIH . ok la tu ;)

(sumber gambar: KATALOGJERSIonline.blogspot)

p/s : Final Piala FA 11 Jun 2011@ Stadium Bukit Jalil
- Kelantan vs. Terengganu -
*agak-agak best ke pergi tengok live ? teringin pulak*
^_^

Saturday, 16 April 2011

Hoyeh ! Bahagia Bila Dapat Tau Tips Halau CICAK !

MUAHAHAHA !

aku memang tak suke CICAK! nama dah cukup comel dah (cuba sebut cicak byk kali, comel kan? LOL!) huh! bila dapat tau cara nak halau, tenang jiwa raga aku ni beb! legaaaa ~ ~ alahai, ibarat macam korang yang laki-laki ada rupa hensem ala pelakon hollywood or muka jambu ala artis korea nih dikejar or dikelilingi BAPUK/MAKNYAH la, then korang dapat solution camne nak lari dari diorang. leh bayang kan camne? bahagia tak? hoho! contoh nak hyperbola aje! takpe la, janji berkait la jugak kan? *berkait ker ?* -.-" tapi hakikat, cicak sangat menyemakkan hidup aku. tak senang duduk aku dibuatnya.

bagi yang bukan penggemar cicak ,
meh aku nak share ngan korang sume TIPS HALAU CICAK:

1. makanan cicak ialah serangga. dia tak makan orang. jangan risau. *erkk..* lagi banyak serangga lagi banyak cicak. kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dia dalam rumah kita. kesimpulannya , beli lah RIDSECT atau SHIELDTOX atau FUMAKILLA... beli semua lebih afdal ! :P

2. cicak tak tahan pijau/pijor/pijar. so, korang amek 2 biji lada merah atau 5 cili padi, tumbuk n bancuh dengan air. bukan tumbuk pakai tangan tau! pakai lesung la. kang tak pasal-pasal tangan korang yg tak tahan pijorr. haha! masukkan dalam botol spray n spray kt tempat korang selalu nampak cicak duduk ataupun tempat cicak menyorok. peringatan keras ! jangan dok pedajai orang spray kt mata depa plak !

3. cicak memang takut dengan kucing. kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. so, bela la kucing. tapi berhati-hati dengan ekor cicak yg dah diputuskan tuh ! aku pernah terpijak ! ingat getah ke ape sekali tengok gerak-gerak . kat situ jugak aku @%^$ !

ape ingat aku nk search gambar cicak? no way! REX lagi comel! ♥

Monday, 11 April 2011

Opie Si Comel Lote

guess what??
-10.04.11-
MY ABAH BELI NEW KITTEN!
comel tak hingat! woot ~ woot ~ 

introducing ~ ~ ~

name : opie , age : two months :D

it was our first time beli kucing! finally.. almost three months kot umah aku sunyi tanpa kehadiran haiwan kesayangan Rasullullah S.A.W. nih.. aku ingat abah dah tak nak bela dah.. mne tau dia still sedih n dah serik nak bela kucing.. semenjak kes dua ekor kucing aku kena buli dengan anjing kan.. yela, dah banyak kali kot aku n adik cuba pujuk abah amek mana mana kucing tepi tepi jalan tu and his response...

#GELENG KEPALA

sekali hamek ko! beli terus! hoho..

Sunday, 3 April 2011

Kadang Kadang Mata Saya Jeles Dengan Hati Saya Sebab . . .

awokk ..
kenapa la awok dah kena pindah gi rawang ?
huk alorh laa .. baru jer mula nak kenal dgn awok tpi awok dah jauh ..

alkisahnya, ari ni aku, mas, azmi n wan plan nak pegi sunway lagoon.. celebrate burfday wan.. ari ni gak last day 'dia' ada kt puchong.. malam ni bertolak pegi rawang.. pasal tempat 'dia' kerja dah dipindahkan ke sana.:( so, aku plan sebelum pegi sunway lagoon aku nak bawak mas, azmi n wan kenal dengan 'dia'.. ada ajak pegi lagoon tapi 'dia' tak dapat ikut pasal sibuk dok mengemas umah.. semalam 'dia' ada mintak aku masakkan untuk 'dia'.. 'dia' cakap pasni susah nk rasa masakan aku dah.. disebabkan 'dia' dah cakap camtu aku pun setuju la tapi dengan syarat.. aku nak wat sistem barter :P


aku mintak baju 'dia'.. leh wat ilang rindu la kononnya.. hehe..
'dia' setuju aku pun on la.. dah plan pagi esoknya (hari ni) nak bangun pagi pagi masak kerutuk daging dengan kobis masak lemak putih, tapi plan sume jadi tunggang langgang bila aku bangun lambat pagi tdi!! mas dah on the way ke rumah aku, dah la tak mandi lagi! memang tak sempat la nak masak!

sayo mitok maaf banyyok deh awok ?

dah sampai puchong, aku kenalkan ngan kengkawan, amek baju dari 'dia', then terus byebye.. sekejap sangat la senang kata.. aku dapat something dari 'dia' tapi 'dia'.. tangan kosong.. hadooii.. :(
dalam kereta aku tengok dalam plastik tu, ingat ada baju 'dia' jer.. rupanya 'dia' ada selit something.. bukak bukak jer.. nah! tudung kaler merah! hahaha! tau la aku minat merah tapi beragak laahh.. haha!


merahnyer mak ngah! hahaha!
tapi takpa.. aku suka.. hehe.. pandai gak 'dia' ni cari tudung.. ngam ngam ngan aku pulak tuh! selalunya tudung cam ni susah kot nak ngam dengan aku.. kadang kadang aku pakai tak sesuai.. nampak muka lagi boolat gitu.. tapi ni ok jer.. terima kasih awokk!!!!!!! tapi wat aku serba salah la plak kan, 'dia' bagi aku baju 'dia' plus tudung, aku plak tak bagi pape.. :(

sy janji bila kita jumpa pasni saya masakkan untuk awok deh . . ?

k la, mata pun dah ngantuk nih.. penat gyler badan ambo.. nanti ada masa aku update cerita penuh enjoy kat sunway lagoon k! :) malam ni tido lena la aku, ada baju 'dia'.. hohoho.. ok bye!

**kadang kadang mata saya jeles dengan hati saya sebab...
awok jauh di mata tapi selalu dekat di hati saya**
^_^

LinkWithin