Saturday, 29 October 2011

Officially Graduated !

without them, i'm nobody. love both of you! <3

jyeeaahh! finally yaw! alhamdulillah.. berjaya gak aku habiskan masa 3 tahun.. dulu bukan main tak sabar nak keluar dari KPM tuu.. "cepatla masa berlalu!", "tak sabar nk habiskan semua penderitaan nih", "tak nak duduk kat sini lagi", "tak payah pikir assignment n pointer lgi dah", nak keje nak keje!", "bayangkan dah graduate, bestnyaaa~" HAHA, macam-macam! berangan lebih tpi skrg, masa tu dh smpai! happy tak terkata beb! banyak sangat dugaan, kenangan suka duka ngan kawan-kawan. betul kata orang, pengalaman mematangkan kita :') *sebak*


ok, berbalik pd cerita graduate, konvo kali ni wat kat Dewan Plenary, Putrajaya International Convention Center (PICC), woahh! tempat dia sgt hebat, dengan lighting, tempak duduk empuk, suma nampak mewah! alhamdulillah dapat gak aku merasa masuk dalam tu. baru rasa betul2 konvo. ehehe.. sebelum nih, wat kat dewan yg biasa jer, macam time abang aku konvo, diorg wat kat melaka sbb time tu tuan rumahnya KPMBM. dewan pun biasa jer, lebih kecik dari PICC.. tapi, lepas nih mmg wat kat PICC jer, cuma tuan rumah yg organize je bertukar. n yg aku tau, next year KPMBP yg akn jdi tuan rumah! so, siapa yg nk merasa konvo kt PICC, moh masuk KPM! :P


actually, even dh graduate kne pikir assignmnent n pointer lgi, haish.. tak sabar nk graduate for degree! jauh lgi perjalanan ni weyh! baru satu sem kt unikl ni dah berangan. HAHA! but whatever it is, KPMBP STILL THE BEST! dulu bukan main merungut KPMBP tak best, banyak peraturan, tu tak boleh, ni tak boleh, dah mcm sekolah asrama n penjara, bosan coz takde entertainment, tempat jin bertendang, blablabla.. tapi sekarang baru aku sedar yang sebenarnya tu lah tempat paling sesuai nak cari ilmu.. tenang, udara pun segar, siap leh rasa angin pantai.. lecturer pun sporting gila, pak lan, pengarah, caring semuanya, kami tau KPMBP banyak peraturan sbb mereka SAYANG kami! nak jaga kami. kena balik sebelum pukul 1900, tak bagi bawak kenderaan sbb takot excident n macam2 lagi. seriously rindu sangatsangat kt KPMBP, rasa macam nak belajar kat sana lagi :') *sebak lagi*

seriously banyak sangat kenangan kat sana, terima kasih warga KPMBP sebab jadikan saya lebih matang n berjaya habiskan pengajian saya. ini adalah memori yang paling indah. thanks again :') semoga dengan diploma ni membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan mendapatkan ijazah kali ni :)
p/s: happy dapat banyak hadiah konvo especially drpd awokk!
tak pernah hadiah konvo org bagi baju. haha..
anyway, terima kasih semua! :)

Saturday, 15 October 2011

Bertukar Haluan ? Nak ke Tak Nak ? *KONPIUS*

permohonan UiTM untuk sesi 2012 dah dibuka hari ni . .
tibatiba aku rasa macam nak apply . .
aku perasan aku tak happy kat sini . .



" tu la, padan muka ko, dulu tak nak pandang langsung! sekarang dah terkial-kial baru nak cari.. abang, mummy, abah ko dah tanya banyak kali sure ke dengan keputusan ko, kenapa tak nak dekatdekat, ko berlagak, sombong, haaa.. ni makan dia! "

" ok salah aku, tapi mane la aku tau cam gini jadinya.. eh, tapi ok la.. aku sedar awal, kalau dah sem dua sem tiga ke lagi parah "

" tak kisah la awal ke lambat, ko nak berhutang sana sini? dah ribu riban dah ko bazir tau tak? camne ko nak bayar balik? pakai daun? lain la klu ko tu orang kaya.. tak payah mengada-ngada! ko teruskan jer.. jangan ikutkan sangat perasaan ko tuh.. "

" tapi hati dah takde kat sini.. takde mood nak wat suma benda.. klu teruskan macam takde guna jugakk.. aku tak happy kat sini.. "

confius sudaaa . . nak ke tak nak ?
ahhh ! apply je la dulu ! nanti-nanti pikir !



