Friday, 28 September 2012

Review Produk: Anti-Dandruff Shampoo Himalaya

balik dari kampus, singgah di sunway pyramid. niat di hati nak beli shampoo.
so, decide nak try syampu berasaskan herba.

ini kali pertama aku try guna produk himalaya. first try pakai, pening kepala jugak la sebab bau dia.. perghh! macam bau ubat. kadang-kadang macam bau cat pun ada. (over tau syampu bau cat! haha!) tu hidung aku la. tak tau la hidung korang camne plak baunya. huehuehue.. maybe mula-mula je, lama-lama ok la kot? tekstur pun cair sikit berbanding dengan syampu lain yang aku pernah pakai. warna coklat muda. time nak lap rambut tu rasa macam kesat sikit tapi bila dah sikat rasa lembut la plak. time tu la nak feeling-feeling macam model iklan rambut. cehh!

yang bestnya, bila pakai, kulit kepala rasa macam bersih & segar sangat. gatal-gatal tu still ada tapi tak lah segatal dulu. kelemumur pun berkurang la sikit :) tipu la kalau aku kata terus hilang kan? nak teruskan pakai? buat sementara ni, jawapan aku, YA! dah nak habis satu botol baru decide betul-betul, sama ada nak sambung guna syampu ni or tukar lain. yang penting sekarang ni, aku kena cuba belajar biasakan dengan bau dia dulu. almaklumlah, 1st time guna produk berasaskan herba :)

p/s: actually masalah kelemumur tak teruk sangat pun, gugur yang lebih. tapi consultant tu cakap, gugur terjadi sebab kelemumur. so, hilangkan kelemumur dulu. aku pun iyakan jela n beli anti-dandruff shampoo nih.

No comments:

LinkWithin