Tuesday, 4 October 2011

Ekspedisi Tasek Biru :)


yeahh! 3.10.11, akhirnya trcapai gak hajat aku nk pegi tasik biru brsebelahan dengan UniKL MITEC! actually before masuk mitec lagi aku dh tau kewujudan tasik nih.. teruja sbb tasiknya kaler biru jernih.. tapi tak tau la semulajadi or dah ada campuran chemical ke ape kan.. sbb tasik ni kt dlm kawasan tapak pembinaan.. sebenarnya, ari kejadian tu tak plan pun,  time tu hari isnin.. baru je habis kelas kul 1700, tibatiba roomate wada ajak pegi sana.. aku pun join la, ingat nk tengok dari jauh, sekali hamek ko, terus turun sbb tak puas n geram tak dapat mainmain dengan air.. haha! k la, aku tak nak cakap banyak, let's pictures do the talk! :D

time ni kat atas lagi. muka teruja! :P
subhanallah. pemandangan dari atas. cantik kan? :')

ni ain, dia la yg ajak. nampak tak betapa bersusah payahnya kami nak turun.
dah turun! yeay! sikit je lagi nak sampai :)
haaa.. ni dah sampai bawah.. ^^

best moments of october 2011 <3

Monday, 26 September 2011

A Gift From Him ♥

dapat hadiah birthday! nasib mas balik KL, tak payah 'dia' nak pos :)
tak lupa jugak kat mas sbb bagi coklat cadbury black forest
thanx sangat-sangat <3

youngbae <3

wearing his shirt. wink~wink~

Tuesday, 30 August 2011

Salam Aidilfitri 1432H


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MINAL AIDIL WAL FAIZIN
mohon ampun andai ada pertuturan dan perbuatan yang menyinggung perasaan kalian

dituju khas kpd rakan seperjuangan:
SK Bandar Sunway, SMK Bandar Sunway, TGIF Sunway, Metro Driving Academy Subang, KPM Bandar Penawar, Konsortium Logistik Bhd, Comfori Sdn Bhd, UniKL MITEC :)

Saturday, 16 July 2011

"Degree Life", Now It's Begins!

mood:
teruja, nervous, risau, happy.


bakal bergelar pelajar
Bachelor Degree of Industrial Logistics (Honours)
di
Universiti Kuala Lumpur
Malaysian Institute of Technology Industrial (MITEC)
bertempat di
Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Sunday, 29 May 2011

Korea Addiction, Miss That Moments :')

*perhatian : entri ini panjang*

sekarang ni dok melayan Boys Over Flower MARATHON @ KBS World (391). kenapa marathon ? sebab dari pukul 2200 tadi sampai sekarang (0039) still ade cerita tu. sekarang dah episod 3. bila tengok info, ada lagi rupenya lepas nih. bila tengok cerita ni kan, make me thinking of them :

1. LEEYANA ABD JALIL#

dia lah punca aku terjebak dengan korea :P



ingat lagi first video dia tunjuk, video Super Junior (SJ) - Sorry Sorry. actually, dulu aku sangat pelik dengan orang yang gilakan kan korea nih. i was like "apehal la diorang nih ? best sangat ke korea ? tak bosan ke asyik tengok drama korea, menyampah!" hahaha ! aku terjebak tengok Sory Sorry tu pun sebab Yana beriya-iya suruh aku tengok, untuk menjaga ati dia aku layankan jela. masa tu aku tak rasa minat lagi cuma teruja tengok dance dalam video tu. aku mula fall in love dengan SJ sejak tengok video Haengbok . jambu je muka masing-masing. comel tengok ragam diorang. mula-mula tengok muka lebih kurang jer sumer, agak susah nak cam muka n menghafal nama diorg. haha !

SJ - Haengbok
bila tengok video tu, sekaligus buat aku tertarik kat Kangin. sejak tu aku mula cari video SJ kat Youtube. makin hari makin sayang pulak lagi-lagi kalau tengok variety shows diorang. aku leh nampak relationship diorang tersangat lah hebat. dah macam adik-beradik aku tengok. bila search video SJ, mestila jumpa video korea lain kan. jadi, makin ari minat terhadap korea makin berkembang la, sampai la ari ni :) thanks Yana sebab menceriakan kehidupan saya kat hostel. semenjak tu saya dah tak bosan ok ! ada free time jer mesti tengok video, drama or dengar lagu korea n disebabkan awak jugak la sy brkenalan dengan Kangin & Taeyang ! hohoho!

yanaaa, sy rindu time kat KPMBP dulu. awak selalu lepak bilik sy sbb nak sedut video-video or drama dari lappy sy. sy pulak suke bluetooth lagu-lagu korea dari hp awak. bila mood korea datang meroyan, awak mesti terus datang ketuk pintu bilik sy even time tu dah pukul 1 or 2 pagi, kadang-kadang awk tido kat bilik sy, tu pun klu malam minggu, ingat tak kita tido satu katil, katil tu ngam-ngam je dengan kita kan ? haha ! tpi klu awk nk balik bilik jugak, sy teman awk smpai tangga, sy tunggu awk ilang dari pandangan  mata sy, bila dah ilang, sy dengar awk mencecet lari ke bilik awk! haha ! awk comel tauk ! pastu kan sy rindu nak rebut-rebut taeyang or siapa-siapa yg awk minat. kalau sy minat mesti awk minat jugak kan? sibuk je tauu.. hehe.. seriously, rindu sangat, sy takkan lupakan kenangan tuh :') *haihh, mata ttbe berair, habuk nih!!*

2. SITI FARIZA 

ok, ni pulak roomates aku dari sem 3 hingga sem 5. dia ni selalu geleng kepala bila mood layan korea aku dah datang. agaknya dalam hati mesti dia kata "ape kejadah la budak nih ? tak habis-habis dengan korea nya,  tak bosan ke dengar lagu or tengok video yang sama jeerr. ape pun tak jadi buat kalau dah mengadap tuh, solat pun nak kena tegur" huhuhu.. isk, teruk aku nih. tapi tak sangka akhirnya aku berjaya gak tarik dia sekali terjebak minat korea. haha ! tapi takde la seteruk aku. dia nih lebih kepada drama, lagu tak berapa, kalau layan pun lagu soundtrack. yang tak leh tahan suka ulang banyak kali lagu tuh macam dah takde lagu lain ! haha ! ingat lagi bila nak makan jer, mesti on drama kt laptop aku. mcm ni la kehidupan hostel yg takde tv. hehe..

haa.. lagi satu ! dia ni kalau tengok drama memang emosi gila, mulut tak benti mengomel. lagi-lagi kalau ada scene watak jahat dalam tuh. haha !  kalau ada part tak puas hati, mesti dia lari, dia cakap tak nak tengok buat sakit hati jer, kadang-kadang dia suruh fast forward. tak nak tengok pun, tanya gak aku kenapa jadi camtu kenapa jadi camni. aku jugak kena citer kat dia. haha ! jadi tak hairan la dia boleh habiskan 15 episod dalam satu hari ! pape citer mesti dia khatam dulu dari aku ! hahaha ! rindu kt awak la fariza ! :')

left : siti fariza , right : siti syuhadah
3. SITI SYUHADAH#

miahahahaha ! dia ni memang totally dah terjebak dengan aku. aku buat kat dia macam mana yana buat kat aku. pagi petang siang malam korea. hari-hari tengok video yang sama. mesti roomates dia, wani ghazali# pun pening ngan dia kan? haha ! dia ni gila sikit dengan video klip yang koreografinya gempak. yang aku pasan dia minat kumpulan SHINee. dengan dia la aku banyak share info. beriya-iya aku suruh dia tengok tu, tengok ni, terpengaruh sampai ! hehe.. dia pun selalu lepak bilik aku pasal nak tengok video-video kat lappy aku. aku tau dia mesti rindu lappy aku. hehe.. teringat time dah nak habis belajar dulu, dia pernah cakap pasni dah tak leh nak pinjam lappy aku, dah jauhh.. sedih plak dia cakap camtu.. sy pun rindu nak gelak-gelak dgn awak lagi, teringat kita tengok video Exploration Human Body SJ tuh, gelak macam org kena rasuk even dah tengok seribu kali. sampai fariza pandang kita macam nak makan baru kita gelak slow sikit. hehe ! pastu rindu nak share latest news ngan awak. nasibaik ada facebook kan ? kalau ada pape video, sy tag awak, send link kt chatbox awak.. tapi tak puas la, depan-depan lagi best kan ? baru nampak ke'excited'an sy nak sampaikan berita kat awak :)

***********************************************************

seriously, miss that moments ! sekarang ni pun aku layan gak tapi kat youtube jela, tak leh tengok ulang-ulang lagi. huhuhu.. aku rindu laptop lama aku ! lepas abang aku format habis semua hilang.. aku tak sempat nak copy dalam cd, dia cakap nak cepat sebab time tuh dia dah nak balik U, dia suruh aku copy gambar je. banyak kot video n drama korea dalam tuh ! lagi satu wat aku bengang, laptop aku sekarang selalu kuar  warning "windows is not genuine" .. menyirap jer, selama aku pakai dua tahun lebih yang tak pernah-pernah format takde pun jadi camtu. tu yang aku malas nak format tu, abang aku yang paksa suruh tukar Windows Vista ke Windows 7.. aku rindu Windows Vista :'( aku rasa lappy aku sekarang memang tengah nazak. siapa-siapa leh tolong ? huhuhu..

k la, aku dah tak larat nak taip lagi. sampai sini je k. terima kasih la sudi baca ape yang aku dok membebel sampai habis. korang memang blogger hebat, ! TAHNIAH ! <3

p/s: sayang folder cerita Hello Baby Shinee dah takde,
miss yoogeun ! :'(
p/s/s: sekarang banyak share info dengan azmi :) 

LinkWithin